eighteen : that day, i missed you

144 24 0
                                    

Kelopak matanya terbuka semula sebaik sahaja indera pendengaran menangkap bunyi merdu irama piano bergema. Yoongi bukan tidur, hanya merehatkan dirinya. Berasa tidak enak badan setelah bermandi hujan seharian. Dia bangkit dari pembaringan lalu menjejakkan kaki ke lantai. Seiring alunan piano yang masih indah kedengaran, dia mendekati gerangan yang memainkan melodi tersebut.

Yoongi bersandar di dinding berdekatan sambil memeluk tubuh. Matanya jatuh pada belakang badan Jungkook yang duduk membelakanginya, di meja piano. "Kau semakin baik. Bermain piano, maksud aku."

Tidak menoleh, Jungkook menggumam untuk pernyataan Yoongi itu. "Hyung yang ajar. Ingat tak, masa tu?"

Kemudiannya, mereka berdua hanya diam, senyap tanpa suara hanyalah bunyi piano sahaja yang menemani mereka. Fikiran masing-masing menelaah memori lalu di mana semuanya baik-baik sahaja, di mana mereka hanya merasakan kegembiraan sahaja. Di mana, mereka belum merasakan perihnya kehilangan seseorang, yang begitu bererti bagi mereka. Bukan cuma Yoongi, Jungkook juga begitu.

Jung Miracle, adalah seorang insan yang istimewa bagi sesiapa sahaja. Pemergiannya, begitu diratapi.

"Yoongi hyung on that day, I missed you." Ucap Jungkook, memecahkan kesunyian.

Yoongi mengeluh perlahan. Ia sudah masa untuk dia melakukan sesuatu, satu perkara yang seharusnya dia lakukan sejak lama lagi. "Jungkook, bila kau balik Seoul?"

"Dalam dua atau tiga hari ini. Kenapa tanya?"

"Boleh tidak kalau kau postpone seminggu dua lagi, tolong aku selesaikan apa yang patut di sini. Selepas itu, kita sama-sama balik sana, boleh?"

Bunyi piano menjadi sumbang dan terhenti tatkala Jungkook tersalah menekan papan kekuncinya. Dia terkejut sebenarnya dengan pernyataan tiba-tiba Yoongi, tidak percaya ia meluncur keluar dari celahan mulut abang angkatnya itu. Pantas dia menoleh ke belakang bersama satu senyuman yang tertahan.

"Hyung, serius kan?"

"Hmm."

Jawapan ringkas dari Yoongi, namun cukup bagi Jungkook. Dia tersenyum lebar, berasa senang dengan perubahan awal yang Yoongi tunjukkan.

Sudah tiba masanya.

*****

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now