1

1.1K 46 20
                                    

Jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Aku kini dalam perjalanan ke rumah acik mah dari surau berdekatan. Dengar khabar anaknya bakal pulang ke kampung dari ibu kota. Setibanya aku di hadapan rumah acik mah, terlihat along sedang berjalan memasuki rumah. aku menyapa beliau dengan mesra kerana jarang sekali untukku melihat mereka disini. "Along!" jeritku kecil. Terlihat beg plastik dipegangnya sambil memasuki rumah. sudahku tahu dia baru pulang dari kedai. Aku bertanyakan jika acik mah berada di dalam.

"Mak ada kat dapur. masuklah adi" balasnya sambil dia berjabat tangan denganku. sekonyoh-konyoh aku masuk kedalam rumah seperti hari-hari biasaku. Along menyatakan bahawa acik mah berada di dapur sedang memasak untuk makan malam Bersama-sama. aku segera ke dapur dan terlihat acik mah sedang bertungkus lumus memotong bawang dan seketika dia sekonyoh konyoh ke dapur menggoreng ayam. aku terus ke dapur, menyapa acik mah dan terus membersihkan tanganku disingki bagi membantu acik mah didapur. acik mah menghalangku tapi seperti biasa aku tetap membantunya. acik mah tidak berkata apa-apa selain membiarkan saja aku menguruskan segala bawang halia dan sebagainya. keadaan bertambah meriah apabila bukan kami berdua sahaja yang bersembang malah along juga turut membantu di dapur.

Along atau nama sebenarnya Azam, berumur 30 tahun, dan masih bujang sehingga sekarang. dengan jambang serta badan sedang-sedang tegapnya, dia dan model-model dari arab tak ada beza. keluarga mereka ini sememangnya berketurunan dari tanah arab jadi tidak hairanlah jika dia berwajah tampan. Beliau dikatakan juga bekerja sebagai model sambilan selain daripada kerjayanya sebagai seorang doktor sepenuh masa di salah sebuah klinik swasta. Dia pernah mempelawa aku untuk bekerja bersamanya di klinik namun aku menolak kerana semangat kerjaya aku lebih kepada bidang fesyen dari dahulu lagi. Tapi perbualan antara kami berdua terjadi beberapa tahun lepas. mungkin aku tidaklah sematang yang disangka dahulu.

Kami berborak Panjang, bergelak ketawa di dapur sampailah kesemua makanan siap dan kami segera menghidangkannya di ruang tamu di atas lantai yang beralaskan tikar mengkuang. Sedang kami menghidangkan makanan, pakcik akob kini pulang kerumah dengan baju melayu, berkain pelekat serta bersongkok. sudahku tahu dia ke kedai kopi dahulu sebelum pulang ke rumah. seperti biasa. aku mempelawa beliau juga untuk makan Bersama-sama dengan kami.

Setelah selesai menghidang, kami berempat mengambil posisi untuk makan dan bacaan doa makan diketuai oleh Along. bacaan doanya sangat merdu. Ya aku pernah mempunyai perasaan terhadap dia suatu ketika dahulu tapi aku tidak pernah melakukan perkara-perkara yang tidak baik sebelum ini kerana aku tahu dia keluarga aku. Dan aku harus hormat kepada mereka untuk arwah mama.

Kurang lebih satu jam kemudian, kami bertiga berehat di sofa sambil berbual sementara pakcik akob Bersama rakannya di hadapan rumah bersembang. Dalam kami mesra bersembang acik mah meminta izin meninggalkan ruang tamu sebentar dan terus ke bilik. Tinggallah aku berdua sahaja Bersama Along di ruang tamu. seperti yang aku sangka, soalan yang sama diatanya oleh along kepadaku. Dia mempelawa aku ke ibu kota bekerja bersamanya kerana dia kekurangan pekerja. Dia menyatakan bahawa pekerjaannya itu mudah saja iaitu menjadi pembantu peribadinya di kliniknya dan menjadi model sebagai pekerjaan sambilan jika aku berminat. Akan tetapi kali ini aku meminta sedikit masa untuk aku berfikir. kami bertukar nombor telefon dan dia memberitahu untuk terus berhubung dengan dia supaya tidak terputus hubungan. mungkin kerana dia merasakan yang aku ini sebatang kara oleh sebab itu dia melayan aku seperti adiknya sendiri. Tidak aku nafikan itu kerana dia seperti yang aku tahu merupakan seorang abang yang betul-betul menjaga dan menyayangi adik-adiknya.

