Empat Belas (Final ep)

3.1K 156 104
                                    

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

...

Kehidupan baru aku bermula di Johor Baharu. Suasana kerja berbeza, rakan sepejabat yang baru dan pastinya lebih tenang tanpa sebarang gangguan. Hubungan aku dan Amin juga dalan proses pemulihan. Aku memilih untuk mempercayai lelaki itu. Dan aku tahu, tindakan aku itu tepat.

"Morning sayang. Dah breakfast?" Suara Amin ceria sewaktu aku sudah bersiap untuk ke tempat kerja.

"Morning awak. Baru nak breakfast lepas tu terus pergi ofis. Awak?"

"Saya minum nescafe je pagi ni. Breakfast tak sempat. Stock roti habis. Nantilah, saya cari nasi lemak on the way ke ofis. Miss you, sayang.."

Wajahku merona kemerahan. Hatiku berbunga-bunga.

"Saya pun rindu awak. Next week saya turun KL. Ada kerja nak buat. Nak jumpa boleh?"

"Eh mestilah boleh. Buah hati saya nak jumpa kot.." ada tawa di hujung kata-katanya.

"Hehe. Apa-apa nanti saya update semula," ujarku.

"Okay. Saya dah nak gerak ni. Drive carefully nanti okay? Sampai ofis, text saya macam biasa. Take care, sayang.."

"Okay, awak. You too. Take care.."

Perbualan ditamatkan. Aku tersenyum. Pagi-pagi dah dapat vitamin.

Sejak berpindah ke JB, aku tidak lagi diganggu oleh Faizal. Terasa lega. Fikiran pun tenang sahaja. Aku fikir, betul apa yang dikatakan Amin. Faizal sekadar mahu membalas dendam. Kerana itu juga, aku mahu memberikan peluang pada hubungan kami berdua.

Tapi benarlah kata pujangga. Kusangkan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari.

Mungkin terlalu awal untuk aku memandang rendah tentang Faizal.

Keluar dari ofis pada petang itu, figura seorang lelaki sedang berdiri di sebelah kereta yang diletakkan bersebelahan dengan keretaku.

Pada mulanya aku tak perasan siapa gerangan lelaki itu sehinggalah aku mampir ke kereta. Bagai mahu luruh jantungku melihat Faizal berdiri di situ.

Ya, aku kenal wajah Faizal dari gambar whatsapp profilenya.

Lelaki itu berdiri berpeluk tubuh. Memandang tajam ke arah aku yang kini bagaikan terpaku tidak jauh darinya.

Lututku terasa lemah.

Apa dia buat di sini? Allah! Sampai ke sini?

Faizal tidak berbuat apa-apa, hanya memandangku seraya tersenyum sinis.

Tanpa berfikir panjang, aku buru-buru membuka lock pintu dan cepat-cepat masuk lalu menghidupkan enjin kereta. Terketar-ketar tanganku memasukkan gear lalu dengan segera memandu pergi dari situ. Tak sedar aku menangis. Aku takut!

Tidak terus pulang ke rumah kerana aku bimbang diekori lelaki itu.

Dek kerana tubuhku menggigil, aku berhenti di sebuah masjid berdekatan.

SAKIT ©️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz