Bab 6

83.2K 3.8K 40
                                    

"SYED Faliq, esok pada jam 10 pagi Tuan Ibrahim El-Morsi daripada Lubnan akan datang menginap di hotel kita. Saya baru aje terima e-mail dari personal assistant beliau pasal hal ni. So, macam mana dengan preparation untuk sambut kedatangan beliau?" Suhana berdiri tegak di hadapan meja Faliq sambil memegang tablet berjenama Apple di tangan.

   "Okey then. Kumpulkan semua wakil daripada semua department. I nak jumpa dia orang semua dalam meeting room. 30 minutes from now," arah Faliq sambil mata masih terpaku pada dada skrin komputer riba. Suhana jatuhkan kepala lalu bergerak meninggalkan ruang pejabat itu. Faliq hela nafas pendek.

Tuan Ibrahim El-Morsi, seorang individu yang mempunyai pengaruh besar di seluruh daerah Lubnan. Seorang yang mempunyai pangkat yang tinggi dan dikenali oleh ahli-ahli perniagaan di seluruh pelusuk dunia. Menerima kunjungan Ibrahim El-Morsi di Lauren's Hotel adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan ianya adalah satu peluang keemasan kepada Lauren's Hotel bagi meluaskan lagi sektor perniagaan dan menarik lebih ramai pelanggan.

   Sedia maklum, Lauren's Hotel merupakan sebuah tempat penginapan bertaraf lima bintang yang mengenakan prinsip islamic compliance dengan meletakkan syariah islam sebagai keutamaan. Walaupun Lauren's Hotel menggunakan nama yang agak kebaratan, namun hotel ini langsung tidak menyediakan minuman keras sebagai hidangan sampingan pelanggan luar khususnya yang bukan beragama Islam. Tata cara pemakaian pekerja-pekerja di sini pula turut berlandaskan syariat. Di mana semua pekerja wanita beragama islam di sini wajib mengenakan hijab.

Tidak hairan lah, semakin hari jumlah pengunjung dan rate di Lauren's Hotel semakin meningkat dan amat memuaskan.


JANNA, Shima, Zakuan dan Encik Mizi bergerak menuju ke bilik mesyurat yang terletak di tingkat tujuh bangunan hotel itu. Entah apa yang berada di dalam kepala Encik Mizi sehingga mengajak Janna untuk turut serta dalam perjumpaan bersama CEO Lauren's Hotel pada tengahari itu. Janna hanya mengikut kerana baginya itu adalah peluang keemasan untuk dia menimba pengalaman baru dan bertemu empat mata dengan pemilik hotel ini yang digilai Lola. Ya, Lola lelaki lembut yang tiap-tiap hari akan bercakap pasal Syed Faliq, Syed Faliq dan Syed Faliq. Persoalannya, handsome sangat ke lelaki itu?

   Pertama kali melangkah ke dalam bilik mesyuarat yang sememangnya agak mewah itu, Janna terpegun dulu. Bilik mesyuarat pun bukan besye-besye weh! Janna mengambil tempat bersebelahan dengan Shima sambil mata melilau ke seluruh sudut bilik mesyuarat itu. Kemudian dia menyiku Shima di sebelah. Terangkat sebelah kening gadis itu memandang Janna yang agak jakun.

   "Kita datang sini pasal apa weh?" soal Janna. Yalah, tadi tiba-tiba aje Encik Mizi petik nama dia untuk turut serta dalam perjumpaan ini. Shima jongket bahu sambil bibir dicebikkan.

   "Entah. Kita tengok aje lah apa jadi," jawab Shima. Janna kembali diam sambil memandang seorang demi seorang pekerja mengambil tempat masing-masing. Sepuluh minit di situ, keadaan menjadi senyap apabila seorang lelaki bersut hitam melangkah masuk diikuti seorang wanita tinggi lampai di belakang. Janna bangun dari duduk apabila semua orang di situ berdiri memberi hormat kepada lelaki itu. Terbuntang mata Janna memandang lelaki yang sedang berdiri di tempatnya dengan riak wajah yang serius tanpa senyuman. Geez, lelaki tu mana pernah senyum kan?

Dia? That pervert guy?!

   Janna tersentak apabila tangannya ditarik Shima agar duduk. Oh dia terlampau terkejut sampai punggung ni tak nak duduk! Terus Janna labuhkan punggung sambil mata masih memandang tepat ke arah lelaki yang berdiri di hadapan. Dia mendekatkan bibir pada telinga Shima.

   "Siapa tu, Shima?" soal Janna.

   "Syed Faliq Amzar, CEO hotel ni. Hot kan?" jawab Shima seraya menjongketkan keningnya berkali-kali. Tersungging senyuman di bibir Shima. Oh, oh... no way! Tolong bangunkan aku dari nightmare ni please! Takkan dia? Aku harap itu cuma pelanduk dua serupa. Aku harap sangat lelaki pervert tu bukan CEO hotel ni! Please.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now