Lima

1.6K 132 32
                                    

Melalui tempoh sebuah perpisahan nyata bukanlah sesuatu yang mudah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Melalui tempoh sebuah perpisahan nyata bukanlah sesuatu yang mudah. Aku hanyalah manusia biasa. Punya perasaan yang sama seperti orang lain. Ada hati yang terasa sakit, pedih dan kecewa.

Ya, Saiful tak layak untuk ditangisi kehilangannya tetapi bohonglah kalau aku katakan aku tidak terjejas langsung. Sejak peristiwa hitam itu terjadi, hidup aku terumbang-ambing. Aku bagaikan hilang arah seketika.

Kuliah, assignment, test semua aku abaikan. Cuti semester juga aku tidak pulang ke kampung. Aku join trip universiti ke sana ke sini. Semua aku lakukan dalam cubaan melarikan diri dan menghalang fikiran dari memikirkan lagi tentang Saiful.

Beberapa kali Tiz, Lisda dan Enot cuba menasihatkan aku tetapi semuanya bagaikan sia-sia. Aku benar-benar sudah hilang punca. Aku bukan lagi Amina yang ceria.

Pantang bersendirian, pasti aku menangis meratapi nasib. Ya, aku tahu aku bodoh kerana terlalu mengikut rasa hati hingga aku berubah sebegini.

Namun, dalam pada itu, nasib aku agak baik apabila keputusan final exam bagi semester tersebut, aku lulus walaupun sekadar cukup-cukup makan. Tiada paper yang perlu diulang.

Begitu besar impak yang Saiful berikan pada hidupku.

"Amina, kau kena kuat! Kau tak boleh terus macam ni.." pujuk Lisda suatu hari ketika aku menghubunginya selepas keputusan final exam keluar.

Aku tahu, mak yang minta Lisda menasihatiku lagi. Mungkin tidak tegar lagi melihat keadaanku.

"Entahlah, Lis. Macam-macam dah aku cuba untuk lupakan dia. Tapi mana-mana aku pergi, semua ada kenangan kami.."

Lisda menarik nafas panjang.

"Hmm..macam ni. Aku dengan Enot dah setuju nak ke kampung Tiz minggu depan. Kau nak join kitorang?"

"Ke Penang?" Soalku.

"Ya. Penang. Aku rasa kau perlukan suasana baru untuk tenangkan fikiran. Kau ikut kitorang ya, beb?"

Setelah berfikir seketika, aku bersetuju untuk mengikuti Lisda dab Enot ke Penang.

Perjalanan ke Penang agak jauh jika dari Kuantan. Jadinya, Lisda dan Enot bergilir-gilir memandu. Bila aku tawarkan diri, mereka menghalang. Kata mereka, aku perlukan rehat untuk lapangkan fikiran. Aku tahu mereka berdua risau tentang aku. Itu yang membuatkan aku semakin sebak. Aku hilang cinta kekasih tapi cinta sahabat, adalah anugerah yang perlu aku syukuri sepenuh hati.

Tiba di Penang, Tiz menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Lama sungguh gadis itu mendakap tubuhku.

"Kau macam mana, Amina? Better?" Soalnya selepas pelukan dirungkai.

Aku hanya tersenyum pahit.

"Takpa, kat sini nanti aku akan make sure kau happy je. Lisda dan Enot juga. Okay?"

SAKIT ©️Where stories live. Discover now