BAB 34 - TEKNIK GODA SUAMI!

31.7K 898 41
                                    

          Aku pakai tali pinggang keledar lalu menoleh ke sebelahku

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

          Aku pakai tali pinggang keledar lalu menoleh ke sebelahku.  Aku pandang Afiq Khairul yang sedang memandu dengan secalit senyuman terukir di bibirnya itu.   Aku tersenyum sama.  Nampaknya mood dia okey hari ni.  Alhamdulillah!

          Apabila teringatkan misi aku tu, terus aku ambil handphone dan cari ikon Google.  Lepas tu, aku taip 'cara-cara untuk menggoda suami' dan tekan butang search.  Loading dan kemudian terpampang website tentang cara-cara untuk menggoda suami tu.  Aku baca dalam hati saja...

~ Malam Jumaat : 12 cara istimewa menggoda pasangan di ranjang.

          Aku terkelu.  Ranjang? Aku abaikan yang itu.  Aku baca yang seterusnya lagi.

~ Teknik goda suami apabila suami tak ghairah.

          Aku telan air liur.  Apa kebendanya ni? Next!

~ Cara goda suami atas katil paling best.

          Aku terkelu lagi.  Gila! Next!!!

~ Tips panas untuk isteri menggoda suami ke ranjang.

          Aku rasa macam nak lempar saja handphone ni ke luar tingkap.  Lain yang aku cari, lain yang muncul.  Aku cuba tenangkan diri.  Aku kerling Afiq Khairul di sebelahku itu.  Jangan sampai ketahuan oleh Afiq Khairul.  Santai di posisi saja!

          Mungkin keyword yang aku guna, salah kot?

          Aku delete search yang sebelumnya.  Aku tukar kepada 'cara-cara untuk ambil hati suami'.  Aku tekan butang search lagi dan terpampang website yang aku mahukan itu.  Aku tersenyum, yang ini baru betul!

          Macam tadi, aku baca dalam hati saja.

~ Cara memikat suami dengan bermanja.

          Aku buka website tersebut, my.TheAsianparent.com.   Aku baca info di dalamnya dengan teliti.  Kalau dengan cara bermanja, senang saja.  Aku boleh buat!

(Hasil kajian mendapati cara memikat suami yang paling berkesan ialah dengan bermanja atau cuddling kerana suami sebenarnya amat menyukai perbuatan itu dalam diam!)

          Aku scroll ke bawah lagi.  Rata-rata info berkaitan dengan cara-cara bermanja selepas hubungan intim antara suami dan isteri.  Aku ketap bibirku.  Masalahnya, kami belum sampai ke tahap situ lagi.  Tapi, aku baca sehingga habis.  Sekadar take note sahaja.

          Lepas tu, aku keluar dan search di website yang lain pula.

~ Encik suami mesti makin sayang jika anda lakukan 9 perkara ini.

BOS A.K.A SUAMIKUWhere stories live. Discover now