Bab 17

294 42 8
                                    

Halilintar berjalan keluar dari bilik tidur dengan keadaan rambut yang kusut masai, baru bangun tidur barangkalinya. Dia menggaru-garu kepalanya dan juga badannya sambil mengguap luas.

"Mulut tu tutup, nanti masuk lalat." seloroh Gempa yang muncul di pintu yang berhubung antara ruang tamu dan dapur, Halilintar terkebil-kebil.

"Abang Gem?! Abang buat apa kat sini?! Bukan abang patut kat hospital?!" Halilintar mengajukan soalan dengan pantas bak seperti namanya.

"Bawa bertenang, abang cuma nak siapkan sarapan untuk korang semua. Abang masuk-masuk, semuanya masih mengular atas katil." Gempa menjawab sambil tangannya memegang pinggang seperti mak-mak membebel kepada anak-anaknya, Halilintar ketawa kekok.

"Pergi mandi tu! Busuk!" seloroh Gempa lagi sambil tangannya mengipas-ngipas dihapadan wajahnya.

"Abang ni!" marah Halilintar manja membuatkan Gempa ketawa berdekah sebelum kembali ke dapur.

"Kenapa bising-bising ni?" Taufan bersuara mamai sambil menggosok matanya yang masih terbuka separuh, mulutnya menguap luas tanda dia masih mengantuk.

"Oh, dah bangun akhirnya!" Gempa bersuara lantang di dapur sambil tangannya sibuk mengacau nasi goreng yang masih panas di dalam kuali.

"Eh? Abang Gem? Kenapa.."

"Abang Gem saja singgah, nak buat sarapan untuk korang semua." Gempa memotong Taufan yang baru sahaja ingin menghabiskan ayatnya.

"Lah, abang tak payah risau sangat. Kita kan boleh buat sarapan juga," balas Taufan.

"Yelah tu. Abang masih ingat bila abang awal pergi kerja, korang semua makan maggi pagi-pagi. Tak ada benda lain nak makan ke untuk sarapan?" bebel Gempa, Taufan mengurut dahinya sendiri. Pagi-pagi dah kena bebel.

"Baiklah, tuanku. Patik menurut perintah," seloroh Taufan sebelum dicubit manja oleh Gempa membuatnya mendesah kesakitan.

"Pergi basuh muka tu! Dah macam tapai basi aku tengoknya," seloroh Gempa pula.

"Abang ni!" marah Taufan, sekali lagi Gempa berdekah kerana berjaya membuat adiknya marah.

"Nasib Abang Gem masih tersenyum," kata Halilintar sambil berpeluk tubuh.

"Betul!" Taufan menyetujui kata-kata Halilintar.

"Aku masuk tandas dulu!" Halilintar bersuara sebelum berlari ke arah bilik air dengan sepantas kilat.

"Hali! Aku nak masuk dulu!" Taufan mengejar Halilintar, Gempa hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya dengan telatah adik-adiknya. Tiba-tiba tangan kecil menarik-narik apron Gempa membuatkan Gempa memandang ke bawah.

"Abang Gem.." Thorn bersuara mamai sambil menggosok matanya.

"Helo, Thorny. Kenapa bangun awal sangat?" Gempa terus dukung Thorn manakala salah satu tangannya mengaul nasi goreng di dalam kuali.

"Bising.." balas Thorn, memeluk leher Gempa sambil kepalanya disandar ke bahu milik Gempa. Gempa tertawa kecil.

"Okey, okey. Thorn tidur je kat bahu abang," kata Gempa sambil mengusap lembut rambut Thorn, membuatkan Thorn perlahan-lahan mengantuk kembali dan dia tertidur. Gempa ketawa lembut lalu tangannya kembali sibuk menyediakan sarapan untuk adik-adiknya.

Beberapa jam kemudian setelah kesemua penghuni di dalam rumah tersebut sudah bangun dan bersarapan, mereka melakukan aktiviti bagi meluangkan masa bersama.

"Weh! Weh! Kau main tipu! Macam mana kau dapat banyak lot?!" jerit Blaze yang sedang memegang kad permainan papan saidina.

"Mana ada aku main tipu, aku kaya okay?" Taufan mengipaskan dirinya dengan duit palsu saidina itu, acah-acah anak orang kaya.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now