seven : repeated

231 34 1
                                    

Tawa berlawan antara satu sama lain, memenuhi segenap ruangan rumah itu. Jungkook ketawa terkekek-kekek sehingga terbaring ke belakang, bergolek-golek di atas lantai. Manakala seorang gadis bersama mereka menutup mata dengan tangan bila dia juga turut tertawa besar, dan gadis itu adalah Jung Miracle. Meriah dengan gelak tawa apabila Yoongi kalah taruhan dan terpaksa mengenakan pijama arnab berwarna merah jambu.

Yoongi hanya mempamer wajah kosong dan tegang. Melihat kawan-kawannya gembira sakan mentertawakannya. "Aku sumpah, kalau sekali lagi aku kalah dan aku terpaksa buat hal-hal tak masuk akal lagi, aku bakar semua kad tu."

Mendengarkan suara bengang Yoongi, Miracle meredakan tawa lantas mengelap bawah matanya yang berair. "Chill Yoongs. . Kalini mesti kau menang punya. Jom main lagi!"

Dalam keterpaksaan, Yoongi mengambil tempat di hadapan Miracle dan Jungkook semula. Sempat dia menjeling tajam Jungkook yang masih terkekeh-kekeh menahan ketawa. "Cepat. Giliran siapa pula untuk putar botol."

"Aku!" Miracle segera mengangkat tangan. Botol kosong diletakkan di tengah-tengah lalu dia memutarkannya dengan laju. "Siapa yang kena?. . ."

Botol yang diputar berputar-putar dengan laju sekali, membuat mereka bertiga berdebar. Membuat percaturan siapa yang akan kena lagi selepas ini. Lama-kelamaan botol tersebut melambat lalu berhenti dengan hujungnya tertala pada, Min Yoongi sekali lagi. Lantas meletus lagi tawa mereka setelah melihat itu.

Miracle menjerit riang. "Yoongs! Truth or dare?!"

Bibir diketap rapat. Geram. Yoongi mengerling Jungkook yang senyum menyumbing padanya sambil menjongket keningnya. Faham akan ekspresi itu, jadi dia sesekali tidak akan memilih jujur. Mata dipejam tanda reda. "Dare."

"Pilih kad." Miracle menghulur himpunan kad buatan mereka.

Yoongi mencabut satu dan membacanya dengan seribu satu perasaan sebal. Konspirasi semata-mata. "Conteng muka? What?! Yah aku tahu ni kamu dua punya kerja kan?! Sengaja kenakan aku!"

Jungkook sudah kembali tertawa sementara Miracle menahan ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Mana ada! Botol yang berputar takkan menipulah."

"Mana adil, asyik aku saja yang kena!"

Hilaian tawa mereka tidak terbendung lagi. Yoongi menarik muncung.

Hampir sahaja dia tergelak jika bukan kerana dia sedar akan keadaan sekelilingnya yang umum. Memori ingatan yang menerjah menjadi pengubat rindu seketika. Gambar yang memaparkan wajah Miracle yang sedang tersenyum ditenung lama, senyuman lembut terukir di bibir. Tetapi bila matanya menangkap sesosok tubuh seorang wanita sedang berjalan ke arahnya, dia menyelipkan foto tersebut ke dalam kocek jaketnya semula.

Saebyul tersenyum manis, sebelum mengambil tempat berhadapan dengannya. "Hey Jungkook. Lama kita tak bersua, hm?"

"Iya begitulah. Saya baru balik ke sini kelmarin," Jungkook meluruskan belakang badannya. Bibir melarik senyuman nipis. "Jadi, siapa lelaki itu?"

Pertanyaan langsung Jungkook itu membuat Saebyul terkaku. Lelaki mana yang dia maksudkan? Saebyul mempamer riak kaget. "Maksud awak?"

"Lelaki yang bersama awak kelmarin, di funfair? Apa Yoongi hyung kenal dia?"

"Oh," Saebyul tersenyum lemah. Dia tundukkan pandangan seketika sebelum memandang Jungkook semula. "Jadi awak sudah nampak dan tahu segalanya, ya? Iya, Yoongi kenal dia tapi dia tak kenal siapa Yoongi."

Jungkook tertawa sinis. "Jadi sebab dialah awak putuskan hubungan dengan Yoongi hyung? Hm?"

Sarkastiknya Jungkook membuat Saebyul terkelu lidah. Melalui pertanyaan lelaki itu, seakan-akan dia dipersalahkan untuk semua apa yang telah berlaku. Perpisahan mereka. "Kenapa bunyinya macam awak tengah salahkan saya?"

