Aku bertemu atuk dan nenek Saiful buat pertama kalinya setelah bertahun hubungan kami terjalin. Syukur, mereka berdua menerima kedatanganku dengan baik.

"Sayang, jom. Kita pergi dusun.."

Aku hanya mengangguk, mengekori langkah Saiful ke arah sebuah garaj.

Dahiku berkerut.

"Naik motor ke, awak?" Soalku ragu-ragu.

"Yelah. Jalan ke dusun tu tak berapa elok dan sempit . Rosak kereta nanti kalau masuk. Jom.."

Aku akur. Membonceng di belakang Saiful, aku jarakkan sedikit tubuh. Namun, dek kerana permukaan jalan yang tidak berapa elok, aku terpaksa genggam hujung baju Saiful dengan kuat. Risau juga kot jatuh nanti!

Tiba di dusun, Saiful membawa aku ke arah sebuah pondok kecil.

"Sayang duduk sini, saya pergi check kalau ada buah gugur.."

"Ala, tak nak! Saya nak ikut juga pergi kutip durian.." rajukku.

"Bahayalah, sayang. Nanti kalau apa-apa jadi, saya nak jawab apa dengan mak ayah?"

"Awak..saya ni kampung girl juga tau? Kecil-kecil dulu saya selalu ikut arwah tokki saya kutip durian. Dah biasalah. Awak tak payah risau, okay?"

Saiful mengalah. Dicuit pucuk hidungku.

"Degil!" Katanya. Aku hanya tersengih, mengejeknya.

Banyak juga buah durian yang kami dapat. Pokok-pokok durian milik atok Saiful memang banyak dan setiap satunya menghasilkan buah yang banyak.

Puas hati dapat makan durian. Memang heaven lah!

"Dahlah tu, sayang. Dah banyak awak makan. Nanti panas badan.."

"Hmm yelah. Tapi awak..saya nak bawa balik sikit, boleh kan?"

Saiful tersenyum. Mengangguk.

"Boleh. Saya memang nak bawa balik bagi family awak pun.."

"Yeay!" Aku melompat kegembiraan.

Dek kerana kami hanya bermotor ke dusun, jadi tak dapat bawa balik durian banyak. Cukuplah sekadar untuk keluargaku merasa nanti.

Nenek Saiful sangat baik. Dilayan aku persis cucunya sendiri. Makan tengahari yang disediakan nenek juga enak-enak belaka. Masakan kampung. Yang penting ada patin masak tempoyak. Memang bertambah nasi kalau dapat makan tempoyak ni. Patin tu pula patin yang diternak di Sungai Pahang. Fresh dan rasa isinya manis. Kualiti terbaik.

"Nanti bawalah Amina pusing-pusing kampung ni, Epul. Tengok bendang.." saran atuk ketika aku sedanv membantu nenek mengemas makanan tengahari.

"Sini ada bendang?" Soalku, memandang Saiful.

"Ada. Cantik. Nanti saya bawa awak pergi tengok.."

"Okay, awak!"

Saiful menunggang motosikal sekali lagi, membawa aku pusing-pusing melihat bendang di waktu petang. Sungguh, aku terpesona dengan pemandangan bendang yang terbentang luas. Cantik, saujana mata memandang.

SAKIT ©️Where stories live. Discover now