BUDAK-BUDAK BARU

82 2 0
                                    

Segalanya kembali normal. Mereka semua tanya aku pasal Syafiq. Well...malangnya aku dan Syafiq dah lost contact. Dia mampu Whatsapp dengan Bella je bila dia perlu melainkan aku. Yang tu aku sedih. Aku tak boleh nak buat apa dah. Aku jadi murung lepas tu.

Setahun kemudian.

Syarikat kami bertukar tangan, vibe dalam pejabat dah jadi kurang happening, lebih tertekan. Big boss lama kami terpaksa berhenti atas sebab pengurusan baru yang begitu tegas, terlalu demand padahal pengurusan yang sama je. Diambil alih pula oleh dua big boss baru yang ambil alih syarikat kami ni. Segala mak nenek yang ada dalam pejabat ni semua benda nak kena ubahsuai. Aku dan Rokiah pula terpaksa tukar workstation sama juga dengan kak Liza dan kak Juna atas arahan big boss. Tambah pula dengan dengan staf-staf baru. Tak lama lagi kena pindah ke Shah Alam pula. Ikutkan ramai yang protes tak nak pindah. Nak tak nak kena pindah juga. Kalau tak, cari kerja lainlah opsyennya.

Kali ni kemasukan staf baru semuanya lelaki, muda-muda pula tu. Rakan-rakan sepejabat aku semua dah mula mengusik aku tak kesudah sebabkan staf baru, lagi-lagi lelaki. Ya. Asal staf baru yang lelaki je masuk, aku yang jadi mangsa keadaan. Mereka hanya nampak aku yang masih single. Atau mungkin mereka jadikan staf-staf baru ni sebagai pengubat move on aku. Tolonglah.

Majoriti yang masuk adalah staf bahagian akaun sebabkan bahagian tu tak cukup tangan nak membantu dek Bella berhenti kerja dua minggu sebelum dia nak kahwin dan berpindah ke Penang, Nik pula dah promot ke jawatan Corporate Planning, kedua-dua dah kosongkan meja sendiri, tinggalnya kak Rina seorang je dengan tiga buah meja yang kosong. Meja Syafiq memang dah lama kosong sejak dia selesai praktikal, dah jadi tempat longgokan fail untuk diaudit. Jadi mereka nakkan seramai tiga orang staf dalam bahagian tu dan juga seorang staf dalam bahagian HSE (Health, Safety & Environment).

Staf baru pertama yang masuk, Hanafi namanya. Penampilan yang segak macam businessman yang sebenar tambah lagi wajah serupa pak arab dengan berjambang lebat. Baru balik dari umrah je mulut bukan main mencarut, aku ingatkan dia dah berubah jadi lebih baik. Rileks, dia ni baik orangnya. Tapi kadangkala dia kelakar juga walaupun gaya macam ustaz. Kadangkala juga dia berdakwah sambil membawang. Aku lupa nak beritahu yang dia ni ejen sah insurans Prudential. Jadi siapa nak apply insurans savings ke apa, aku boleh bagi nombor dia dekat kau.

Seorang lagi pula, Fazrul. Dia ni hanya akauntan sementara je, lagipun tak ada benda yang menarik pasal dia. Sebenarnya ada juga staf perempuan yang baru, Ainul. Staf perempuan yang kenit dan yang paling muda dalam syarikat kami. malangnya dia diarah untuk berehat selama 4 bulan untuk pulih dek kemalangan di lobi bangunan Megan Avenue 2, tempat kerja kami sewaktu dia tiba di pagi hari. Lalu digantikan dengan Fazrul. Fazrul ni suami orang so chill sudah. Kadangkala dia jadi pakcik bawang, gosip tak kesudah.

Yang seorang lagi staf baru, Asyraf. Budak HSE. Aku ulang ya, BUDAK HSE. Tengok muka pun macam masih budak lagi. Dikatakan dia ni staf lelaki paling muda dalam syarikat kami, 3 tahun muda dari aku. Dia ni jarang bercakap, sama macam aku, kalau bersembang sikit pun keluarlah ayat panjang berjela. Dia akan outstation bila big boss suruh. Biasalah budak HSE kan, tak macam si Faris, dia akan minta izin big boss dulu baru dia pergi. Lawat stesen ke stesen selama dua tiga hari. Sebelum ni dia pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas. Adalah serba sedikit pengalaman.

Dia ni nampak je innocent tapi kelakar juga, yang bestnya segala pickupline semua dia keluar. Lebih lagi dari segi lawak jenaka yang terlampau kreatif. Kadangkala dia punya lawak tu buatkan aku nak siku je kepala dia. Setiap hari aku lalu depan meja, aku hanya nampak dia menaip je, tak ada buat benda lain. Sembang dalam henfon dia pun tidak. Tekun je. Dan aku perasan tempat dia dikelilingi bini-bini orang bila Faris tak ada. Tapi yang buat aku sikit kecewa adalah tahun depan dia dah nak kahwin. i am like, coih! aku baru terjatuh suka dekat dia walaupun dia budak lagi.

Dan akhir sekali, Shuib, a.k.a Abang Gorgeous atau gelaran kampungnya, Shubi. Entahlah, bunyi pun macam gay tapi itulah kedengaran dari Hanafi sendiri. Dia akauntan full time dan juga pelajar akaun part time. Jujurnya Shuib ni tergolong dalam puak makcik bawang. Ya. Seluruh department akaun dan operasi jadi riuh sebab dia, sama juga dengan Hanafi dan Fazrul, maka jadinya department Membawang. Terlebih happening, tambah pula dia lelaki mulut laser sepertimana Rokiah gelarnya Pakcik mulut laser bahkan muka dia nampak matang. But what surprised me is dia ni mat lembut sikit. Itu yang kami suka. Sekurang-kurangnya dia bukan gay.

Selalu juga bersarapan dengan dia tiap pagi. Makan tengah hari pun dengan dia, kadangkala bertiga dengan Asyraf, tak pun dengan Fazrul. Tak pernah pun makan berempat. Bila aku bawa bekal memang aku akan kongsi makanan aku dengan dia. Bukan dengan dia je, dengan Asyraf dan yang lain. Selalunya aku makan seorang diri.

Shuib ni bila ada benda je nak luah mesti dia akan luah dekat aku, bila dia merajuk pun dia akan datang dekat aku. Aku mampu dengar dan gelak je lah. Pernah sekali dia Whatsapp aku sewaktu dia pergi solat jumaat,

"Weh Asyraf dengan Fazrul tinggai aku, sedih, depa kojaq noh." luah dia dalam loghat kedah dalam Whatsapp.

Dia luah dekat aku yang Asyraf dan Fazrul tinggalkan dia terkangkang berseorangan dekat tempat dia, padahal dia tak sedar Hanafi masih ada dekat meja dia. Akhirnya terus merajuk dengan mereka berdua dan jamah makan tengah hari seorang diri lepas tu, dalam masa yang sama dia hantar gambar dekat aku. Aku memang betul-betul kasihan gila-gila dekat dia.

Aku dan Shuib ni dah dikira sebagai THE GORGEOUS duo, katanya. Bukan pasangan bercinta ya. Kami belum ada apa-apa lagi, sedangkan kami berdua gelar sesama sendiri 'Babe'. Adakala boleh jadi pasangan bertumbuk bertampar sebab bila aku puji dia, terus dia nak bagi penumbuk penampar dekat aku. Not literally.

cerpen rabakWhere stories live. Discover now