Ye lah, aku bukan anak diorang kan?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya. Adakah aku ni sebenarnya anak angkat?

Sebagai anak kandung, aku tak layak dilayan sebegini. Aku pun ada hak untuk bahagia macam orang lain!

Grrrrrrr~

Aku memegang perutku. Makin kuat pula bunyi dia. Aku mengelap pipiku yang dah basah dengan air mata.

Haishh Ika, tak baik menangis depan rezeki.

Aiskrim yang bersalut roti itu aku kunyah perlahan. Alhamdulillah ada benda juga nak makan. Aku harap mampu bertahan lah sampai tengah hari nanti Mama balik.

Aku lapar...






*********




Zulfa dan Anis menaiki tangga ke kelas. Buku latihan masing-masing dipeluk erat. Dari bilik guru haa..

"Weh Zulfa, kejap lagi kau nak makan tak kat kantin?" Anis menoleh sekilas.

"Aku puasa." Balas Zulfa. Puasa sunat hari Isnin.

"Alaa.. Baru ingat nak belanja kau. Tak apa lah."

"Simpan, belanja untuk esoklah."

"Eh tak boleh. Hari ni je.." Anis angkat kening.

"Mana aci macam ni."

"Aci kat India."

Akhirnya Zulfa mengalah. "Fine. Tak nak belanja sudah!"

Dia tayang muka menyampah. Takkan lah nak batal puasa semata-mata sebab Anis belanja kot. Anis tergelak kecil. Seronok menyakat.

"Weh jap, tengok tu." Anis menahan Zulfa. Langkah mereka terhenti.

Mata Zulfa menghala ke arah yang ditunjuk Anis. Kelihatan tidak jauh dari mereka ada Far, Citra dan Zechking sedang berbual di luar kelas.

Zulfa mencebik bibir. "Kenapa?"

"Sejak bila Far dengan Citra berkawan dengan si Zechking tu?"

Zulfa mengangkat bahu. "Entah. Mana la aku tahu. Not my bussiness."

Nampaknya perbualan mereka semakin rancak dengan gelak tawa. Anis mengecilkan mata. Entah kenapa, hatinya seakan berbisik sesuatu.

"Aku rasa lain macam lah."

"Rasa apa?"

"Entah, aku.."

"Kau period ke?"

"Ishh..." Lengan Zulfa ditampar. "Ke situ pula. Bukanlah."

"Laa dah tu apa?"

"Kenapa aku rasa Zechking betul-betul ada kena mengena dengan kes soalan bocor tu?"

Zulfa kerut kening. "Boleh jadi betul. Sebab Ika serang dia hari tu."

"Entah-entah Far dengan Citra terlibat sekali takk.." Anis membulatkan mata. Dia dapat merasakannya. Naluri hatinya kuat dan selalu betul!

"Ish tak baiklah. Cuba husnudzon.." Jawapan Zulfa membuatkan Anis muncung sedepa. Penat dah nak husnudzon dengan manusia macam diorang tu.

Akhirnya mereka berdua kini melintasi Citra, Farhanna dan Zechking. Anis yang berada di sebelah kiri, yang paling dekat dengan mereka menjeling sekilas.

Langkah diperlahankan.

"Bijak juga kau ni."

"Pandai kau buat kerja. Tak salah aku pilih kau."

Us ✔Where stories live. Discover now