12 (bonus❗️)

1.1K 116 4
                                    

"park eunha! mane telefon mama?!" jerit yujin memanggil anak kecilnya yang berlari terkedek-kedek.

sedang anak yang lebih kecil, euijin, sedang enak tidur bangun dari aktivitinya. menangis la cerita dia.

"mana lah papa awak ni dah pukul berapa tak balik lagi" kata yujin risau, sambil menenangkan euijin.

selepas 20 minit, keadaan kembali aman. euijin berjaya ditidurkan. eunha pula sudah penat menyorokkan telefon ibunya.

"tidur lena putera puteri mama" kata yujin sebelum menutup pintu bilik anaknya.

12 tengah malam. agak lewat pula seonghwa pulang ke rumah pada hari itu dan agak lewat juga yujin dapat berehat tanpa seonghwa disisinya.

"seonghwa. kalaulah saya boleh luangkan lebih banyak masa dengan awak. dengan anak ii."

dia faham bahawa seonghwa melangkah keluar dari rumahnya bertujuan untuk mencari nafkah buat keluarga. tetapi,  tidak adil bagi yujin yang sentiasa risau dan rindu akan seonghwa pada setiap malam.

yujin terlena kerana keletihan. televisyen dibiar terbuka. lampu ruang tamu dan dapur terbuka.

suasana rumahnya sunyi dengan ketiadaan seonghwa malam itu.

pintu rumah dibuka perlahan. muncul kelibat seorang pada pintu. gerangan tersebut berjalan terjongket-jongket ke arah yujin.

"yujin" panggil si tuan badan.

"seonghwa?" matanya terbuka perlahan mendengar suara lembut tersebut. terus didakap erat suaminya.

"selamat ulang tahun ke 5! maaf hwa pulang lambat, susah nak cari kedai kek yang masih buka."

dia langsung tidak ingat akan hari ulang tahun mereka kerana kesibukan sebagai seorang ibu yang juga bekerja.

"terima kasih kerana menjadi seorang suami dan bapa yang terbaik hwa!" hwa, panggilan manja zaman remaja mereka.

yours | seonghwa Where stories live. Discover now