Teaser 5

11.3K 324 7
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

DATIN Sri Sophea menghampiri Datuk Sri Syed Mahazer yang sedang membaca akhbar di bawah sebuah pondok kecil bersebelahan dengan kolam ikan. Secawan kopi diletakkan di atas meja sebelum dia labuhkan duduk di kerusi berhadapan lelaki itu. Lima minit membiarkan kesepian menyelubungi mereka, Datin Sri Sophea buka mulut.

   "Faliq ada call abang tak?" Datin Sri Sophea menyoal.

   "Nope. Biarlah dia, mesti dia tengah enjoy habiskan cuti honeymoon dia dengan Janna." jawab Datuk Sri Syed Mahazer sambil bebola mata masih bergerak membaca artikel yang bercetak pada akhbar di tangan. Datin Sri Sophea mengeluh perlahan.

   "Dah dua minggu tak dengar khabar. Budak bertuah tu pun tak ingat langsung nak call kita," terjuih-juih bibir Datin Sri Sophea. Yalah  selepas majlis resepsi hari tu dia langsung tak nampak dah bayang anak lelakinya itu. Sibuk berbulan madu katanya.

Ke Lauria Island, kemudian sekarang ni dah ada dekat Turkey. Bukan main jauh Faliq bawa isteri dia berbulan madu.

   "Awak ni pun, biar lah dekat dia. Dia tu dah kahwin, tak payah nak kawal hidup dia macam sebelum ni. Dia dah ada isteri," tergeleng-geleng kepala Datuk Sri Syed Mahazer dengan balasan isterinya itu.

   "Abang... abang rasa tepat ke pilihan Faliq kahwin dengan Janna? Saya tak nak dia tersilap langkah aje, bang."
Terangkat kepala Datuk Sri Syed Mahazer sekali dengan pakej kerutan di dahi. Wajah isterinya itu dipandang.

   "Apa yang awak mengarut ni Sophea? Boleh tak awak terima aje hakikat yang Faliq dah berkahwin dengan Janna? Janna sekarang dah jadi menantu kita yang sah. Apa masalah awak ni? Sudah-sudah lah dengan gaya pemikiran awak yang cetek tu. Even Janna tu tak sama taraf dengan kita, it doesn't matter. Harta kedudukan tak bawa bahagia pun kalau tak ada rasa sayang. Keikhlasan." Datuk Sri Syed Mahazer dah mula membebel.

   "Saya cuma tak sedap hati aje,"

Datuk Sri Syed Mahazer gelak sinis.

   "Tak sedap hati sebab apa? Oh sebab awak dah set dalam minda awak yang menantu kita tu akan kikis semua harta kita, then kawal hidup Faliq. Rampas anak awak, kononnya. Oh God, my Sophea. Boleh tak awak buka hati dan pemikiran awak tu untuk terima Janna seadanya? Bagi dia peluang untuk tunjukkan yang dia tu boleh jadi isteri dan menantu yang baik dalam keluarga kita. Tak payah la awak nak fikir yang bukan-bukan," balas Datuk Sri Syed Mahazer. Datin Sri Sophea dah tertunduk bermain-main dengan jemarinya.

   "Susah lah bang,"

   "Susah sebab awak masih nakkan budak Fazira tu jadi menantu awak, kan? Apa lah yang istimewa sangat si Fazira tu sampai awak nak sangat dia jadi menantu kita  Saya tengok dia biasa aje. Dia dengan Janna tak jauh beza,"

   "Fazira tu..."

   "Oh abang lupa yang Fazira tu anak Datin Zaharah. Anak orang kaya, ada pendidikan sampai dekat Turkey. Cantik, tinggi macam model. Like seriously Sophea? Kenapa pemikiran awak childish sangat? Menantu kita tu pun, ada pendidikan sampai luar negara tahu? Bakal doktor dari Kanada. Takkan lah sikit pun awak tak bangga dengan menantu awak tu?" potong Datuk Sri Syed Mahazer, geram. Datin Sri Sophea terdiam. Dia agak terkesan dengan kata-kata suaminya itu.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now