Chapter 4

722 33 4
                                    

"Syhhh..Syhh.." Alyah mengodok tubuh belakang Ilham yang dari tadi tak henti menangis didukungannya.

Selepas menguruskan anak-anak, Ilham mengadu berasa tidak sedap badan. Doktor dah pesan awal-awal kepada mereka jika ada sesuatu tak kena pada Ilham, cepat-cepat bawa ke hospital.

Pilu hatinya apabila doktor memberitahunya bahawa Ilham kena tahan di hospital lagi. mereka mendapati terdapat jangkitan kuman di paru-paru Ilham.

"Ilham baring dulu ya.. mummy peluk Ilham."

"'Tak nak! Nanti mummy tinggalkan Ilham..Hiks..hiks..hikss" Ilham meronta-ronta didukungan Alyah tanda protes.

"Okay... Okay.. mummy dukung Ilham" Alyah mengalah apabila Ilham menangis semakin kuat.

Sebenarnya pinggangnya berasa sakit dari pagi tadi tapi ditahannya kerana Ilham tidak mahu berenggang dengannya.

"Tak nak duduk sini" ujar Ilham dengan esakan.

"mummy tahu. Sekejap je Ilham duduk sini. Lepas sembuh Ilham boleh balik" pujuk Alyah.

"Betul ke mummy? Uhuk..uhuk..uhuk.." soal Ilham terbatuk-batuk.

"Betul sayang. Ilham tidur ya.. mummy ada kat sini" mengosok-gosok belakang Ilham.

Dia paling tidak suka apabila Ilham batuk. Pasti ada sesuatu tak kena dengan organ penafasannya.

"Jangan tinggalkan Ilham mummy" luah Ilham dengan esakan.

"mummy tak akan tinggalkan Ilham. mummy janji."

"Sayang" panggil Encik Izzudin sebaik sahaja muncul di wad yang menetap Ilham.

"Sayangkan tengah sarat. Mana boleh dukung Ilham. bagi Ilham kat abang" baru sahaja tangannya mencapai tubuh Ilham. Ilham meronta-ronta tidak mahu berenggang dengan mummynya.

Alyah kaget apabila merasa dirinya hilang keseimbangan dan hampir terjatuh jika tidak disambut oleh Encik Izzudin.

"Sayang! Sayang tak apa-apa ke" soal Encik Izzudin risau.

"Alyah sakit belakang" jawab Alyah jujur. Dahinya berkerut-kerut menahan sakit.

"Ikut abang..kita duduk kat sofa sana." Beritahu Encik Izzudin lalu memimpin isterinya suapaya duduk di sofa yang ada di bilik wad tersebut.

Perlahan-lahan Alyah merebahkan dirinya di sofa dan terus bersandar di belakang sofa. Masih terasa sakit belakangnya walaupun sudah duduk.

"Sejak bila sakit belakang ni?" soal Encik Izzudin sambil mengurut belakang isterinya.

"Sejak pagi tadi.."

Encik Izzudin mengelengkan kepalanya.

"Abang nak sayang balik rumah. Biar abang jaga Ilham. Hari ini biar papa jaga Ilham. Mummy rest kat rumah" Beritahu Encik Izzudin tegas.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata papanya itu. Ilham meronta-ronta tanda protes.

"Nak mummy.. nak mummy nak mummy" ulang Ilham banyak kali.

"mummy kan tak sihat. Tak kasihan dengan mummy ke?"

"Mummy tak sihat? Kalau mummy tak sihat Mummy duduk sini dengan Ilham. Kat sini ada doktor ada nurse jaga mummy" jawab Ilham polos.

"Tapi kat rumah mummy boleh akan cepat sembuh." Ujar Encik Izzudin lagi

"Kalau macam tu Ilham nak balik rumah boleh cepat sembuh" jawab Ilham dengan mata bulatnya.

"Kat sini ada doktor jaga Ilham. Sakit Ilham tak sama dengan sakit mummy"

Ilham mengerut dahinya tanda tak faham apa yang dimaksudkan oleh papanya. Alyah mendengar perbualan anak beranak itu. malas nak masuk campur.

Encik Izzudin mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. memang payah nak suruh budak seperti Ilham nak faham.

"Ilham sayang baby tak?" soal Encik Izzudin lalu mengenggam perut Alyah.

"sayang"

"kalau sayang biar mummy rehat dirumah dan Ilham rehat kat sini"

"Tapi Ilham nak mummy" ujar Ilham lalu memuncungkan mulutnya dan matanya sudah mula berair.

"Tak apalah bang. Biarlah Alyah jaga Ilham"

Encik Izzudin mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Dia perlu jaga kesihatan isterinya dan kandungan. Dia perlu bertegas.

"Ilham nak jadi seorang abang perlu mengalah dengan adik. Kasihan adik terpaksa bersempit dengan Ilham bila mummy dukung. Tak kasihan dengan adik ke? Ilham sebagai abang perlu kasihan dengan adik dan mengalah. Papa akan jaga Ilham malam ni dan mummy akan tidur di rumah. Mummy perlu rest. faham Tengku Ilham. " terang Encik Izzudin tegas.

Ilham menunduk kepalanya. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"kasihan mummy sakit. mummy tak perlu jaga Ilham. Papa pun sama. Papa jaga mummy dan adik. Papa dan mummy balik." Ujar Ilham perlahan.

Alyah dan Encik Izzudin memadang antara satu sama lain. Mungkin dia tak faham apa yang disampaikan oleh Encik Izzudin sebentar tadi

"papa jaga Ilham" beritahu Encik Izzudin lagi.

Ilham mengelengkan kepalanya.

"Mummy dan adik perlukan papa jadi Ilham sebagai abang perlu mengalah. Papa balik dengan mummy. Nanti tak ada orang urut belakang mummy"

"Sure nak papa balik?" duga Encik Izzudin

Ilham mengangguk banyak kali

"Adik, abang minta maaf sebab buat mummy macam tu. Lepas ni abang marah mummy bila nak dukung abang. Adik dont naughty-naughty dalam perut mummy. Kasihan mummy sakit. Papa ikut mummy balik teman adik"

Encik Izzudin dan Alyah tersenyum mendengar bicara Ilham. Encik Izzudin terus mengambil Ilham dari dakapan Alyah lalu mencium kedua-dua pipi Ilham.

"That my boy!!" ucap Encik Izzudin membuat Ilham ketawa.

**********

"Abang sure tinggalkan Ilham sorang-sorang? Alyah risau bang. Alyah nak stay jaga Ilham abang tak bagi"

"Kesihatan sayang tu penting. Sayang tu dah sarat. Bila-bila masa saja nak bersalin"

"Tapi Ilham, dia sorang-sorang kat bilik ni. abang sanggup biarkan Ilham tinggal seorang diri kat bilik ni"

Encik Izzdudin mengelengkan kepalanya.

"Abang mana sanggup tinggalkan Ilham sorang-sorang kat bilik ni. Sayang jangan risau, Abang dah call Haikal untuk jaga Ilham. Dia dalam perjalan datang sini" beritahu Encik Izzudin.

Alyah menghela nafas lega

"Jom sayang kita balik.." ajak Encik Izzudin.

"Tapi Ilham macam mana?"

"Diakan dah makan ubat. Dia tak akan sedar selepas telan ubat"

Alyah mengangguk kepalanya. Betul juga gumam hati Alyah.

Sebaik sahaja Encik Izzudin menutup pintu bilik Ilham, mereka mengenggam tangan lalu menyusun langkah untuk keluar dari situ.

Baru sahaja beberapa langkah, Alyah berhenti sambil memegang kepalanya yang tiba-tiba pening itu.

"Kenapa sayang?" soal Encik Izzudin risau.

Belum sempat Alyah membalas pertanyaan suaminya, pandangannya menjadi gelap lalu rebah didakapan suaminya.

"SAYANG!!"

Jangan PergiWhere stories live. Discover now