Tiga

1.6K 127 33
                                    

Pejam celik pejam celik, cuti semesterku semakin menghampiri penghujungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejam celik pejam celik, cuti semesterku semakin menghampiri penghujungnya. Beberapa hari lagi, aku akan kembali ke bumi Batu Pahat, Johor. Terasa begitu singkat waktu bersama keluarga tersayang. Namun, aku sedar ini semua harga yang perlu aku bayar demi segulung ijazah.

"Sayang, saya ingat nak bawa ma dengan abah jumpa mak dan ayah hujung minggu ni. Berkenal-kenalan. Boleh?" Kata Saiful pada suatu malam ketika aku dan dia berbual dalam talian.

Terkedu. Itu reaksi pertamaku. Saiful serious?

"Jum-jumpa? Awak serious ke ni?"

"Ya, sayang. Saya serious. Saya tak main-main dengan hubungan kita ni.."

Sumpah. Hati aku berbunga-bunga. Rasa macam ada rama-rama terbang je dalam perut ni. Ouch! Eh, over lah kau Amina! Dia kata nak kenal-kenal je kan? Bukan masuk meminang!

"Sayang?" Tegur Saiful apabila menyedari aku hanya diam.

"Uh? Oh. Ya. Okay-okay.."

"Sayang okay tak? Kalau sayang tak setuju, takpa. Saya boleh cancel.."

"Eh, tak-tak. Saya okay. Betul.."

Kedengaran tawa kecil Saiful di hujung talian.

"Nervous eh?" Usiknya.

"Hehehe. Terkejutlah, awak.."

"Saya nak family kita berkenalan sebelum saya bawa hubungan kita ke peringkat seterusnya. Boleh, kan?"

Ala..meltinglah camni!

"Okay, awak.."

Malam itu, aku tidur bertemankan angan-angan dan impian yang bakal dibina bersama Saiful.

...

Dari pagi aku sibuk mengemas rumah sambil-sambil membantu mak dan kakak-kakak di dapur. Tengahari nanti, keluarga Saiful akan tiba bertemu kedua orang tuaku serta keluarga.

Dalam hati ni, tak boleh bawa bincang dah. Nervous dia dah tahap apa. Aku sendiri tak tahu.

Saat kereta Saiful memasuki perkarangan rumah, jantung aku rasa macam nak melompat keluar. Bukan tak pernah bertemu keluarga lelaki itu tetapi kerana ini merupakan pertemuan pertama kedua buah keluarga, aku jadi berdebar.

Mak dan ayah menyambut ketibaan keluarga Saiful dengan berbesar hati. Bersalam-salaman dan bertanya khabar.

"Eh, jemputlah semua. Kita jamu selera dulu. Lepas tu baru kita bersembang-sembang.." ujar mak diikuti anggukan dari ayah.

Aku hanya mampu tersenyum, sesekali berbalas pandangan dengan Saiful.

Usai makan tengahari bersama, seluruh ahli keluargaku duduk di ruang tamu bersama keluarga Saiful. Berbual-bual santai sedang dalam hati aku berombak bagai apa.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now