Durian

776 13 7
                                    

Belum lagi musim durian der.

Joy memang kepingin nak telan durian di kampung halaman atuk nenek dia. Dalam kepala dia asyik fikir durian je. Lagi-lagi cendol durian, pulut durian, crepe durian, aiskrim potong perisa durian ori. Dengan perkataan durian yang selalu didengari ramai termasuk Joy memang membuatkan dia terliur dan menelan.

Hari cuti sekolah orang-orang tua dia ajak balik ke kampung halaman di Segamat selama 4 hari. Ahh terliur. Bila sebut Segamat mengingatkan Joy semasa kecil makan durian beramai-ramai sampai tumbang. Sekarang belum lagi. Durian pun belum jatuh dari pokok.

Sampai kampung belum lagi Joy nak bersalam dengan atuk neneknya dia lari pergi ke pokok durian. Joy dongak pandang pada dedaun. Tak ada. Tak ada satu pun. Even atas dedaun kering pun. Yang adanya kulit je. Joy terpaksa berpatah balik masuk rumah dengan muka kecewa.

Telinga Joy dipulas kuat oleh maknya, Wati sewaktu dia langkah masuk rumah "Kamu pergi mana tadi?"

"Joy pergi jenguk pokok durian tadi."

"Haihh kamu ni. Tak habis-habis dengan durian. Tak elok untuk kesihatan la nak oii."

"Sori ma. Joy ngidam sangat nak makan durian ni."

"Ye la. At least tunggu musim durian ler. Jangan la terburu-buru sangat."

"Baiklah ma. Joy tunggu." Joy merajuk.

Dia asyik telan air liurnya, menunggu musim yang akan tiba. Sepupu Joy, Shahar juga ada, mengajak bermain ps4 tapi Joy tolak permintaan saudaranya gara-gara tak ada mood untuk bermain, dia pilih untuk berseorangan buat masa ini.

Cuaca yang begitu panas membahang buat Joy apabila dia nampak serpihan kulit durian atas rumput. Joy memang tak gemar orang yang buang sisa merata-rata. Ye lah, nak selamatkan mother earth lah, kan. Hahaha. Joy kutip kulit durian dari rumput dan merenung, harapkan musim durian tiba dengan cepat.

"Joy!" seru Wati dari tingkap "Joy, buat apa tu? Meh sini kejap nak." Joy tinggalkan kulit durian tu di belakang pasu bunga dimana kulit tu tak dilihat oleh sesiapa.

"Ada apa ma?"

Wati hulur duit not 50 ringgit pada Joy untuk memberi satu errand "Mama nak buat sambal garing malam ni jadi mama nak kamu pergi beli cili kering 1 kilo, bilis dalam... 50 gram gitu la dengan bawang merah."

"Berapa biji?"

"3 biji cukup la. Kalau ada lebih pergi la beli air mineral satu galen. Ikut kamu la." Mata Joy terbeliak. Badan dia yang kurus tak mampu nak bawa air satu galen untuk seorang "Ajak Shahar. Dia ingat kedainya kat mana yang ada jual barang kering tu." Shahar sudah melangkah keluar pakai selipar pantai yang lusuh coraknya di bahagian tapak kaki. Not 50 ringgit dipegang oleh Joy diselit masuk dalam poket melainkan dalam dompet.

Shahar membawa Joy naik bukit ke kedai runcit. Tak jauh dari rumah, hanya melintas jalan je untuk ke seberang sana walaupun jalan telah diperluaskan.

Cuaca yang begitu panas membuatkan mereka berdua membahang dan menyemput hingga tiba di sebuah kedai runcit kecil berhampiran dengan sekolah tinggi. Kecil dan gelap dalamnya hingga tak dapat tengok apa di dalam kedai tu. Kadangkala orang yang rabun terus nyalakan lampu suluh dari henset. Joy dan Shahar menuju masuk terus ke dalam mencari apa yang disuruh oleh Wati. Cili kering, bawang merah dan ikan bilis. Joy terbahak selepas terhidu bau bawang. Shahar pula mengambil cili kering segenggam dua dan ikan bilis.

Melainkan not 50 ringgit merupakan jumlah yang besar, mereka cadang untuk membeli sesuatu yang manis dan juga sejuk. Maka dua batang aiskrim potong dan dua tin milo dikeluarkan dengan jumlah kesemuanya tak sampai berbelas ringgit. Kesemuanya RM8.70. Joy dan Shahar bersantai saja di depan kedai untuk meredup. Joy mengira baki yang ada dan mujur masih banyak duit pecah yang ada di tangan.

cerpen rabakWhere stories live. Discover now