Chapter 10

1.1K 35 9
                                    

"N..ak mummy" luah Ilham disebalik topeng oksigen.

Sebaik sahaj dia sedar dari lenanya. Dia terus mencari kelibat Alyah. Doktor memberitahu bahawa kuman di paru-paru Ilham semakin berkurangan tapi perlu dipantau rapi.

"Nanti mummy datang ya. Mummy tak sihat. Ilham rehat dulu. bila Ilham sihat, mummy datang."

"Kenapa mummy sakit?"

"Ilham nak tahu, Ilham dah jadi abang. Ilham tak boleh manja-manja lagi dah dengan mummy. Ilham perlu jadi abang yang baik. Ingat pesanan abang ni, adik perlu mengalah dan senyum apabila adik ambil barang Ilham. Ilham perlu share toys dengan adik." Terang Haikal lembut.

"Adik dah keluar dari perut mummy ke bang?" soal Ilham dengan senyuman yang agak lemah.

"Ahh arr. Ilham dapat adik perempuan. Jadi Ilham perlu cepat sembuh kalau nak tengok adik"

"Tak sabar nak jumpa adik. Tak apa kalau mummy tak lawat Ilham. Ilham nak mummy rehat dan jaga adik. Ilham dah jadi abang perlu mengalah kan bang?" luah Ilham polos.

"Baiknya adik abang ni. betul dik, kita sebagai abang perlu mengalah." Ujar Haikal lalu mengusap kepala Ilham.

Mata Ilham sudah tertutup kerana mengantuk kesan dari ubat yang diberikan kepadanya.

3 bulan kemudian

Alyah bersandar dengan beralaskan bantal di belakang tubuhnya. Alyah menatap wajah gempal Afiqah yang sedang menyusu badan.

Genap 100 hari dia berpantang dirumah agong Datin Irma. Selama dia berpantang, tak pernah ahli keluarganya menyebut nama Ilham.

Kehadiran Afiqah telah menyinari hidup ahli keluarganya itu.

Datin Irma melarang keras dia melawat Ilham. Khuatir dijangkiti dan dia terpaksa mengalah walaupun hati meronta-ronta ingin berjumpa dengan anaknya itu.

Malah katil Ilham yang berada di biliknya disuruh alih kerana Datin Irma risau menganggu lena Afiqah. Lagipun Datin Irma memberitahu Ilham dah besar, boleh jaga diri.

Dengan hati yang tak rela, dia terpaksa akur kerana kasihan melihat keadaan suaminya yang dilema antara anak dan ibu. Darjat seorang ibu tinggi, maka mereka terpaksa mengalah

Sejak Afiqah lahir, Datin Irma mendesak mereka menumpukan perhatian kepada Afiqah dan melarang mereka pergi hospital selain check-up baby.

"Mummy rindu abang Ika" luah Alyah serak. Sungguh dia amat merindui Ilham.

Tanpa disedari oleh Alyah, Encik Izzudin sedang bersandar di tepi pintu sambil memandang wajah muram isterinya. Dia tahu mengapa muka isterinya begitu. Pasti dia merindui Ilham.

Dia sendiri merindui Ilham. Tapi dia tak nak melawan cakap uminya dan terpaksa akur dengan pendirian yang tak masuk akal Datin Irma.

Datin Irma banyak berubah apabila mereka berdua on off pergi hospital. Dia banyak menyalahkan Ilham. Disebabkan olehnya, anak-anak yang lain terabai dan juga kejadian yang meragut abang keduanya.

"Sayang, kenapa menangis ni?" soal Encik Izzudin yang sudah duduk disebelahnya.

"Saya rindu Ilham bang. Saya nak jumpa Ilham bang. Kenapa umi tak bagi saya jumpa Ilhan" keluh Alyah dengan esakan. Dia menyandar kepalanya di dada Encik Izzudin sambil mendukung Afiqah yang sudah lena didakapannya.

"Abang pun rindu Ilham juga. Umi buat macam tu sebab dia nak sayang dijaga dengan teliti time berpantang."

"Takkan sampai menghalau Alyah berjumpa dengan Ilham. Ilham tu cucu dia juga" luah Alyah tak puas hati.

"Umi nak sayang sembuh selepas bersalin. Abang yakin umi nak terbaik untuk sayang dan Ika" pujuk Encik Izzudin.