Seketika kemudian, acik mah datang kepadaku Bersama dengan sebuah buku album. Acik mah membelek-belek kandungan album tersebut lalu mengeluarkan sekeping gambar yang tidaklah begitu lama gambarnya seperti gambar kahwin milik orang tuaku. gambar tersebut dihulurkan oleh acik mah dan dia menyatakan yang gambar ini diambil pada tahun 2010. jadi ianya tidaklah terlalu lama. acik mah ada memberitahu yang bapaku ada datang kesana untuk bertanyakan tentang khabar aku dan mama. mama tidak pernah memberitahu aku hal ini dan mungkin mama mempunyai sebab yang munasabah kenapa dia tidak memberitahuku sebelum ini. aku hanya berfikir ssecara positif tentang semua perkara yang diceritakan.

Acik mah memberitahu aku bahawa selepas pada pertemuannya dengan bapaku ada tahun 2010, acik mah menyatakan kepadaku yang papa menetap di Selayang dan bekerja di salah sebuah stesen minyak di sana. Acik mah menyarankan aku untuk kesana berjumpa dengan bapaku sendiri kerana berkemungkinan besar beliau masih lagi menetap di Selayang. bapaku juga ada menulis alamat diamana beliau bekerja pada sehelai kertas yang diberikan kepada acik mah dan kini kertas tersebut berada di tanganku. acik mah menyimpan kertas tersebut kerana dia tahu yang satu hari nanti aku dan ibuku mungkin bakal ke sini juga berjumpa dengannya dan kini aku disini, dan kertas dan gambar papa berada di tanganku. mungkin papa benar-benar mahu bertemu dengan kami berdua selepas penceraiannya dengan mama. mungkin papa tidak mahu hilang orang yang dia saying walaupun dia meninggalkan kami. ibu tidak pernah memberitahuku mengapa.

Along menyarankan aku untuk berjumpa dengan beliau kerana kini aku sudahpun mempunyai kenderaan milikku sendiri dan itu lebih memudahkan aku untuk bertemu dengan papa. Aku mula merancang perjalananku. Aku memberikan surat berhenti kerja kepada majikan di butikku. Alhamdulillah setelah aku ceritakan mengenai misi pencarian bapa kandungku semula, barulah majikanku melepaskan aku. Majikan aku ini sudahpun menganggap aku seperti keluarganya sendiri. Dengan adanya pekerja yang berdedikasi dan cekal seperti aku, nama butiknya semakin menaik dan itu membuatkan aku menjadi pekerja kesayangannya. Aku menetap di sana lagi tiga hari seperti yang dipinta Along kerana dia juga akan balik ke kajang sementara aku mahu ke Selayang. Dia mengajakku pulang bersamanya sekali dengan kereta masing-masing dan aku mempersetujui cadangannya.

Dalam masa tiga hari, aku, along serta acik mah banyak menghabiskan masa di kebun dan menikmati alam semula jadi dengan sebatang anak sungai yang cukup segar untuk dinikmati saat-saatnya Bersama acik mah. Sudah beberapa tahun aku menetap dan menghabiskan masa dengan acik mah. Dia sangat bersifat keibuan dan menjaga aku dengan baik. Tidak aku sangka waktu ini akan sampai sebegini cepat. Tanpa acik mah, mungkin aku tidak akan mencari papa lagi. Aku sangat berharap yang aku bakal berjumpa dengan papa dan aku juga berharap yang dia masih mengenaliku sebagai anaknya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JALADI : JILID 2 Where stories live. Discover now