Enam

1.6K 130 24
                                    

Beberapa ketika berlalu, aku lupa tentang kawan sekolah Angah bernama Amin itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beberapa ketika berlalu, aku lupa tentang kawan sekolah Angah bernama Amin itu. Sangkaku, Angah mungkin bergurau sahaja jadi aku takda lah ambil pusing sangat tentang hal tersebut.

Tanpa aku duga, satu hari seorang lelaki menegurku di whatsapp. Memperkenalkan dirinya sebagai Amin. Jujurnya, aku terkejut kerana tidak menyangkakan Angah dan Haiza benar-benar serious dengan niat mereka.


Amin
Assalamualaikum.
Hai Amina 😊

Amina
Waalaikumussalam
Ya, saya
Siapa ni ya?

Amin
Saya Amin
Kawan kakak awak dan Haiza
Diorang ada bagitahu pasal saya kan?

Amina
Oh, awak rupanya
Maaf..saya tak tahu
Ya, ada Angah bagitahu dulu
Saya ingatkan dia bergurau je 😅

Amin
Takpa
Awak tak kisah ke
Diorang kenalkan kita?

Aku okay ke? Ah, Amina. Kau single. Amin pun single. Apa salahnya cuba berkawan dulu? Bukan kena kahwin terus. Lagipun, sampai bila kau nak mengelak dari mengenali lelaki lain?

Amina
Saya okay
Tak salah kan kita cuba berkawan

Amin
Betul..tak salah mencuba
Fuh, lega saya bila awak boleh terima
Risau juga kena reject sebelum start apa-apa

Aku ketawa membaca mesej dari Amin. Kelakar juga dia ni.

Amina
Hehe😂
Takdalah awak
Saya okay je ni

Amin
Okay, good 🙂
By the way kita macam berjodoh
Nama kita sama
Amin..Amina🤭
Mula-mula tu ingatkan Haiza tipu
Kata nama awak Amina
Yelah, sebab macam kebetulan sangat kan

Amina
Haa..itulah
Saya pun mula-mula dengar nama awak
Saya fikir Angah main-main
Tak sangka pula memang sama
Bezanya 1 huruf je kat hujung 🙈

Maka, bermulalah detik perkenalan aku dan Amin. Memandangkan aku sudah hampir ke penghujung pengajian aku di sini, kami hanya berhubung melalui whatsapp dan call sahaja.

Amin bekerja di Kuala Lumpur dengan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyelenggara aircond. Masih single, juga orang sama negeri denganku cumanya berlainan daerah.

Kata Angah dan Haiza, Amin ni budak baik masa kat sekolah dulu. Maklumlah ketua kelas, kena jaga perilakunya.

Melalui gambar-gambarnya di facebook dan instagram, aku boleh kategorikan Amin sebagai lelaki yang tampan. Tinggi, tidak terlalu kurus, kulit tidaklah terlalu cerah atau gelap. Just nice. Maskulin. Pandai bergaya. Luarannya, pakej lengkaplah orang kata.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now