twenty : same old thing [last]

251 26 12
                                    

lima bulan kemudian. .

Dia berlari sepantasnya selepas membolos diri keluar dari perut teksi, memandangkan hujan agak lebat di luar. Tiba di hadapan pintu sebuah rumah, dia menarik hembus nafas beberapa kali menghilangkan rasa cemas dan gugup. Sudah agak lama sejak kali terakhir dia menjejak kaki ke sini, jadi dia agak gemuruh. Entah kenapa. Dia sendiri tidak pasti kenapa. Mungkin kerana dia masih ragu-ragu, antara ingin meneruskan niatnya atau tidak.

Tangannya segera menekan pin rumah dan memulas tombol pintu. Masuk sahaja, dia disapa oleh pembeli yang sedari tadi menanti kedatangannya. Dia menunduk beberapa kali dengan hormat. "Minta maaf sebab terlambat. Tiba-tiba hujan pula semasa saya bergegas ke mari. Sekali lagi saya minta ma- af."

Yoongi agak terganggu sedikit apabila sebaik sahaja di meluruskan badan, matanya jatuh ke arah seorang perempuan di belakang pembeli tersebut. Senyumannya yang tadi lebar, merundum sedikit demi sedikit menjadi satu senyum yang janggal.

"Tak mengapa, saya faham. Oh iya, saya yang hubungi awak kelmarin. Kim Sungkyu." Lelaki bernama Sungkyu itu menghulur tangan ingin berkenalan. Senyumnya lebar dan manis sehingga matanya mengecil.

Yoongi menyambut tangan itu. "Min Yoongi."

"Dan ini bakal isteri saya, Yong Saebyul."

Yoongi menundukkan badannya sedikit tanda perkenalan bila pandangan Saebyul terarah kepadanya. Masing-masing berasa kekok untuk bertegur sapa. Sudah begitu lama mereka tidak bersua muka, dan tidak disangka-sangka pembeli yang menginginkan rumahnya ini adalah Saebyul dan Sungkyu sendiri.

"Jadi, bagaimana? Kamu berdua sudah melihat-lihat rumah ini?" Yoongi berbasa basi, hanya mengelak dari berhadapan dengan Saebyul lama-lama. Dia membawa Sungkyu untuk melihat kawasan dapur, meninggalkan Saebyul di ruang tamu. "Saya sudah meletak rumah ini di pasaran untuk lima bulan. Harapnya, awak dengan bakal isteri awak berkenan dengan rumah ini."

"Sebenarnya, saya selalu berulang-alik dari Korea ke Jepun atas urusan kerja. Dan kali ini, saya akan menetap sepenuhnya di sini sebab itulah saya mencari-cari rumah. Dan rumah ini pun, bakal isteri saya yang recommendkan. Pertama saya jejak sini, saya sudah menyukainya."

"Oh, begitu. Kalau awak benar-benar ingin membelinya, saya akan siapkan dokumennya segera."

Untuk beberapa minit kemudian, Yoongi hanya berdiri dari kejauhan melihat pasangan itu tertawa bergurau sesama sendiri sambil masih ke sana sini meneliti kawasan sekeliling rumah ini. Satu sahaja yang dia lihat pada Saebyul, iaitu rambutnya. Gadis itu masih sama seperti dahulu, masih menggunakan getah rambut yang sama.

Melihatkan rambut Saebyul yang hampir terlepas, Yoongi bergerak ke salah satu kotak yang disusunnya di situ dahulu. Dia ingat dia pernah menyimpan sepit rambut rama-rama di situ, yang juga merupakan milik Saebyul yang tertinggal. Baru sahaja dia berpaling ingin memberikan itu kepada Saebyul, terhenti bila Sungkyu menghampirinya.

Laju tangannya memasukkan ia ke dalam poket bajunya. Dia tersenyum. "Iya, ada apa-apa lagi?"

"Rasanya, saya akan membeli rumah ini. Saya benar-benar menyukainya. Apa kata kita berjumpa di kafe esok, untuk bincangkan tentangnya bagaimana? Saya belanja." Sungkyu cuba beramah mesra. Dia sememangnya jenis yang peramah.

"Tapi malangnya, saya terlupa yang saya ada urusan sedikit esok. Jadi saya terpaksa hampakan awak. Esok pengurus taman akan jumpa awak, saya akan serahkan segalanya pada dia."

"Sayangnya, saya baru mahu mengenal awak lebih rapat lagi."

Yoongi menepuk bahunya dua kali. "Tidak mengapa, lain kali."

"Saya minta diri dulu, kalau begitu."

