Bab 13

1.5K 150 37
                                    

"Blaze, Blaze nak apa untuk hari jadi tahun ni?" soal ayahnya kepada Blaze yang masih baru berumur enam tahun itu.

"Blaze nak pergi jalan-jalan dengan papa dan mak!" Blaze membalas dengan nada ceria.

"Baiklah, nanti papa cuba ambil cuti masa hari jadi Blaze." Ayahnya berkata pula membuatkan Blaze semakin menjerit keriangan.

Bang!! Tiba-tiba pintu rumah ditutup kasar membuatkan Blaze dan ayahnya terkejut, seorang wanita berjalan masuk ke dalam rumah dengan keadaan terhuyung hayang atau lebih tepat dalam keadaan mabuk. Ayahnya berjalan ke arah wanita itu yang sedang berusaha untuk menanggalkan kasut tumit tingginya dalam keadaan sebegitu rupa.

"Sayang, biar abang tolong." Ayahnya cuba menghulurkan bantuan tetapi wanita itu menolak bantuan suaminya itu.

"Jangan sentuh akulah! Aku boleh buat sendiri," kata wanita itu dan dia berjaya menanggalkan kasutnya lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik.

Blaze menatap risau ke arah wanita itu lalu dia berlari dan memeluk ayahnya itu.

"Mak okay ke tu?" soal Blaze dengan nada sayu lalu menerima usapan lembut daripada ayahnya.

"Mak okay je, dia cuma penat."

Hari bertukar tahun, Blaze mendapat seorang adik lelaki yang bernama Solar. Blaze berasa gembira kerana mendapat adik baru tetapi gembiranya bertukar kekecewaan apabila dia terpaksa menjaga adiknya ketika ayahnya tiada di rumah jika ayahnya mempunyai kerja di luar negeri ataupun negara. Blaze yang sudah berumur sepuluh tahun manakala Solar yang baru berumur empat tahun menatap ke arah ayahnya yang sedamg bersiap untuk bekerja di Johor Bharu, Blaze menatap lama ke arah lelaki yang cuma menjadi tempat dia bergantung.

"Blaze dan Solar jaga diri ya? Jangan nakal-nakal, dengar cakap mak." Ayahnya tersenyum lalu mengusap lembut kedua-dua rambut puteranya itu.

"Papa jangan lama-lama kat sana tau," kata Solar yang tidak lekang memegang tangan abang sulungnya itu.

"Ya, papa takkan lama kat sana. Papa akan siapkan kerja cepat-cepat," kata ayahnya lalu dia berjalan ke pintu rumah dan memakai kasut.

"Bye," ucap ayahnya lalu melambaikan tangan ke arah Blaze dan Solar, dia menutup pintu rumah dan membiarkan Blaze dan Solar yang masih berdiri di hadapan pintu.

"Ah, jantan tu dah pergi." Suara ibu mereka mengalih perhatian Blaze dan Solar.

Wanita itu yang hanya memakai singlet hitam dan berseluar pendek sehingga menampakkan paha putihnya itu terus merebahkan badannya di atas sofa lalu menonton televisyen.

"Blaze, bawakkan aku kopi! Sekarang!" Wanita itu memberi arahan lalu tanpa berkata apa-apa, Blaze terus mengambil secawan kopi itu untuk wanita itu.

"Ambil rokok aku kat atas meja?" arah wanita itu lagi tanpa memandang Blaze manakala Blaze yang akur hanya terus mengikuti arahan wanita itu.

"Mak, rokok tak eloklah untuk kesihatan." Solar petah bersuara manakala wanita itu menatap tajam ke arah Solar.

"Kau diamlah, budak!" Wanita itu menunjal kepala Solar membuatkan Solar menangis dan berlari ke arah Blaze.

"Menyusahkan betul," rungut wanita itu dan matanya kembali menatap televisyen.

"Nah." Blaze menghulurkan sekotak rokok dan pemetik api kepada wanita itu lalu dia berjalan ke arah yang menangis teresak-esak dalam bilik.

"Jangan nangis, abang ada ni." Blaze memujuk Solar dan memeluk adiknya dengan erat.

"Mak tak sayang Solar, mak jahat!" Tangis Solar dengan penuh kemarahan manakala Blaze hanya mampu berdiam diri dan memujuk adiknya itu.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now