Tujuh

1.4K 124 23
                                    

Selesai kenduri di rumah Nazim, Amin meminta keizinan kedua orang tua aku untuk membawa aku ke kampungnya di Triang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai kenduri di rumah Nazim, Amin meminta keizinan kedua orang tua aku untuk membawa aku ke kampungnya di Triang. Kebetulan masih dalam suasana beraya, kiranya macam aku pergi beraya rumah family Amin lah.

Sepanjang perjalanan, banyak yang kami bualkan. Maklumlah aku ni talkative person. Mula-mula jumpa Amin je aku malu-malu tenuk. Bila dah lama kenal, terus jadi murai tercabut ekor. Nasiblah Amin juga seorang yang responsive. Kalau tak, memang macam aku cakap dengan patung jelah. Hahaha.

Memasuki perkarangan rumah Amin, aku terasa berdebar. Yelah, ni first time aku sampai ke sini. Nak jumpa family dia pula tu! Gila tak nervous?

Aku yang ada enam beradik ni pun dah rasa ramai, tapi Amin lagi ramai. Memang meriah keluarganya. Majoriti tinggal berhampiran, jadi bila dapat tahu Amin mahu membawa seseorang ke rumah, makanya semua sepakat berkumpul. Aku pula yang segan dikelilingi mereka.

"Duduklah, Amina. Maaflah, rumah makcik rumah kampung je.." ujar ibu Amin, merendah diri.

"Eh, takda apalah makcik. Saya okay je. Family saya pun tinggal kat kampung.."

Amin mengambil tempat di sebelahku.

"Makcik pakcik sihat?" Tegurku sopan.

"Alhamdulillah. Sihat semuanya. Pakcik ni dia tak berapa elok sangat pendengarannya. Kalau nak bercakap dengan dia, kena kuat sikit. Nanti dia tak dengar.." jelas Makcik Saleha.

Aku hanya tersenyum mengangguk.

Kami berbual seketika. Makcik Saleha bertanyakan serba sedikit latar belakang aku dan keluarga.

Alhamdulillah, family Amin semua baik-baik. Kehadiranku diraikan. Terasa selesa berada di kalangan mereka walaupun aku baru pertama kali ke sini.

"Awak, nak pergi mana?" Soalku ketika Amin meminta diri seketika.

Lelaki itu tersenyum kacak. Faham maksudku.

"Kejap ya? Saya keluar beli air batu. Awak sembanglah dengan Kak Chik, Kak Uda dulu. Saya pergi kejap je, okay?"

Tutur kata Amin yang seringkali lembut juga merupakan asbab aku semakin menyayangi lelaki ini. Lelaki yang gentlemen.

Aku angguk. Membalas senyumannya. Sempat Amin curi-curi kenyit mata membuatkan aku ketawa kecil dengan gelagatnya. Awak ni, saya cair tau!

Ketika itu, aku di dapur. Duduk menolong kakak-kakak Amin menyusun kuih muih. Walau ditegah dari awal, namun aku tetap berdegil. Yelah, takkan nak duduk goyang kaki pula kan?

Kak Uda yang baru siap membancuh air, menarik kerusi di sebelahku.

"Amina tahu, first time Amin bawa balik perempuan ke rumah ni, kenalkan pada family.."

Aku agak terkejut dengan kenyataan Kak Uda. Tak sangka pula tapi dalam pada masa yang sama aku akui, hatiku berbunga-bunga.

"Ye ke, kak? Takkan tak pernah?"

SAKIT ©️Where stories live. Discover now