"Bang, Alyah dah habis berpantang, Alyah nak lawat Ilham. Ika kita bawa sekali ya.. Ilham mesti teruja jumpa adik dia ni" pujuk Alyah.

Encik Izzudin mengelengkan kepala membuat Alyah terasa hati dan mula menangis.

"abang pun sama macam umi. Tak apa biar Alyah pergi sendiri, Alyah nak jaga Ilham malam ni" marah Alyah

"Kalau Alyah jaga Ilham. Siapa nak bagi Ika susu?"

"Kejap lagi saya pump. Abang Cuma panaskan dan bagi Ika" jawab Alyah dengan nada sakit hati.

Encik Izzudin tersenyum lalu ketawa.

"Dah..Dah jangan merajuk. Sejak ada Ika, kacau sikit dah merajuk. Skit-sikit nak merajuk. Tapi sayang merajuk nampak comel pula. Macam nak tambah anak ke-11 pula" Encik Izzudin sudah tergelak apabila melihat mata isternya membulat.

"Abang! Ika belum besar dah ingat nak tambah sorang lagi anak! Alyah bukan kilang taw" marah Alyah.

"Hahaha.. abang gurau je sayang" Encik Izzudin mencuit hidung Alyah.

"Abang nak bagi surprise" ucap Encik Izzudin.

Alyah mengerut dahinya.

"Surprise apa bang? Abang nak bagi rantai emas ke?" teka Alyah.

Encik Izzudin mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Lebih dari itu, abang yakin sayang pasti suka dengan hadiah abang ni. kejap eh.." Encik Izzudin mengambik Afiqah dari dukungan Alyah lalu mencium pipi montel anaknya itu. sejak menyusu badan, anaknya semakin montel.

"Haikal masuklah" laung Encik Izzudin.

Alyah semakin pelik dengan tingkah laku Encik Izzudin sebelum kepalanya fokus memandang kearah pintu. Bulat matanya melihat Haikal lalu menangis.

"ILHAM!" jerit Alyah teruja lalu berlari mendapatkan Ilham didakapan Haikal.

"mummy. Ilham dah balik" ucap Ilham teruja.

"Ya Allah anak mummy. Mummy rindu Ilham." Luah Alyah sebak lalu memeluk Ilham melepas rindu yang terbuku dihatinya. Dia mendukung Ilham sambil mencium pipi, dahi Ilham lama.

"Perut mummy tak besar macam belon" kata-kata polos dari mulut Ilham membuat mereka tergelak.

"Perut mummy tak besar macam belon sebab adik Ilham dah keluar. Nak jumpa adik tak?" soal Alyah. Haikal sudah beredar dari situ membiarkan mereka meluangkan masa bersama.

"Nak! Mana adik mummy?" soal Ilham teruja.

"Inilah adik Ilham.. comel tak?" soal Encik Izzudin lalu mendekatkan Ilham kearah Afiqah.

"Comel.. sayang adik. Hi adik, ini abang. Abang Ilham" ucap Ilham lalu mencium pipi Afiqah.

Alyah meletak Ilham diribanya sambil memeluk tubuh kecil Ilham.

"Pandai abang buat kejutan. Alyah suka" puji Alyah.

Encik Izzudin tersenyum lalu meletak Afiqah yang masih tidur di dalam baby crib sebelah katil mereka.

Dia terus memeluk Ilham melepaskan rindu.

"Bang kenapa tubuh Ilham semakin susut?" soal Alyah risau.

"Doktor cakap Ilham kurang makan sejak sakit hari tu.. tapi sekarang selera dia dah kembali. sayang jangan risau"

"Maafkan mummy dan papa tak lawat ILham" luah Alyah dengan nada serba salah dan sedih.

Ilham melihat wajah muram mummynya lalu tesenyum. Abangnya pesan jangan buat mummy risau dan sedih. Dia dah jadi abang perlu bagi contoh yang baik kepada Afiqah dan perlu mengalah.

"Tak apa, mummy kan jaga adik. Ilham dah jadi abang tak boleh manja lagi. Ilham perlu protect adik. Tak takut tingal sorang-sorang" ujar Ilham polos.

Alyah dan Encik Izzudin mendengar bicara Ilham berasa kagum. Walaupun umur nak masuk 7 tahun tapi pemikirannya sudah matang.

(Otak dah jadi beku.. maaf kalau banyak salah. tak ada idea)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jangan PergiWhere stories live. Discover now