ten : jungkook

194 30 3
                                    

"Hyung! Hyung nak pergi mana lagi tu?! Hyung!"

Jungkook menjerit kuat. Bengang bila pertanyaannya diabaikan mentah-mentah sebegitu. Langkahnya dipercepat mengejar jejak Yoongi yang menghampiri muka pintu.

"Hyung, tunggu!"

"Jangan sibuk hal aku, Jungkook."

"Hyung. . ." Disebabkan dada berasa sesak, suaranya perlahan sahaja yang terhasil. Lemah sebenarnya. Tapi kerana risaukan tentang Yoongi, digagahkan juga dirinya. Dia berhasil menarik bahu Yoongi, tetapi pantas ditepis. Hampir sahaja Jungkook terpelanting ke belakang jika bukan dia berhasil menstabilkan dirinya.

Yoongi mengetap bibir. Tidak lama kemudian dia menjerit penuh frustasi. Rambut dikusutkan tanda tekanan. "Apa yang kau nak hah?! Tak faham apa yang aku cakap!"

Jungkook menundukkan badan, menopang dirinya dengan memegang lutut. Nafasnya bergerak laju. Jantung berdegup tidak ketentuan. Sesak dada jadinya. "H-Hyung. . ."

"Kau juga boleh berambus dari hidup aku, Jungkook. Aku tak perlukan sesiapa." Ucap Yoongi tidak bernada, dan berpaling badan berura-ura untuk meneruskan langkahnya.

Masih tidak berputus asa, Jungkook lantas menarik tubuh Yoongi lalu didakap erat. Semakin kuat rontaan Yoongi, semakin erat pelukannya. "Miracle pun takkan senang bila tengok keadaan hyung macam ni! Tolonglah hyung. . ."

"Lepas," Yoongi bersuara tegas. Tetapi Jungkook masih berkeras, tidak mahu melepaskan rangkulannya. Melihatkan kedegilan Jungkook, Yoongi mengumpulkan kekuatannya, lantas dia menolak tubuh lelaki itu sekuat hatinya. "Lepaslah!"

Tidak sempat menyeimbangkan diri, Jungkook terundur ke belakang secara drastik lalu belakang badannya terhempas kuat ke dinding. Berpinar terus penglihatannya. Semakin sukar untuk dia bernafas apabila dadanya semakin sesak. Jungkook menggenggam fabrik baju pada bahagian dadanya. Tubuhnya melucut jatuh terduduk di atas lantai.

"H-Hyung. . ."

Mati langkah. Yoongi perlahan menoleh ke arah Jungkook setelah mendengar suara lemah lelaki itu. Matanya membulat, terkejut. Pantas dia bergerak mendekati Jungkook.

"Jungkook?"

"Jungkook?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now