five : awake

248 39 0
                                    

"Hyung!"

Yoongi menggeliat kecil apabila telinganya menangkap suara-suara bingit memanggil namanya di depan pintu rumah. Ketukan berulang-ulang kali berbunyi membuat dia bengang. Dia berusaha menekup kepalanya dibawah bantal, namun suara tadi masih lagi kedengaran. Dia mendengus kasar.

"Hyung, buka pintu! Hyung!"

Dia bingkas bangun sambil mengusutkan rambutnya. Yoongi mengeluh panjang dalam perjalanannya ke muka pintu. Kunci dibuka lalu tombol pintu dipulas. Pintu terkuak mempamer seorang lelaki berdiri di depan rumahnya.

"Hyung, apa yang-" Jungkook terhenti berkata-kata bila dia melihat keadaan Yoongi, yang kusut. Bila Yoongi berlalu ke dalam, dia membuntuti dari belakang. Matanya membulat besar setelah melihat keadaan di dalam rumah.

Berterabur di sana sini, gelap kusam, dan dipenuhi dengan bau-bau yang tidak menyenangkan. Jungkook berpaling menoleh memandang Yoongi yang kembali berbaring di atas sofa. Botol-botol soju bergolek di atas lantai disepak pelan oleh Jungkook bila dia menghampiri Yoongi. Kepala digelengkan dengan tidak percayanya melihatkan puntungan-puntungan rokok di atas meja.

"Apa yang berlaku sebenarnya, hyung? Kenapa hyung jadi begini, hm?" Jungkook melilaukan mata ke sana sini, bila Yoongi mengabaikan pertanyaannya. Akhirya dia terlihat sekeping foto yang berada di atas lantai. Dia bergerak untuk mendekat lalu mengutipnya.

Jung Miracle.

Melihat itu, seperti dia dapat meneka apa yang sudah berlaku.

"Miracle," Gumam Jungkook. Dia menoleh memandang Yoongi yang kini telah membuka matanya setelah mendengar Jungkook menyebut nama itu. "Jadi ia berlaku kerana dia, huh? Apa yang sebenarnya hyung fikirkan? Jangan kerana apa yang berlaku dulu, hyung salahkan diri. Ia sudah lama berlalu hyung, teruskan hidup! Kenapa sia-siakan orang sebaik Saebyul?"

Yoongi tersengih sinis sambil bangkit dari pembaringan. "Dia yang tinggalkan aku, dan rasanya itu adalah hal yang terbaik untuk dia."

"Hyung. . ." Jungkook mati kata.

Yoongi terus berlalu dengan melanggar bahu Jungkook. Pintu bilik dihempas kuat.

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now