" Kau tak bagi aku benda bukan-bukan kan ? " .

Hanz laju mengeleng . Makin dia hulurkan bungkusan hadiah kepada Helina . " Tak ! Kali ini Aden betul-betul bagi akak hadiah ! " ujarnya sambil mengangkat tangan gaya berikrar .

Helina lambat-lambat menyambut . Dia sudah serik dengan hadiah yang diberi oleh Hans . Ulang tahun dia yang lepas ada ke patut si Hanz bagi dia cicak ! Bukan seekor , tapi sepuluh ekor ! Elok pula tu dia balut , siap dengan reben lagi .

Apalagi menjeritlah Helina . Geli !

Helina perlahan mengoyakkan bungkusan itu . Dengan perasaan berdebar dia buka jua . Mata dipejam celik beberapa kali . Yang lain pula sudah mendekat , mahu melihat benda apa di dalam .

" MAAKKKK KATAKKK ! " .

Helina melompat laju ke belakang apabila dua ekor katak bersaiz besar melompat di atas tangan dia sebaik saja penutup kotak itu dibuka .

Hanz sudah terbahak-bahak ketawa kerana dapat kenakan si kakak . Yang perempuan dah bertempiaran larikan diri . Hanga kaum lelaki saja nampak santai .

" ADEN ! APA NI ?! " jerit Helina lalu menyorok belakang Darwin . Si adik yang tengah dijadikan perisainya .

" What ? Aku bagi kau hadiahkan " Hanz buat muka tak bersalah . Siap tangkapkan katak tu lagi .

Helina dah buat muka jijik . Ya Allah , selamba je dia pegang . Dia yang melihat sudah berdiri bulu roma . Melihat Hanz makin mendekat , Helina makin kuat menjerit .

" Jauh lah Aden ! Taknak lah ! " .

Darwin tekup kedua telinga . Boleh pekak dia mendengar jeritan Helina yang tak henti-henti . Hanz makin galak mengusik . Dengan sengaja katak itu dibaling kepada Helina .

Membuatkan Helina yang tak bersedia apa-apa jatuh tersungkur dan wajahnya tersembam di atas kek tadi . Semua yang tadinya ketawa terus senyap .

Helina mengangkat wajah lambat-lambat . Hanz sudah terkedu . Berdiri tidak jauh dari si kakak .

" AKU BENCI KAU ADEN ! " .

♤♤♤

Helina duduk di atas katilnya . Dia memandang rumah teres dua tingkat yang sunyi itu . Teman sebiliknya tidak ada balik kampung . Dia sengaja menyewa rumah berdekatan dengan bakeri miliknya . Ingin hidup berdikari . Tak mahu susahkan papa dan mamanya .

Kejadian petang tadi membuatkan Helina tersenyum sendiri . Malang betul nasibnya . Hanz pula tidak habis-habis spam permohonan maaf dia dalam WhatsApp . Sengaja dia tak buka , nak tengok sejauh budak tu nak pujuk dia .

TING ! TING ! Berpuluh chat masuk . Tetapi Helina buat tak endah . Dia mengelap rambutnya yang masih basah .

" Kak El ? " terjengul kepala seorang gadis di balik pintu biliknya .

" Eh Fara ? Kenapa ? " soalnya lalu turun dari katil .

Mendekati Fara yang berada di muka pintu . Merupakan adik sepupu kepada Laila yang merupakan roomate nya .

" Ni barang untuk akak . Fara jumpa depan pintu tadi masa nak masuk rumah " satu bungkusan kotak sederhana besar di hulurkan kepada Helina .

Fara lengkap memakai uniform kerjanya . Wajah dia jelas kelihatan lelah setelah seharian bekerja . Kasihan pula Helina melihat Fara . Bungkusan tadi bertukar tangan .

" Terima kasih Fara . Rehat lah dulu . Akak ada masak lebih , kalau nak ambil kat bawah tudung saji tau " .

Fara angguk saja . Dia hilang di bilik sebelah . Helina menutup pintu biliknya . Bungkusan itu kelihatan cantik dan kemas . Dia cuba goncangkan namun tidak bunyi apa-apa .

Dia letakkan bungkusan itu atas mejanya . Berkira-kira mahu buka ataupun tidak . Nama pengirim pun tak ada . Dengan perasaan ingin tahu , akhirnya dia membuka bungkusan itu .

Sebuah kotak kelihatan apabila cebisan pembalut itu dikoyal separuh . Perlahan dia membuka penutup kotak itu . Hampir terperanjat dia melihat satu tangan yang telah dipotong berada dalam kotak itu .

Helina menutup hidung . Bau darah menyengat ke dalam hidungnya . Busuk ! Hanyir ! Dia segera menutup kembali kotak itu namun dia terhenti seketika .

Gumpalan kertas berhampiran tangan itu diambil . Ada sedikit kesan darah . Dia buka perlahan kertas itu . Dakwat merah jelas kelihatan . Pekat dan hitam . Tahu lah bahawa surat itu ditulis dengan darah .

Suka ? Ni hadiah aku untuk kau .
Tangan budak kau .

Happy Birthday Queen .

From : DS

Helina rasa geram . Macam mana musuhnya boleh tahu tempat tinggal dia ? Lagi-lagi hari ini merupakan hari lahirnya . Semua maklumat peribadinya ditutup kemas .

Dia pejam mata rapat-rapat . Dia tak mahu cepat melatah . Dia biarkan dulu , mahu melihat sejauh mana permainan dari musuhnya itu .

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now