"Memang pun. Di mana janji awak, Byul? Ke mana perginya sumpah janji yang awak akan menjaga hyung selama ketiadaan saya? Di mana semua janji tu?"

Saebyul menarik nafas sebelum menghela perlahan, mendengarkan pertanyaan bertubi-tubi dari Jungkook. "Awak salah faham, Jungkook. Ini bukan sepe-"

"Bukan seperti apa?" Sebelum sempat Saebyul menghabis ayat, Jungkook mencelah. Dia menyilang tangan ke dada sambil mata merenung gadis di depannya ini. "Saya sengaja balik awal tahun, sebab saya jangka yang hyung akan bawa awak ke funfair seperti selalu. Jadi saya terus ke sana, tapi bila tengok awak dengan lelaki lain, saya mula rasa lain tentang hyung. Dan bila saya pergi rumah dia, saya betul-betul terkejut. Saya boleh mengagak apa yang telah berlaku. Sampai hati awak, kan."

"Jung-"

"Saya belum habis cakap lagi," Potong Jungkook pantas. Dia merapatkan diri ke meja. "Hyung balik dengan perangai lamanya. Itu maknanya dia benar-benar stress dengan apa yang terjadi. Kemurungan terus. Dulu awak pernah janji yang awak takkan biarkan kesedihan membelenggu dirinya lagi. Tapi di mana awak sekarang hm, dengan lelaki lain? Kenapa awak putuskan harapan dia lagi? Awak tak ada idea betapa teruknya keadaan dia nanti."

"Jungkook dengar dulu apa saya nak cakap!" Saebyul menarik tangan Jungkook. Matanya sudah berair. Perit hatinya mendengar segala bait kata yang meluncur keluar dari mulut lelaki itu. "Awak fikir dia sahaja yang terseksa, hm? Awak tak tahu betapa sakitnya saya yang juga melalui semua ini. Jungkook, awak tahu saya sayangkan Yoongi, sangat-sangat menyayangi dia, kan? Jadi apa awak fikir ia mudah bagi saya?"

Jungkook menghela nafas berat. Tangan ditarik dari genggaman Saebyul bila dia melarikan kontak mata. "Jadi kenapa. Kenapa awak hentikan semuanya?"

"Sebab saya ingin mencari kebahagiaan saya yang sebenar-benarnya. Saya mahu Yoongi juga melakukan hal yang sama," Ujar Saebyul, sambil mata mencari-cari anak mata Jungkook semula. "After we broke up, I hope he will found his true self back. Saya berdoa dengan keputusan ini, Yoongi akan belajar untuk menerima kenyataan. Selama hampir lima tahun, saya dan dia bersama, apa yang saya rasakan hanyalah perit. Di matanya saya, tapi di hatinya Miracle. Mulutnya kata sayangkan saya, tapi tidak dengan hatinya. Dia masih belum dapat melepaskan Miracle pergi. Jadi dengan perpisahan ini, saya harap ia dapat membuka pintu hati dia untuk menerima kenyataan itu."

Perlahan Jungkook menundukkan wajahnya saat pipinya terasa hangat. Matanya mulai berair. Jujur sahaja, Jungkook sendiri juga sebenarnya merasakan hal yang sama. "B-Baiklah, jika begitu. Saya faham. Sungguh saya faham, Byul. Miracle memang adalah seseorang yang amat sukar untuk dilepaskan. Saya faham, itu."

"Jungkook, saya tahu Miracle adalah keajaiban yang paling hebat yang pernah hadir dalam hidup awak dan Yoongi. Tapi biarkan dia pergi, jangan ditahan hatinya. Saya yakin, Miracle juga tidak suka melihat awak dan Yoongi begini. Kalau sayang, lepaskan dia."

Berasa tidak tahan dengan itu, Jungkook segera bingkas bangun berura-ura hendak berlalu. "Jangan salah faham, Byul. Saya tak salahkan awak, sungguh. Tak mengapa, saya yang akan jaga hyung selepas ini. Saya harap, awak jumpa kebahagiaan awak. Terima kasih."

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi apabila Saebyul menahan lengannya seketika. "Jungkook, kalau awak harapkan apa-apa bantuan, saya akan sedia bantu. Dan ada satu hal lagi, Yoongi belum pergi melawat Miracle. Saya rasa bersalah untuk itu."

"Okay, I will. Jangan risau tentang itu, saya pasti hyung akan pergi nanti. Luka dia masih berdarah. Saya juga tidak mahu jika dia tambah lukakan hatinya lagi."

Jungkook terus berlalu pergi.

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now