thirteen : everland

184 36 7
                                    

Jungkook melabuhkan punggungnya ke atas kerusi kayu bersebelahan dengan Yoongi, lantas melepaskan helaan nafas lelahnya sambil tertawa kecil. Penat, letih, meskipun begitu dia gembira. Keceriaan jelas terpancar di wajahnya yang disirami dengan cahaya matahari petang.

"Puas?" Soal Yoongi terus.

Jungkook tertawa lagi, kepala dianggukkan laju. Suara gelak tawa kanak-kanak yang lain turut menjadi halwa telinga. "Puas juga. Tapi lagi best kalau hyung ikut main sekali. Masa Kook balik, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran, memang nak ajak hyung datang sini."

Yoongi menghulurkan sebungkus ais krim pada Jungkook. "Tak sedar diri sakit."

"Sekali sekala tak sakit pun."

Mendengarkan balasan selamba Jungkook itu, Yoongi lantas memberikan satu jelingan tajam. Tapi tidak ada ayat yang mampu diucapkannya untuk membalas, selain hanya tertawa halus. Memikirkan tabiat Jungkook yang selalu ingin aktif dan menghiraukan keadaan kesihatannya.

Tidak lama kemudian, mindanya kini bertukar topik. Dia teringat akan seseorang dari semenjak dia menjejakkan kaki di sini bersama Jungkook tadi. Seseorang yang pernah datang bersama-sama dengannya ke mari, sebelum ini.

"Byul, dia suka tempat ini."

Jungkook terhenti makannya selepas mendengar kata-kata Yoongi itu. Dia menoleh untuk memandang wajah Yoongi yang berubah sayu tetapi cuba mempamer riak tegang dalam masa yang sama.

"Hyung," Yoongi perlahan berpaling. Airmuka Jungkook berubah kosong. "Bukan Saebyul yang sukakan tempat ini, tapi Miracle."

"T-tak, maksud aku, Byul selalu ajak aku datang ke mari untuk spend time bersama."

Jungkook menghela nafas berat, seberat rasa bebanan di hatinya. "Itu semua sebab hyung, dia lakukannya sebab hyung. Sebelum Miracle meninggal, hajat dia adalah untuk ke mari dengan hyung, kan? Dan pada setiap tahun, hari yang sama, hyung akan bawa Byul ke mari. Itu, untuk Miracle bukannya Saebyul."

"B-bukan-"

"Hyung tak sedar lagi, kenapa dia buat keputusan untuk berpisah? Hyung tak sedar lagi, yang dia tersiksa dengan hidup menjadi seorang Miracle buat hyung? Dia Saebyul, bukan Miracle, hyung. Miracle pun tak nak hyung hidup begini, tahu tak."


After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now