Teaser 1

15.6K 413 22
                                    

Coming Soon Terbitan Januari 2020 🌸

"I NAK cepatkan majlis kita."

   Puffftttt!

   Tersembur air yang baru sahaja mahu ditelan masuk ke kerongkongan. Lekas-lekas Janna capai kotak tisu lalu ditarik beberapa helai tisu nipis dari dalamnya. Baju yang sudah kebasahan dan meja yang terkena tempias dilap dengan tisu. Eww, pengotornya kau wahai Janna!

   Faliq tayang muka selamba sambil mulut masih menyumbat makaroni cheese yang dibawa Hakimi tadi. Erm not bad masakan lelaki tu. Boleh ditelan lagi ni.

   "Ap… apa? Boleh awak ulang balik apa yang awak cakap tadi? Nak cepatkan apa?"

   "Cepatkan majlis kita. Why?"

   "Tapi… tapi kenapa pulak? Kita dah sepakat yang majlis akan dilangsungkan empat bulan lagi kan?" Keluh Janna, pelik.

   "Sebab I nak cepatkan majlis, salah ke? Lagipun orang cakap, benda baik tak elok dilambat-lambatkan, right?"

   "Tapi masalahnya, majlis kita tu lagi empat bulan. Dah tak lama dah. Kenapa tak tunggu lagi empat bulan dan kenapa awak nak cepatkan majlis? No, saya tak nak." Bantah Janna. Tangan disilang ke dada.

   "Tapi I nak."

   "Faliq!"

   "I akan cakap pasal ni dengan parents I and pak long."

   "Awak tak boleh buat macam ni, Faliq!"

   "Oh, why? Tak nak kahwin dengan I ke?"

Janna terdiam. Kang kalau aku cakap 'ya' berubah jadi singa jadian pulak pak cik ni. Hesy.

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitWhere stories live. Discover now