six : ramen

241 37 1
                                    

Setelah selesai bersiap dan berpakaian kemas, Jungkook bergerak ke dapur untuk memasakkan Yoongi sesuatu. Dan dia tidak terfikir lain selain ramen. Hanya itu sahaja yang dia tahu buat. Dalam lebih kurang beberapa minit dia menyiapkan ramen, dia menjerit menyeru Yoongi yang semenjak kelmarin petang berkurung di dalam bilik.

Berasa sebal jeritannya tidak disahut, Jungkook berjalan ke muka pintu bilik Yoongi selepas meletakkan mangkuk berisi ramen ke atas meja makan. Pintu bilik diketuk kuat, berulang kali. Maklum dia, Yoongi ini jenis keras kepala. Susah hendak dinasihatkan apa-apa, Yoongi kembali dengan perangainya yang dulu.

"Hyung, takkanlah masih tidur lagi? Bangunlah! Kook ada masakkan ramen ini. Sekejap lagi Kook nak keluar, jadi Hyung bangunlah! Kook ada nak cakap sesuatu. Hyung dengar tak?!" Ujar Jungkook sambil tangannya masih mengetak permukaan pintu.

Tidak lama kemudian, Yoongi menggumam kuat dari dalam memberikan isyarat pada Jungkook.

Mendengarkan itu, Jungkook kembali ke ruangan dapur untuk menghabiskan baki susu perisa strawberinya. Sementara menunggu Yoongi, dia mencuci bekas-bekas memasak dan gelasnya tadi. Dia bersenandung perlahan mengikut bait lagu yang bergema dari pemain muzik Iphonenya. Lagu dari BTS, Hold Me Tight.

Yoongi melangkah keluar dari bilik tidurnya, mendapati yang ruangan tamu telah bersih dan kemas tersusun. Bau wangian disembur dengan banyak yang membuat wajah dia berkerut dan menahan nafasnya. Terlalu kuat menusuk. Yoongi bergerak ke dapur mendekati meja makan, lantas telinganya menangkap bunyi lagu yang sering kali dia dengari sebelum ini.

Sewaktu bersama Saebyul.

Pantas tangannya mencapai telefon milik Jungkook, lalu pemain muzik diberhentikan. Yoongi mendengus. "Buat pekak telinga aku."

"Ah hyung!" Jungkook protes. Geram dengan perlakuan Yoongi tiba-tiba. Potong mood. "Spoil mood lah hyung ni. Lagu sahaja pun sudah emo semacam. Belum lagi kalau Kook bawa hyung jumpa Byul."

"Apa?" Soal Yoongi kembali. Tidak jelas sebab Jungkook merendahkan suaranya.

"Tak adalah, Kook cakap lepasni Kook nak keluar," Jungkook berbalik badan, menyelesaikan kerja mencucinya tadi. "Nampak kan, Kook sudah kemas semuanya. Jangan berani hyung hamburkan semula. Jangan minum lagi dan jangan merokok lagi, faham?"

Yoongi hanya menggumam pendek untuk bebelan panjang Jungkook. Ramen buatan adik angkatnya itu disuakan ke mulut dengan lahapnya. Belum makan sejak semalam punya pasal. "Bila masa kau balik sini?"

"Baru kelmarin, hyung."

"Oh, okay," Yoongi mempamer wajah kosong seketika. Mungkin dia terlalu mabuk kelmarin sehingga otaknya masih belum dapat mengakses dengan baik. "Berapa lama kau ambil cuti?"

"Sebulan," Jungkook meletakkan sarung tangan getah ke tepi setelah selesai mencuci. Dia berpaling menghadap Yoongi sambil menyilangkan tangan ke dada. Punggung disandarkan pada tepi meja sinki. "Tapi tengok keadaan hyung sekarang, rasa macam nak ambil cuti lebih."

"Tak payah mengada. Aku okay."

"Okay sangatlah itu sampai minum soju berbotol-botol, merokok lagi. Sejak bila hyung mula ambil semula semua benda tu ha? Seingat Kook, hyung sudah lama berhenti merokok. Sebab Byul?"

"Tak ada maknanya."

"Sebab inilah kenapa Kook perlu tinggal di sini lebih lama. Untuk pastikan hyung tak buat benda-benda bodoh itu lagi. Kalau bagi hyung perpisahan kamu tak beri apa-apa makna, jadi kenapa hyung tertekan begini?"

Yoongi mengeluh pendek. "Kau tak faham."

"Iya tepat sekali," Jungkook maju ke hadapan. Menghampiri meja makan. "Tak ada sesiapa yang faham hyung, jika bukan hyung sendiri yang fahami diri sendiri. Sampai bila hyung mahu seksa diri? Atau mungkin sampai semua orang di sekeliling menjauhi, baru hyung akan sedari semua itu?"

Yoongi mengangkat muka untuk bertentang mata dengan Jungkook. Mulutnya terbuka tertutup ingin membalas ujaran Jungkook. Namun otaknya bercelaru, sehingga akhirnya tiada sebarang suara yang keluar. Dia menutup mulutnya semula.

Jungkook mengeluh perlahan. Iphonenya dicapai lalu disematkan di sebalik kocek jaket. "Hyung fikirlah baik-baik apa yang Kook cakapkan tadi. Kalau hyung rasa bosan atau apa-apa, cubalah buat benda-benda yang tak mudaratkan diri hyung. Tukarkah lampu dapur ini, malap saja Kook buat kerja semalam. Bahagian tengah tu mati. Kook keluar dulu, hyung."

Yoongi masih kekal senyap, merenung ramennya yang masih bersisa di dalam mangkuk.

Dia rasa, rindu.

Rindu akan seseorang.


After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now