Dua

1.9K 124 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

Selesai pengajian aku untuk semester pertama di UTHM. Final exam baru sahaja berakhir semalam. Hari ini, aku akan pulang ke kampung. Bercuti. Yeay! Tak sabar rasanya mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

Lagi-lagi bila aku tahu Angah dan Kak Long juga pulang ke kampung. Teruja mahu bertemu mereka dan adik-adik serta mak dan ayah. Bertambah seronok sejak Angah melahirkan Amanda. Anak saudara pertamaku. Cucu sulung mak dan ayah.

"Sayang, saya dah sampai depan rumah ni.." ujar Saiful ketika di talian ketika aku sedang mengemas beberapa keperluan lain.

"Eh? Dah sampai? Kejap ya? Saya nak settlekan sikit lagi.."

"Okay. Saya tunggu.."

Beberapa minit kemudian, aku membuka pintu rumah sewa. Tersenyum memandang si kekasih hati yang sedang selesa bersandar di keretanya yang diparkir di bawah pokok yang rendang.

Lelaki itu aku hampiri.

"Hai, awak. Sorry lambat.." ucapku.

"It's okay. Lagipun saya sampai awal dari sepatutnya. Dah siap semua?"

Aku angguk.

Saiful membantu aku memasukkan beg pakaian serta beberapa barang lain ke dalam bonet kereta.

Selesai itu aku bertemu Lisda, Tiz Zakiyah dan Enot, rakan serumah dan juga sekuliahku sebelum bergerak pulang ke Pahang bersama Saiful.

"Awak cuti ke berapa hari?" Soalku ketika kami dalam perjalanan pulang.

"Weekend je, sayang. Saya simpan cuti untuk spent time dengan awak masa cuti semester ni," jawab Saiful sambil tersenyum kacak.

"Betul ni?"

Melihatkan anggukan Saiful, aku teruja.

"Thank you! Sayang awak!"

"Yelah tu.."

Sempat aku tampar bahunya. Geram apabila sedar lelaki itu sengaja mahu mempermainkan aku.

Sebagaimana yang dijanjikan Saiful, minggu kedua aku di kampung, lelaki itu pulang ke Kuantan. Bercuti selama 3 hari. Katanya mahu membawa aku pulang ke kampungnya di Pekan. Kebetulan ketika itu musim durian dan atuknya memiliki dusun durian di kampung.

Awal-awal pagi lagi, Saiful tiba di rumah. Bertemu ayah dan mak untuk meminta izin membawa aku ke kampungnya.

Kami bergerak menaiki kereta milik Saiful. Perjalanan dari Kuantan ke Pekan tidaklah begitu jauh. Sekitar 30 hingga 40 minit perjalanan sahaja.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now