"Okey, siap!"beritahu Kane Dennis.

"Thanks.."balas lelaki itu.

Kane Dennis mengangguk sahaja tanpa senyuman.

Leo pula bangkit dari sofa dan menyandar tubuh dikepala sofa panjang tersebut. Matanya dipejam rapat memikirkan sesuatu.

"Bro.."

"Betul ke kau tak tahu siapa dalang kejadian tu?"sahabatnya Haikal Khalis bertanya dengan nada serius.

Mereka sememangnya sayangkan Nurra Danisa kerana gadis itu merupakan satu-satunya ahli keluarga tunggal perempuan mereka yang mereka ada. Teramat manja dan nakal.

Tetapi sikap dan perangai gadis itu hanya ditunjukkan pada keluarga terdekat serta rakan-rakan baiknya saja.

Kane Dennis menunduk. Rambutnya di
raup kasar ke belakang. Dia buntu dengan masalah yang menimpa adik perempuannya itu.

"Aku tak tahu bro! dah bermacam cara aku cuba cari punca Isa jadi macam tu, tapi tak ada sebarang petunjuk, aku dapat rasakan orang tu sangat licik!"jawabnya agak berang.

"Aku rasa Isa je sorang tahu apa sebenarnya yang berlaku, tapi kau orang pun tahu kan keadaan Isa sekarang ni macam mana?"tambahnya lagi.

Dia menghembus nafas kasar. Kesemua sahabat baiknya yang berada diruangan tersebut turut mengangguk tanda setuju.

"Adik kau memang langsung tak ingat apa-apa ke bro?"soal Ian Vijay pula.

"Tentang tu aku tak pasti, setiap kali aku paksa dia untuk cerita apa yang berlaku dia tak nak. Dia mengelak, kadang tu aku sampai desak dia. Tapi macam biasa lah dia diam je tak nak bercakap."balas Kane Dennis.

"Kau tak cuba slow-talk dengan adik kau ke?"tanya Ian Vijay sekali lagi.

"Aku dah cuba, tapi adik aku tetap tak nak cakap apa-apa."Lelaki itu mengeluh lemah.

"Aku rasa orang yang buat adik kau tu sampai Isa jadi macam tu sekali dia dera emosi adik kau dengan teruk dan adik kau jadi trauma."kedengaran Leo menyampuk di sebelah.

Mereka yang lain turut mengangguk sama.

"Masa kejadian tu berlaku adik kau dekat mana?"Leo Lev pulak menyoal.

Mata hijaunya memandang tepat ke anak mata Kane Dennis.

"Kejadian tu aku tak tahu bro, tiba-tiba adik aku ada kat depan pintu rumah dengan keadaan dia yang macam orang gila ditinggalkan."jelas Kane Dennis.

"Sejak hari tu adik aku jadi pendiam dan tidak mahu bercakap langsung. Dia bercakap macam budak-budak, dia tak kenal siapa dirinya."

"Sekarang pula, Isa makin teruk saban malam asyik meracau, jadi agresif kadang-kadang."Kane Dennis meraup wajahnya kasar.

Disebabkan trauma teruk Nurra Danisa disahkan mengalami gangguan emosi dan berperwatakan seperti seorang kanak-kanak. Hal itu kerana, kejadian yang menimpa gadis muda itu sangat memberi kesan dalam hidupnya.

Apatah lagi didera dari segi mental dan fizikal. Mujur gadis muda itu tidak di apa-apakan. Syukur juga adiknya selamat dari bahaya atau kejadian yang lebih buruk.

Sedang mereka melayan perasaan masing-masing memikirkan kejadian yang menjadi tanda tanya itu dan merunsingkan fikiran mereka muncul adik kembarnya Dawwaz Lee dengan Dawwiz Lee. Mereka menghampiri jejaka-jejaka tanpa yang berada di ruangan tamu itu.

"Along.."panggil mereka berdua.

Si kembar menyalami abang sulung mereka dengan santun, tanda hormat.

"Bila sampai?"soal abang sulung mereka.

"Awwaz dengan Awwiz baru sampai tadi. Along je tak perasan."sengih keduanya.

"Isa macam mana? dah okay?"tanyanya laju sahaja.

"Kak Isa dah okey, doktor bagi ubat penenang. Lepas tu kak Isa tertidur."jawab Dawwaz Lee.

Mereka baru sahaja pulang ke rumah dari sebuah hospital, specialist hospital. Ahli keluarga mereka yang lain masih lagi di sana menjenguk kakak kesayangan mereka Nurra Danisa Lee.

"Baba minta along, tolong jagakan kak Isa malam ni. Sebab baba nak bawa mama balik rumah. Mama tak sihat tengok keadaan kak Isa macam tu."kata salah seorang adik kembarnya.

"Mama asyik menangis je, dah puas kita orang pujuk. Tok mama pun sama pujuk mama supaya tak bersedih."tambah adik kembarnya lagi.

Semua yang ada disitu hanya mampu mendengar dan berdiam diri. Mereka tidak berani hendak menyampuk perbualan diantara adik-beradik kandung itu.

"Okey, kalau macam tu along gerak sekarang. Awwaz dengan Awwiz jaga rumah."ujar Kane Dennis.

Si kembar mengangguk.

"Bro, kita orang nak ikut."Rayyan Firdaus bersuara.

Kane Dennis tidak berkata apa-apa dan hanya bergerak pergi meninggalkan mereka diruangan tersebut. Justeru yang lain pun ikut sama membontotinya dari belakang.

Sampai sahaja dihospital tersebut. Mereka masuk ke wad yang menempatkan Nurra Danisa. Kelihatan seorang lelaki sedang berpeluk tubuh dalam posisi tidur duduk dibirai katil Nurra Danisa.

"Pak su.."kejut perlahan Kane Dennis

Kembar lelaki maksunya Cara Mia Daniella.

Denillio De tersedar dan memandang susuk tubuh seseorang dihadapannya. Lelaki dewasa itu tersenyum tipis.

"Oh! Kamu Kane.."Paksunya itu menggosok mata dengan perlahan dan menguap kecil.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Pak su balik lah dulu, biar Kane dengan yang lain jaga Isa.."kata anak saudaranya.

"Papa dah penat sangat tu, apa kata papa balik dulu rehat je kat rumah."balas anaknya Rayyan Firdaus.

Lelaki itu mendapatkan papanya dan menyalami tangan tua si ayah. Anak tunggal Denillio De bersama isterinya Leayyen Nadrea anak perempuan kepada sahabat baik papanya Jimmy dan Lyn Nadra.

Paksu mereka itu mengangguk dan menepuk perlahan bahu anak saudaranya. Nurra Danisa ditempatkan di wad kelas pertama dan wad tersebut boleh menempatkan ramai pelawat atau ahli keluarga yang hendak datang menjenguk pesakit.

Wad tersebut seperti sebuah rumah. Terdapat kemudahan seperti beberapa sofa panjang disediakan dan satu peti ais serta almari baju dan sebagainya. Mereka berlima duduk berehat disofa tersebut.

Masing-masing ingin merehatkan badan. Leo duduk dibirai katil Nurra Danisa. Gadis muda itu, terpisat-pisat bangun. Dia menolak lembut selimut ke tepi dan duduk bersila diatas katil.

"Awak siapa? kenapa dengan lengan awak?"soal Nurra Danisa sambil mengusap perlahan luka dilengan lelaki itu yang masih berbalut.

"Kane mana?"soalnya lagi.

Leo hanya memakai sepasang baju singlet putih kerana keadaannya yang sedikit cedera itu. Dia hanya menutupi badannya dengan jaket hitam semasa mereka sampai ke hospital itu dan membukanya sewaktu di dalam bilik Nurra Danisa.

Dia rimas!

"Tuuu.."Leo menjuih bibir ke arah sofa berhampiran.

Kelihatan Kane Dennis sedang nyenyak tidur bersama yang lain. Leo yang menjaga gadis muda itu sejak dari tadi duduk di kerusi birai katil Nurra Danisa.

Re-edit 2023.

9 Mac 2020
9. 37pm

Mafia's Girl ©Where stories live. Discover now