Sorang-sorang?

Eh tapi kucing binatang. Seekor seekor?

Ah entah.

Even nama dia pun aku tak bagi. Selama tiga tahun aku bela dia, aku panggil dia 'kucing' je. Tak pun sayang.

Terukkan aku? Hoho

Miawwww~

Aku tersenyum melihatnya. Comel. Aku menggeletek lehernya pula. Seronok je dia berguling-guling.

Happy kau ek?

"Mulai sekarang kau jadi kawan aku. Okey?" Ujarku sambil tersenyum kecil. Kucing itu aku angkat ke dalam dukungan.

"I will name you.. Shugar.." 

Sebab bulu dia warna putih. Mata dia hijau kebiruan dan dia fluffy sangat. Putih macam sugar.. 

"Shugarrr..." Aku mencekup mukanya. "Eiiii geram aku kau ni. Rasa nak baling."

"Tapi tu lah. Kau ni gemok!"

Tak leh brain betul la. Pehal do selama ni aku panggil kau 'kucing' je?

Shugar menggoyangkan badannya. Cuba untuk melepaskan diri dari cengkaman aku. Rimas ah tu.

Padan muka.

"Awwww!"

Aku berdecit sakit. Tangan dikibas-kibas. Akhirnya Shugar berjaya melepaskan diri setelah menggigit tangan aku.

Tak guna punya kucing.





**********



Semua High Council of Aztecs  telah diarahkan untuk berkumpul di bilik pengetua.

"Eizzaril."

"Ya saya." Eiz menapak ke hadapan. Tegak badannya menghadap Encik Mahir.

"Jadi, apa laporan terbaru kamu tentang masalah ni? Dah siasat belum?"

"Sudah tuan pengetua. Tapi.." Eiz tertunduk.

Encik Mahir berkerut menunggu kata-kata Eiz.

"Tapi setakat ni kami belum menemukan apa-apa bukti. Sampai sekarang kami tak boleh detect  siapa pesalahnya. Saya harap tuan pengetua boleh beri kami sedikit lagi masa untuk.."

"Masa apa lagi?" Sampuk Encik Mahir.

"Teruskan penyiasatan." Ujar Eiz.

"Saya bukan tak nak benarkan kamu sambung penyiasatan ni. Tapi kamu kena sedar kamu semua ni nak ambil peperiksaan penting. Trial SPM kamu nak dekat sangat dah. Exam ni la menentukan hala tuju kamu. Masa depan kamu." Ujar Encik Mahir.

"Saya rasa masa seminggu yang saya bagi ni dah cukup lama. Kalau kita masih tak dapat nak cari bukti, nampaknya kita perlu gunakan bukti yang awal. Hoodie hitam dan pendrive tu."

Eiz terdongak. Begitu juga Rafiqy, Naufal dan Nuryn. Masing-masing memandang sesama sendiri.

"Tapi tuan.."

"Tak ada tapi-tapi. Kita perlu tutup kes ni segera. Saya tak nak mengganggu prestasi pelajar lain. Dan prestasi kamu."

"Habis prestasi Ika macam mana?" Eiz cuba melawan.

"Betul tu tuan pengetua. Ika tak bersalah. Dia dianiaya." Nuryn turut menyokong.

Encik Mahir menghela nafas panjang. Kaca matanya ditanggalkan.

"Dengar baik-baik."

"Berdasarkan rekod salah laku Zulaikha, dia memang sepatutnya dah lama kena buang sekolah. Tapi disebabkan prestasi akademik dia yang cemerlang dan waris dia banyak memberi dana kepada sekolah ni.. Saya kekalkan dia. Saya tak buang dia dari sekolah ni."

Us ✔Where stories live. Discover now