Taehyung menggerakkan lehernya ke kiri dan kanan, "Cuba ulang apa kau cakap."

Lelaki itu terlihat sangat menggerunkan ketika ini, dengan alunan suara garaunya bergema membuatkan dua orang lelaki itu setapak mengundur.

"Wae? Kitaorang cakap benda betul? Kenapa kau nak marah?!"

Sekali lagi hadiah hayunan tangan menjadi makanan Ka Cheol pula. Disebabkan mereka berdua tidak puas hati dengan sikap Taehyung, akhirnya tiga orang lelaki itu bergelut sesama sendiri.

Tiada belas kasihan. Dua lawan satu.

Bertumbuk. Melepaskan geram dan segala amarah yang terpahat dalam diri.

Taehyung seperti bukan diri dia. Sekarang tepat dia duduk di atas perut Ji Sung, menumbuk wajahnya bertubi tubi seperti kerasukan.

"YAH Kim Taehyung kau gila ke?!" jerit Ka Cheol yang agak ketakutan, tidak menjangka situasi akan separah ini. Kuat dia menolak tubuh lelaki itu sehingga jauh dari rakannya yang sudah terkulai berdarah.

Disebabkan kekecohan itu, ramai yang sudah berkumpul dengan riak wajah terkejut.

Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

"YAH APA KORANG BUAT NI!" jerit Eunhyuk saem yang lewat selangkah sebelum segalanya makin keruh.

Taehyung cuma tenang tersandar pada dinding, seperti tiada perasaan melihat orang yang dia sakiti sekarang dibawa ke rawatan. Nafasnya tidak teratur, hujung bibirnya turut keluar cecair merah.

Hari yang paling dibenci Kim Taehyung, memberi secalit kepuasan dalam dirinya untuk kali pertama.

**************

Sekarang aku dekat hospital. Tak tahu sebenarnya apa yang berlaku tapi anugerah masa Taehyung sepatutnya naik pentas tiba tiba ada wakil yang ambilkan.

Risau gila aku. Macam tak cukup tanah lari, nak menangis pun ada.

"YAH KIM TAEHYUNG! Awak tahu tak saya risau! Tsk.. awak okay tak. Omo.. luka.."

Lelaki yang sedang duduk di bahu katil pesakit tu buat muka malas sambil tepis tangan aku yang cuba nak sentuh hujung bibir dia.

"Hajima."

"Apa yang jadi ni? Kenapa awak sampai luka teruk macam ni?"

Soalan aku tidak sempat dijawab apabila Eunhyuk saem muncul dengan wajahnya yang kesal.

"Taehyung, saya tak tahu apa yang mereka buat dekat kamu. Tapi sekarang ni Ji Sung dah masuk wad. Kamu tahu tak bahaya? Kalau keluarga dia tuntut apa saem nak jawab?!" bisik Eunhyuk hanya kami berdua yang dengar.

Aku terkedu seribu bahasa. Taehyung belasah Ji Sung sampai teruk macam tu?! Apa kejadah ni weh?!

"Kalau ya pun nak bertumbuk, bertumbuk lah dekat luar sekolah!" sambung Eunhyuk saem lagi sambil bercekak pinggang. Nampak betul marah tu.

Aku, tak pernah nampak Taehyung pukul orang. Sejak dari kecik, dia ni jenis tak suka bergaul. Mana mana pun dengan aku je. Marah pun tak adalah sampai nak pukul, aku tertanya tanya apa yang dua orang tu buat sampai dia jadi macam ni.

"Saem janganlah marah Kim Tae lagi. Tak semestinya dia yang pukul tapi dia yang salah. Saem ni cuba lah siasat betul betul." aku melabuhkan punggung di sebelah Taehyung, membelanya.

"Sekarang ni siapa yang salah tak penting. Siapa yang start pukul tu yang penting tahu tak. Ini dah melibatkan keganasan fizikal dalam sekolah. Pelajar nombor satu buat hal besar macam ni, apa saem nak jawab nanti kalau dah sampai dekat pejabat pendidikan?"

Disebabkan aku kesian tengok Taehyung asyik kena marah dengan Eunhyuk saem, so aku terus tolak Eunhyuk saem sampai keluar dari kawasan tu.

"Yah yah, saem ada banyak lagi nak cakap dengan dia!"

"Shuh! Saem jangan kacau Kim Tae saya, lepas saem dah reda baru jumpa dia. Arraseo? Bye!"

***************

Malam yang tenang. Ditemani bulan bintang. Angin tiup menyapa kami berdua yang sedang duduk di atas bukit, tempat kegemaran dari dulu.

"Esok mesti awak kena panggil. Bagitahu yang awak tak salah. Tau? Saya tahu awak tak buat kalau tak bersebab. Saya percaya awak." aku menumbuk bahunya perlahan.

Taehyung memandang sekilas, namun masih mendiamkan dirinya.

"Apa jadi sebenarnya. Awak jangan lah macam ni Kim Tae. Saya risau tahu tak. Tengok tu dahi awak, bibir awak. Semua dah berplaster."

"Gurae.. diaorang tak fikir pun pasal aku." suaranya terdengar agak perlahan namun jelas.

Dahi aku berkerut, "Siapa? Yah saya fikir tau pasal awak!"

Taehyung menjatuhkan pandangannya, menyembunyikan wajah pada kedua belah lutut. Aku jadi tertanya tanya, apa yang Ka Cheol dengan Ji Sung cakap sampai jadi macam ni.

"Y..Yah.. Kim Tae.." terkejut bila bahu lelaki tu terhincut hincut.

Ini kali kedua..

Aku tengok Taehyung menangis selepas pemergian halmeoni dia.

"Yah Kim Tae.. uljima.." sebak aku jadinya.

Sejarak aku merapat, merangkul bahu lelaki yang sedang menangis tidak bersuara itu. Aku usap perlahan lahan, memujuk. Lambat lambat dia akhirnya memeluk tubuh aku masuk ke dalam dakapan. Rambutnya pula aku usap dengan lembut.

"Gwaenchana, saya ada."

___________________

The Starry Sky + kthKde žijí příběhy. Začni objevovat