Saebyul dan Sungkyu melangkah keluar dari rumah dan terhenti di situ apabila hujan masih turun dengan lebatnya. Disebabkan payung hanya satu, Sungkyu mengambil keputusan untuk ke kereta dahulu dan membawanya ke situ.

"Awak tunggu dulu di sini, saya pergi ambil kereta." Ujar Sungkyu sebelum berlalu pergi meredah hujan.

Di kesempatan itu, Yoongi menyeluk poket bajunya mengeluarkan sepit rambut yang tersimpan semenjak tadi lalu dihulurkan pada Saebyul. Gadis itu terkelu lidah tidak tahu hendak berkata apa selain hanya menyambut pemberian Yoongi.

Dikerlingnya Yoongi hanya beriak selamba memandang ke arah lain, juga mengelak dari mengadakan kontak mata dengannya. Saebyul menundukkan kepalanya sedikit. "Terima kasih."

Yoongi menarik nafas dalam, sejuknya suasana menggigit. Tetapi bukan itu yang mengganggu dirinya. Dia berdehem perlahan sebelum memulakan bicara. "Perangai kau tetap sama. Pakai satu getah yang sama untuk satu masa yang panjang, sampai tepu baru ganti."

Mendengarkan itu, Saebyul tersenyum nipis. Juga dia lega kerana Yoongi masih lagi mahu bercakap dengannya mengabaikan perkara yang pernah berlaku di antara mereka berdua. "Awak juga, saya tak sangka awak masih menyimpan sepit ini."

"Itu persoalan? Maaflah, sebab aku tidak ada jawapan untuknya."

"Tak mengapa. Saya tidak tertanya-tanya tentang itu pun."

"Ada pertanyaan yang lain?"

Soalan itu membuat Saebyul mendongak melihat Yoongi yang juga turut memandang ke arahnya. Dia seperti dapat meneka, sesuatu di dalam fikiran Yoongi. "Awak ada pertanyaa lain?"

"Bakal isteri," Yoongi menggantungkan ayat membuat Saebyul tidak sabaran akan apa yang lelaki itu bakal katakan. "Jadi, bila kamu berdua akan berkahwin?"

Saebyul lantas meliarkan pandangannya ke arah lain. Agak kecewa dengan itu. Dia menarik hembus nafas sebelum menjawab. "Mungkin, hujung tahun ini."

Yoongi tersenyum kecil. "Baguslah. Aku tak pernah lihat kau sebahagia ini. Macam baru beberapa bulan yang lalu kamu berjumpa kan, dia sudah merancang sejauh ini demi kebahagiaan kau-" sedangkan aku sudah bersama kau lima tahun, tidak pernah sekali aku membuat kau gembira begitu. Bisik hatinya, yang hanya mampu terluah di hati sahaja.

"Maksud awak?" Saebyul menyoal dengan kerutan di dahi.

"Maksud aku, dialah orangnya. Orang yang akan membahagiakan kau, orang yang jauh lebih baik."

"Awak juga," Sambung Saebyul. Yoongi menoleh memandangnya kejap. "Awak juga akan jumpa seseorang dan bahagia dengannya."

"Saebyul, aku minta maaf dan terima kasih," Ucap Yoongi sedikit separa berbisik namun jelas pada pendengaran Saebyul. Gadis itu membulatkan mata memandang Yoongi. "Minta maaf sebab pernah melukakan hati kau sebelum ini. Aku tak sedar yang aku menyakiti kau sahaja selama itu."

Saebyul tersenyum lembut. Hatinya berasa lega mendengarnya. "Dan terima kasih, untuk?"

"Terima kasih, sebab sedarkan aku. Selepas kita berpisah, aku mulai mengerti apa yang orang-orang di sekeliling aku rasakan dengan pengabaian aku. Selepas kita berpisah, aku mula belajar untuk melepaskan sesuatu pergi."

"Saya lega mendengarnya Yoongi, sungguh."

"Dan selepas kita berpisah, aku mulai sedar betapa aku menyayangi kau. Tetapi ia sudah berlalu," Yoongi mengukirkan satu senyuman sayu. Tangannya dinaikkan untuk menyentuh rambut Saebyul namun terhenti di pertengahan, dia menjatuhkan tangannya semula. "Aku sudah melepaskan dia pergi, dan sekarang aku akan lepaskan kau pergi pula."

Saebyul menelan liur yang rasanya berpasir di anak tekak, matanya terasa hangat. Namun ditahannya tangis itu.

"Semoga bahagia dan selamat tinggal, Yong Saebyul."

*****

only after we broke up, then we will realise how much pain we have cause. and we will realise how much do we love them, only when we let them go.

letting go is hard,
but being free is beautiful.

The End.

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now