Bab 16

1K 102 15
                                    

"Adoi! Perlahanlah, Abang Gem!" rintih Blaze kesakitan apabila wajahnya yang mempunyai kesan lebam itu ditekan oleh Gempa menggunakan kapas.

"Abang buat perlahanlah ni! Kenapa boleh jadi macam ni?! Siapa yang kau pergi ajak gaduh ni?" bebel Gempa sambil tangannya masih sibuk menyapu ubat di wajah Blaze.

"Aku tak ajak gaduhlah, aku cuma tolong je." Blaze membalas.

"Tolong?" Gempa mengerutkan dahinya.

"Ya, ada seorang lelaki gatal ni pergi serang seorang akak ni. Itu yang aku tolong tu," balas Blaze.

"Sekarang kau dah berlagak macam hero, ya?" soal Gempa.

"Mana adalah," balas Blaze pula.

"Oh ya, macam mana dengan keadaan Ais?" soal Blaze lalu reaksi pada wajah Gempa sedikit berubah.

"Macam tulah, makin teruk. Abang pun tak tahu nak buat macam mana dah," balas Gempa lalu Blaze hanya mendiamkan dirinya, dia turut berasa risau dengan keadaan Ais yang semakin kritikal itu.

"Abang Gem!" Tiba-tiba satu suara memanggil Gempa membuatkan Gempa dan Blaze turut menoleh ke arah pemilik suara yang memanggil itu. Terlihat Taufan, Halilintar dan Solar sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

"Korang semua baru sampai ke?" soal Gempa.

"30 minit lepas sebab jalan sesak sikit," balas Taufan lalu mereka mula berbual dengan Gempa, menanyakan keadaan Ais dan lain-lain manakala Blaze terus bagaikan dipinggirkan oleh mereka, hanya menatap mereka buat seketika sebelum dia memandang sekeliling kerana berasa kekok.

"Abang, mana Thorn?" soal Blaze apabila dia tidak nampak kelibat Thorn bersama Gempa.

"Dia pergi main kat indoor playground dekat dengan wad kanak-kanak sana tu," balas Gempa, Blaze menganggukkan kepalanya lalu bangun dari posisi duduknya.

"Aku pergi tengok Thorn," kata Blaze lalu dia berjalan ke satu koridor, meninggalkan Gempa bersama yang lain manakala Taufan yang secara senyap memandang Blaze sehingga remaja itu menghilang di salah koridor di hospital itu.

Blaze mengeluh buat beberapa kali, kakinya masih berjalan di koridor hospital. Papan tanda menjadi penunjuk arah bagi Blaze untuk ke indoor playground yang terletak berdekatan dengan wad kanak-kanak, keadaan di koridor agak sunyi kerana waktunya yang sudah malam dan cuma pekerja hospital terlihat masih berlegar. Setelah tiba di tempat yang sepatutnya, Blaze melihat ke dalam tempat permainan itu tetapi tiada langsung kelibat Thorn.

"Mana pula Thorn pergi?" fikir Blaze membuatkan dia berasa risau.

"Doktor, terima kasih sebab bawa Thorn pergi jalan-jalan!" Tiba-tiba suara anak kecil yang amat Blaze kenali menarik perhatian Blaze untuk menoleh, dia ternampak Thorn bersama seorang doktor lelaki berambut kehijauan, tinggi lampai serta wajahnya agak tampan dan juga matanya seperti seakan mata seekor kucing.

"Sama-sama," balas doktor itu dengan nada ramah lalu tersenyum ke arah Thorn membuatkan kanak-kanak itu semakin tersenyum riang.

"Thorn!" Blaze memanggil nama Thorn dan kanak-kanak itu serta-merta menoleh lalu senyuman di bibir dia semakin melebar.

"Abang Blaze!" Thorn terus melepaskan genggaman tangannya dari tangan doktor itu dan berlari ke arah Blaze dengan riang, Blaze terus mendukung Thorn sewaktu kanak-kanak itu semakin mendekatinya.

"Thorn pergi mana tadi, hm?" soal Blaze.

"Thorn pergi jalan-jalan ngan doktor tu," balas Thorn.

"Best pergi jalan-jalan?" soal Blaze lagi.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Where stories live. Discover now