📝 Kelebihan berderia enam 📝

628 60 1
                                    

Selepas tamatnya sesi persekolahan, Maya meluangkan masanya di dorm gadis berlima itu.

"Wah, selesanya bilik kalian." Puji Maya sambil melihat sekeliling dengan penuh takjub.

Niysa menjongketkan sebelah keningnya. "Tak selesa ke bilik awak?" Soalnya.

Maya tersengih sebelum menggelengkan kepalanya. "Eh, tak adalah. Bilik kami kan kongsi ramai-ramai. Lagipun, mana ada tandas dalam bilik. Tapi saya beruntung dapat masuk Akademi Dary. Keselesaan dan kebersihan tempat warga akademi amat terjaga." Ujarnya.

Hanya anggukan dan senyuman puas diberikan oleh Niysa. Yazmin dan Aineen sudah lama dibuai mimpi selepas pulang dari sekolah. Hanie dan Aisyah pula sedang sibuk mengulang kaji.

"Niysa, awak rasa kan, apa jadi dengan kita selepas tamat zaman persekolahan kita?" Tanya Maya secara tiba-tiba.

Tersentak Niysa seketika sebelum dia menggosok dagu tanda berfikir. "Mungkin kita akan ke Maktab Pengajian Tinggi Dary? Siapa tahu kan?"

"Ada ya maktab khas untuk orang macam kita?"

"Mestilah ada." 

Mendengarkan jawapan Niysa, Maya berdiam diri sejenak lalu menyoal. "Jauh tak agak-agaknya?"

"Jauh." Jawab Niysa. "Tempatnya juga tersembunyi macam tempat kita. Tapi disebabkan ia maktab, istimewa sikitlah tempatnya walau tersembunyi. Tak adalah nampak pokok lebat aje sekeliling."

Anggukan kecil Maya berikan sebagai balasan sebelum dia mengelamun panjang.

"Aineen!" Sebut Yazmin yang bangkit daripada tidurnya tiba-tiba. Aineen yang sedang lena dibuai mimpi terjaga apabila terdengar namanya disebut.

"Apa dia?" Soal Aineen sambil menggosok matanya.

Yazmin menghulurkan tangannya pada Aineen yang mamai. Terpinga-pinga gadis itu dibuatnya. 

"Tengok masa depan saya."

"Buat apa?"

"Minggu depan periksa jadi saya nak tahu saya lulus atau tidak."

Bulat mata Aineen memandang sahabatnya itu. "Eh, mana boleh! Suka-suka saja minta macam itu. This is a disgrace to the people who can see the future!" Balasnya.

"Banyaklah! Macam awak tak pernah guna pula kelebihan awak untuk periksa." Marah Yazmin.

"Tapi ni kan kelebihan saya! Mestilah boleh guna untuk saya." Tukas Aineen sebelum merenung sahabatnya itu dengan penuh geram.

Hanie menepuk dahi. "Tulah, bangun tak baca doa. Itu yang cranky sangat tu." Gumamnya.

"Apa susahnya. Yazmin, awak kan boleh baca fikiran. Masa periksa nanti baca sajalah fikiran pelajar paling pandai dalam kelas awak nanti." Cadang Aisyah tanpa memandang sahabatnya. Dia sedang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya.

"Ha'ah lah! Kan best kal-" Belum sempat Yazmin menghabiskan kata-katanya, dia mengunci mulut setelah melihat jelingan maut Niysa dari kejauhan.

"Oh... Bila orang suruh guna pada waktu terdesak awak tak nak. Bila nak guna untuk benda yang tak penting, boleh pula." Sindir Niysa pedas. Hanie yang berada di atas katil menutup wajahnya menggunakan buku bagi menyembunyikan tawa.

Yazmin mencebik kecil. "Tapi ini periksa! Ini soal hidup dan mati!" Katanya.

"Dah tu, saya tak ada kelebihan macam awak! Awak nak expect saya suruh hantu tengokkan jawapan orang lain ke? Awak expect Hani boleh jawapan soalan dengan saluran tali jodoh ke? Matilah kami nanti, kan? Ini tak adil!" Ujar Niysa geram. 

"Eh, nama saya kena petik?" Ucap Hanie, terkejut.

Terdiam seribu Yazmin yang tadinya membebel-bebel. Dia memandang Niysa tidak berkelip. Apa jadi dengan sahabatnya yang sentiasa tenang itu?

"Niysa, awak okey?" Soal Maya yang berada berdekatan dengannya.

Niysa mengeluh perlahan lalu memicit dahi. "Okey saja. Saya cuma stress belajar sebab nak periksa. Nampaknya saya sudah kurang beristighfar."

"Maafkan saya kerana pentingkan diri." Kata Yazmin sambil memandang Niysa dan kemudian Aineen. Mujur dua sahabatnya itu hanya tersenyum kecil.

Aisyah menconteng buku latihannya berkali-kali. "Dahlah, jom kita pergi dewan makan. Saya rasa ada lamb chop."

"Mana awak tahu ni?" Soal Aineen dan Hanie yang merupakan peminat kambing.

Sengihan diberi Aisyah kepada sahabat-sahabatnya itu. "Tadi saya terlanggar tukang masak dewan makan kita. Apabila saya tolong angkat topi chef-nya yang terjatuh, saya ternampak bayangan apa dia lakukan sebelum itu." Jawabnya gembira.

Apabila Aisyah berhenti bercerita, Aineen dan Hanie segera bangkit dan berlari keluar. 

"Eh, tunggu saya!" Jerit Yazmin serta berlalu pergi.

Niysa memandang Aisyah dengan penuh curiga. Benarkah?

"Maya, betul ke apa Aisyah cakap?" Niysa bertanya kepada Maya yang mengangkat seekor kupu-kupu kecil menggunakan jarinya.

Maya memandang kupu-kupu itu seketika dan kemudian memandang Niysa dengan senyuman. "Betul. Dia datang dari dapur tadi." Tuturnya seraya menunjukkan Niysa kupu-kupu tersebut.

Aisyah yang bersiap untuk memakai kasut menoleh ke arah dua gadis itu. "Kan saya dah cakap."

"Lain kali, jangan suka-suka guna kelebihan awak terhadap warga akademi. Faham?" Tegur Niysa yang sudah berdiri untuk keluar.

Aisyah melangkah keluar lalu bercekak pinggang. "Faham! Tapi saya akan buat lagi. Bye, Assalamualaikum!" Ujarnya sebelum berlari pantas meninggalkan mereka.

"Lari guna kain. Tak sopan betul." Keluh Niysa setelah menjawab salam. Maya hanya menggaru kepalanya melihatkan kerenah gadis berlima itu.

-The End-

------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Give me ideas on how to avoid writers block ><;;

Akademi Dary : One Shot (SS)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