AKU

1.6K 18 0
                                    

Aku bukan nak luahkan pasal cinta aku terhadap seseorang, tapi aku tulis ni sebab aku nak luahkan kisah-kisah life aku.

Sebelum aku jadi writer in the making. Aku mulanya seorang pelukis. Ya. Pelukis yang paling pendiam dari kecil sampai sekarang.

Sejak sekolah, aku merupakan pelajar yang paling pendiam. Kawan-kawan aku pun tahu yang aku ni pendiam teramat dan suka melukis. Tak ada sepatah kata pun dari mulut aku pada mereka. Nak sembang kuda bila perlu saja. Masing-masing buat hal sendiri. Ada yang form band, ada yang pervert dan ada yang gay. Aku pula most of the time duduk dekat tempat aku buat kerja aku sendiri. Aku tahu kelas aku dulu kelas berotak gila-gila sejak pindah kelas.

Kenapa aku ni pendiam?

Ok. Aku ni pendiam sejak aku lahir. Mak bapak aku selalu kata aku tak pandai bercakap, takleh bercakap. Serik aku dengar. Selain tu, I'm a loner, and a crybaby dari tadika sampai ke permulaan aku masuk sekolah rendah. Pada masa tu aku pernah digurau kasar oleh mereka dengan mengambil dan membaling alat-alat tulis aku. Standardlah kan budak-budak masa kena buli kena gurau kasar bagai. Aku tak tahu nak buat apa. Masa rehat tak ada siapa pun nak melayan aku. Aku dipulau sebab aku pendiam teramat. Aku lepak seorang diri pandang mereka main di tengah padang. Kadangkala aku lepak seorang diri dekat pondok, tengok kereta lalu lalang. Nak lukis pun tak ada apa alat aku nak lukis. Pensel semua hilang. Mak bapak aku bising sebab aku tak pernah jaga barang-barang aku sendiri.

Naik ke sekolah menengah, datangnya pemberontak satu sekolah. Shawiah. Dialah perempuan minah sawah yang brutal, otak mereng dan antagonis dalam hidup aku. Cikgu selalu sound dia, dia boleh lagi nak sengih kerang. Mereng.

Kenapa dia antagonis?

Macam aku cakap, dia perempuan brutal, otak mereng dalam satu sekolah dan jenis tak tahu malu dan dia sangat anti dengan aku dan aku sangat anti dengan dia. Ya, dia memang brutal. Kawan-kawan seminah sawah dengan dia sebenarnya tidak menyukai dia sebabkan dia terlalu brutal, tapi mereka pura-pura berkawan dengan dia. Aku jadi mangsa dibuli dan diprank oleh dia. Secara mental? Ya. Fizikal? Tidak tapi sekali saja.

Apa dia?

Ok. Let me explain. Segelintir dari mereka tertawa tanpa aku sedar apa sebenarnya yang dah berlaku dan bila kawan aku tegur aku, baru aku sedar ada sehelai kertas tertampal di belakang aku. Maka itulah penjelasan kenapa aku rasa seperti aku ditawa oleh mereka. Rupanya hanya itu saja, mereka tengok aku dihempap dan ditampal oleh si Wiah tu tanpa mengalih dia dari tubuh aku yang kenit haluih ni. Jangan main-main, depan cikgu matematik dia pergi buatnya. Oh aku lupa nak bagitahu yang Shawiah ni satu kelas dengan aku masa tingkatan tiga. Sebab itulah.

Aku bersabar dengan permainan dia. Masa aku bertugas pun macam tu lah. Dalam kepala aku, aku selalu sebut fuck you berkali-kali.

Pada masa tu, aku diperhati oleh dia dari belakang sewaktu aku tengah melukis. Kadangkala aku kena bash dengan dia sambil tunjuk muka berang dia "Kau ni asyik melukis je!!" salah ke aku nak lukis? Pada masa yang sama aku sebut fuck you dalam kepala aku sambil aku pandang tajam dekat dia.

Tiba masa peperiksaan PMR, aku ulangkaji dulu sebelum tu, tetiba dia muncul dengan sengaja dia duduk sebelah aku, pandang aku dan berkata secara direct "Eii benci betul aku tengok muka kau ni tahu." benci aku sebab apa? sebab aku bodoh? Sebab aku terlalu lemah? Sebab hari-hari aku asyik melukis?

Aku diam lagi. Dua daripada rakan sekelas aku tertawa sipu memandangkan mereka lebih kesiankan aku daripada dia. Thanks for being honest Wiah. I know that I deserve to be hated for a reason anyway. Kalau kau nak belasah aku sampai mati pun boleh gak, tak ada masalah. Lagi senang hidup kau, kan? Once again.. fuck you.

Tapi aku tetap teruskan saja dengan life aku sebab aku tahu tuhan nak aku teruskan hidup dalam dunia ni. Mujur dia buat hal dia bersama rakan-rakan seminah sawah yang lain selepas kami pisah kelas ikut keputusan PMR sewaktu naik tingkatan empat. Nasiblah. Kalau duduk satu kelas lagi, memang merana sampai habis SPM.

Naik ke tingkatan empat, aku ambil aliran akaun, tapi aku masih teruskan melukis dan pada masa yang sama, aku membuat cubaan untuk mengarang satu cerita fiksyen atas kertas berdasarkan dari lukisan-lukisan aku, watak-watak ori aku. Orang-orang yang aku baru kenal tu mula memuji lukisan aku walaupun agak amatur pada masa tu dan juga karangan aku yang paling noob. Jujur aku cakap, bukan buat betul-betul pun.

Tiba-tiba kawan sekelas aku, budak transfer student, Syafawati, dengan sopan dan gilanya membaca cerita yang aku tulis tu. Tetiba dia mengomen pada aku mengenai karangan main-main aku tu "Serius wei, cuba la kau buat novel. Boleh buat duit ni." aku dengan segan silunya membalas "Errrr... Ahaha parah aku nak bikin cerita penuh nak jadikan sebuah novel. Serius aku cakap." tapi sumpah aku segan gila bhai. Padahal karangan aku buat tu sekadar main-main, sekadar mengisi masa lapang.

Selepas itu, datang seorang lagi rakan sekelas aku, Fauzan, lebih dikenali sebagai Shot, kadangkala orang panggil dia Bojan. Pun beri statement yang sama cuma dia perlu aku terangkan back story watak-watak dalam cerita yang aku karang tu. Aku terkilan, cemana aku nak explain ah?

Beberapa minggu kemudian, aku terus berhenti mengarang dek kerana tak ada idea maka aku tutup saja dan takkan unlock lagi. Aku proceed saja dengan melukis dengan membikin satu komik. Komik yang tak pernah nak siap, lalu aku berhenti disitu juga. Aku dah fedap. Aku membuat keputusan untuk membuat ilustrasi saja sehingga ke sekarang. Hasil karya aku sebenarnya tak pernah dijual secara individu mahupun secara berkumpulan, tak pernah keluar dari mana-mana majalah tapi aku tetap lukis anyway.

Dan kini, aku tinggalkan dunia seni lukis buat sementara waktu. Kenapa? Art block, tu satu. Lagi satu, sebabkan seseorang yang aku suka tu sampai sekarang walaupun aku kenal dia sejak aku kerja, aku betul-betul dah ada keyakinan untuk buat benda baru. It's like aku dah unlock semula bakat yang dah lama aku pendam. Tanpa kewujudan si dia aku takkan unlock bakat menulis ni dan aku takkan karang cerpen ini woi. Cuma sekarang aku harapkan ada yang suka, itu saja.

Wink2. :B

cerpen rabakWhere stories live. Discover now