Bab 18

304 46 7
                                    

"Ais." Gempa menapak masuk ke dalam wad Ais, Ais mengalih pandangannya dari luar tingkap ke arah Gempa.

"Dah makan?" soal Gempa sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah katil Ais.

Ais menggelengkan kepalanya lemah, menjawab pertanyaan Gempa itu. Gempa hanya tersenyum dan mengeluarkan bekas makanan dari beg kertas yang dibawanya.

"Abang ada buat makanan kesukaan Ais, Ais makan okay?" kata Gempa lalu menerima anggukan lemah daripada Ais.

Gempa masih tersenyum, dia mengambil sudu dan membuka penutup bekas makanan itu.

"Buka mulut," kata Gempa, ingin menyuap Ais.

Ais mengikuti kata-kata Gempa, membuka mulutnya dan Gempa menyuap makanan ke dalam mulut Ais. Ais perlahan-lahan mengunyah makanan itu.

"Sedap?" soal Gempa, Ais mengangguk.

Gempa berasa sedikit gembira kerana Ais masih mahu untuk makan walaupun keadaannya yang sudah pucat dan lemah tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila telefon bimbitnya berbunyi. Gempa meletakkan bekas makanan di atas meja dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya, tertera nama Taufan di skrin telefon.

"Taufan?" Gempa mengerutkan dahinya, lantas menjawab panggilan tersebut.

"Taufan, abang baru je keluar. Kau dah tele.."

"Abang, papa datang." Taufan memotong ayat Gempa, Gempa tersentak.

"Huh?!" Gempa lantas berdiri dari kerusi dan berjalan sedikit jauh daripada Ais, tindak tanduk daripada Gempa itu menarik perhatian Ais.

"Kenapa dia datang?" kata Gempa dalam nada perlahan supaya Ais tidak mendengarnya.

"Pasal bini dia kena tangkap lah tu," balas Taufan dengan nada menyampah.

"Kenapa kau datang sini, huh?!" Suara Blaze lantang kedengaran dari pembesar suara telefon.

"Blaze! Bertenang!" Suara Halilintar pula lantang kedengaran, suara-suara mereka itu membuatkan jantung Gempa semakin berdebar.

"Kamu semua tunggu abang sampai abang balik, jangan sesekali bergaduh dengan papa! Faham?" arah Gempa.

"Faham," balas Taufan.

Gempa terus mematikan panggilan, dia berjalan ke arah Ais dan terus duduk. Dia cuba untuk bertindak tenang di hadapan Ais kerana dia tidak mahu buat Ais berasa risau dan menjejaskan kesihatannya.

"Nak makan lagi?" soal Gempa, dia cuba untuk sentiasa tersenyum tetapi jiwanya meronta-ronta risau dengan keadaan adik-adiknya sekarang.

Ais hanya sekadar mengangguk kerana dia tahu, abangnya sedang dalam kegusaran. Kaki kanan Gempa asyik bergoyang atas dan bawah dengan pantas seperti dia cuba untuk menenangkan dirinya, tangannya bergetar bermakna dia dalam keadaan tidak tentu arah.

Gempa yang menyuap Ais cuba untuk mengawal tangannya daripada menggigil, dia cuba mengawal pernafasannya daripada terasa sesak. Matanya sedikit kemerahan dan berkaca tetapi dia cuba bertahan. Dia cuba untuk tidak membuat Ais berasa risau.

"Abang." Ais membuka mulutnya, Gempa tersentak.

"Ya?" balas Gempa.

Ais perlahan-lahan memegang tangan Gempa, Gempa terdiam dan memandang hairan ke arah Ais.

"Baliklah," kata Ais ringkas.

"Kenapa? A.. Abang baru sahaja nak mela.."

"Ais tahu yang ada sesuatu menganggu abang sekarang ni," Ais memotong kata-kata Gempa, Gempa terus terdiam.

[C]Dramarama (BBB Elementals Malay Fanfiction)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz