BAB 53 - BABY IS COMING!

Start from the beginning
                                    

          Afiq Khairul melingkarkan tangannya di bahuku sambil tersenyum.

          "Tapi, hebatlah! Satu hari je boleh siap.  Wow, memang terbaik!" pujiku dengan mata bersinar-sinar.  Siap angkat jari thumbs up.  Memang terbaik!

          Adila tergelak dengan kata-kataku itu.

          "Mestilah, di mana ada kemahuan.  Di situ ada jalan.  Demi anak buahku yang bakal lahir ni.  Apa saja untukmu, auntie sanggup lakukan apa saja.  Cuma, jangan nakal-nakal.   Auntie tahu betapa nakalnya mama kamu ni masa kecil.  Harap tak ikut perangai mama kamu.  Ikutlah perangai auntie kamu ni, auntie budak yang baik dan dengar cakap gitu..," kata Adila lalu mengusap perutku.

          Lagaknya seperti masuk bakul, angkat sendiri.   Dalam erti kata lain, puji diri sendiri.  Yakin pula tu!

          Aku angkat keningku kepada Adila.   Budak yang baik dan ikut cakap?

          Apalagi, ibu tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.  Adila dipandangnya dengan gelengan kepala.

          "Budak baik dan dengar cakap konon.   Apa yang ibu tahu, Adila pun tak kurang nakalnya macam Leha ni juga.  Kamu dua ibarat belangkas dan 'satu kepala' bila buat onar.  Sehinggakan Sofea yang ayu dan pendiam tu kamu heret sama.  Panjat pokok, mandi sungai, ke hulur ke hilir dengan basikal vintage atok tu.  Itu belum lagi dengan main masak-masak, main khemah-khemah kat belakang rumah di kampung tu.  Sampai selimut dijadikan alas, siap bawa bantal lagi.  Bertuah punya anak.  Sikit lagi umi kat kampung tu kena darah denggi dengan perangai kamu tu..," bangkang ibu sambil mengecilkan matanya kepada Adila.  

          Adila dan aku tersengih-sengih dengan muka merah.  Ibu, perlukah bongkar rahsia kami tu? 

          Malulah kami!

          Namun, aku terdiam sekejap.   Begitu juga dengan yang lain.  Adila pandang aku.  Aku pandang Adila juga.  

          Keningku berkerut... Darah denggi?

          Sekali lagi, ayah yang ketawa dulu.  Aku pegang lengan Afiq Khairul sambil tunduk dan menyembunyikan tawaku.  Adila dah tumpang sekaki dengan ayah.  Ketawa tak ingat dunia!

          "Ibu, darah tinggilah.  Bukan darah denggi.   Teruknya ibu tersasul! Ibu buat lawak ke ni?" Dalam tawa, Adila memperbetulkan kesilapan kata-kata ibu tadi tu.

          Ibu selamba saja tayang muka sememeh tu kepada kami.  Sudah biasa tersasul dan diketawakan.  Pasrah!

         Tapi, sempat lagi ibu memukul lengan Adila.  Pukul manja je!

          Aku menoleh kepada tiga orang pekerja tu sambil mengucapkan terima kasih juga.  Mereka hanya tersenyum-senyum dan kemudian mengemas barang-barang perkakas mereka tu.

          "Terima kasih sebab ambil khidmat daripada kedai kami.  Harap berpuas hati..," ucap salah satu pekerja tersebut kepada kami.

          Kami tersenyum.  Afiq Khairul dan ayah bersalaman dengan tiga orang pekerja tersebut.  Selepas itu, mereka bertiga berpamitan untuk beredar.

          "Jemput makan dan minum-minum kat bawah dulu," pelawa ibu lalu mengikut langkah pekerja-pekerja tersebut.

          Ayah dan ibu turun ke tingkat bawah.  Tinggal Afiq Khairul, Adila dan aku saja di dalam bilik nursery ni.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now