10

895 113 2
                                    

"yujin?"

dah tentu tentulah ryujin rasa marah bila dia nampak kehadiran yujin yang berkepit dengan seonghwa.

"eh hi ryujin." kata yujin teruja. dia tahu yang ryujin tu marah padanya sebab rapat sangat dengan seonghwa.

gadis itu berlari keluar dari studio dan menuju ke tandas. "ryujin!" yeji dan chaeryeong mengikutnya dari belakang sambil memimta maaf kepada yujin.

"sorry yujin. tak tahu kenapa dia macamni." kata yeji dan berlalu pergi. "so yujin, kau kenal kan dorang bertiga?" dia mengangguk.

"yang ni pulak trainee yang lain. soojin dengan woojin si kembar. yang lagi sorang tu kyu." yunho memperkenalkan mereka seorang demi seorang.

"selamat berkenalan."

seonghwa dan yujin berehat di sudut studio. "aku dah kata kau tu mana tahan penat. sekejap je lelah dah."

yujin menjeling dan merampas botol air seonghwa lalu meneguk habis air di dalam botol.

seonghwa menguluarkan telefon bimbitnya dan yujin seperti biasa curi-curi tengok. wallpapernya masih sama dengan yang dia lihat sebelum ini.

"kau ni dari kecik pun hodoh, seola tu dari kecik dah lawa." seonghwa menonyoh kepala yujin. "memangla baby perempuan tu lawa."

"byeeee!" yujin melambai tangannya ke arah seonghwa dan terus masuk ke dalam rumah. "pergi dating ke tu?"

"yujin masuk grup trainee yunho. seronok ma" kata yujin sambil duduk di meja makan.

mamanya menyusun pinggan mangkuk untuk dijamu ketika malam. "yujin kan tak pandai menari." ibunya mengejek.

"mamaa yujin belajar la tu." emaknya tertawa kecil melihat anak perempuannya.

"tadi mama pinjam laptop awak. mama masukkan gambar-gambar lama masa dekat kampung dulu. gambar awak masa kecik terbogel pun ada." yujin tercekik.

"apo nih guna laptop yujin tak minta izin." yujin berlari ke dalam biliknya dan membuka laptopnya.

dia melihat satu-satu gambar yang ade dengan penuh keterujaan. rindunya dia pada kampung tempat dia membesar. pada gambar yang ke-10, gambar yang macam pernah dilihat.

"eh? seonghwa dengan seola?" yujin tertanya. "kenapa gamba hwa dgn seol ade dalam ni? adik beradik rahsia aku ke?"

yujin turun mencari ibunya. "mama, ni dah kenapa gambar jiran mama simpan?"

"ha? mane?" yujin menunjuk gambar tersebut. "ha tu lah awak dengan seonghwa masa kecik kecik dulu kat kampung."

"seonghwa? yang duduk belakang rumah tu? kawan baik inha tu?"

"ha la, kan masa kita pindah sini tu lama sikit masa korang dah sekolah menengah dia pindah sini. mama ingatkan yujin tahu"

"lah seonghwa tak pernah bagitahu pun! seola lahir selepas kita pindah eh?" ibunya mengangguk.

yujin memang tidak pernah tahu dia berkawan dengan park seonghwa yang sama selama ini.

park seonghwa dulu yang dia kenal sangat manis dan baik. yujin jatuh cinta padanya sehingga ke hari ini. dan seonghwa yang dia kenal sehingga hari ini ialah orang yang sama.

"kenapa banyak sangat pinggan?" ibunya hanya tersenyum. loceng pintu berbunyi jadi yujin segera membuka pinta.

"selamat datang! wah seola dah besar!" ibu yujin menjemput tetamu sekeluarga itu masuk.

seonghwa yang berdiri di belakang ibu bapanya hanya memandang yujin.

gugup yujin rasa apabila melihat muka seonghwa. muka yang dia sangat rindui. rupa-rupanya depan mata sahaja selama ni.

yours | seonghwa Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang