seventeen : you're by my side

160 24 3
                                    

Yoongi membawa sejambak bunga di tangan, dia berjalan perlahan membawa dirinya mendekati rak peringatan yang menempatkan Jung Miracle. Dengan senyuman nipis yang tertampal di wajah, dia membuka pintu kaca rak tersebut lantas menggantikan jambangan bunga di situ. Yang layu, digantikan dengan yang masih segar dan mewangi. Bingkai gambar yang memaparkan wajah Miracle yang tersenyum manis, diusap dengan ibu jarinya.

"Maaf aku lambat datang jumpa kau. Kau sudah bersiap? Aku akan bawa kau ke taman tema, pergi tempat yang kau paling suka, makan makanan yang kau suka, dan lakukan perkara-perkara yang kau suka. Mari lakukan segalanya hari ini." Ujar Yoongi, hampir seperti berbisik. Bibirnya menyungging senyuman sementara tangannya menutup semula pintu kaca. Matanya masih tetap merenung ke arah gambar yang diletakkan di situ.

Dengan debaran di dada, dia melangkah meninggalkan kolumbarium menuju ke stesen bas berdekatan untuk ke destinasi yang seterusnya. Everland, taman tema yang Mirace ingin kunjungi sebelum ini namun tidak kesampaian. Selama selepas pemergian gadis itu, Yoongi sering membawa Saebyul ke situ. Pada setiap kali hari peringatan kematian Miracle. Baginya jika dia melakukan hal itu, seakan-akan dia melaksanakan impian Miracle.

Tetapi dia tidak sedar, yang dia melukakan hati seseorang. Melukakan hati Saebyul. Dia mengungkapkan cinta pada gadis itu hanya di bibir, tetapi tidak di hatinya. Kerana hatinya masih tersimpan Jung Miracle, masih belum melepaskannya pergi.

Setibanya dia di Everland, dia terus sahaja mengunjungi salah satu gerai kecil yang menjual popcorn. Selepas membeli dua kon, dia berjalan tenang menghampiri sebuah kerusi kayu panjang berdekatan. Punggung dilabuhkan, sementara pandangannya teralih pada beberapa anak remaja yang berjalan tidak jauh daripadanya. Senyuman terhias di wajah mereka, kelihatan gembira beramai-ramai. Juga suara-suara gelak tawa anak-anak kecil yang lainnya, menjadi halwa telinganya. Suasananya, begitu baik.

Yoongi kemudiannya menoleh ke sisi bersama satu senyuman lembut. Satu kon berisi popcorn diletakkan di atas permukaan kerusi di sebelahnya. Jika dilihat, sepertinya dia memberikannya pada seseorang. Dia kembali menoleh ke depan, melihat Carousel yang berputar-putar diiringi muzik.

"Jika aku lepaskan kau, apa akan jadi pada aku setelah itu? Apa benar, aku akan lebih gembira dari saat aku bersama kau? Apa yang lebih membahagiakan aku dari bersama kau?" Gumam Yoongi, yang hanya dapat didengarinya sendiri. "Aku mahu pergi bersama kau, Miracle."

Selepas menaiki Ferris Wheel dan melawati beberapa permainan yang lainnya, Yoongi meninggalkan Everland. Kesemua apa yang Miracle ingin lakukan telah dia lakukan. Kini dia berada di pondok bas terakhir di mana kemalangan Miracle berlaku. Dia duduk di situ untuk satu masa yang agak lama, merenung ke arah jalan besar yang terlihat bercahaya dibasahi dengan air hujan. Sama di hari itu, hujan juga.

Min Yoongi tiba-tiba berdiri dan maju ke tepi jalan, sengaja membiarkan dirinya dibasahi hujan. Tangannya terangkat menyambut air dingin itu, bibirnya tersenyum sayu. Dia menangis, tetapi air mata itu terselindung di balik air hujan yang menitis di mukanya.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke jalan bila sebuah kereta menghampiri, tetapi terhenti sebaik dia terdengar satu suara memanggilnya. Kereta tadi berlalu di hadapannya, dan di saat itu, dia terlihat Miracle sedang tersenyum sambil melambaikan tangan kepadanya dari seberang jalan. Yoongi turut mengangkat tangannya membalas lambaian itu. Bibirnya dipaksa senyuman.

'Selamat tinggal.'

*****

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now