BAB 16: HUKUMAN SETIMPAL

1.9K 138 72
                                    

"Boleh Boboiboy masuk?"

"APA?!TIDAK!!!" Suara remaja yang nyaring keluar dari wad itu

"Eh? Kenapa dengan ayah? Bukan ke dia.."

Tanpa banyak soalan, Boboiboy masuk kedalam wad Amato, terkejut kenapa ayahnya masih didalam rupa remajanya.

Amato memegang tabletnya, kasar. Boboiboy hanya menjenguk sekali.

"Tak..takkanlah kau tak boleh lepaskan aku dari kesalahan ni?!"

"Tidak boleh! Kau digantung selama enam bulan kerana keputusan terburu-buru kau dan tak patuh arahan dan membahayakan ramai nyawa!"

"Sekurang-kurangnya bagilah aku tukar kepada rupa asal aku balik!" Protes Amato

"Tidak! Selagi tempoh gantung kau belum tamat, selagi itu kau perlu kekal dalam rupa remaja kau!"

Boboiboy tergelak, memikirkan nasib ayahnya,

"KAMU PUN DIGANTUNG SAMA BOBOIBOY!"

"EH?! KENAPA PULA?!"

"Kamu dikira bersengkongkol dengan Amato, jadi kamu pun digantung sekali!"

"Apalah nasib... huhu.."

Giliran Amato pula yang tergelak.

"Apa yang lawaknya ayah?"

"LAWAKLAH! HAHAHAHA! ADUHAI, KESIAN ANAK AYAH KENA GANTUNG YA?" Terbahak-bahak Amato ketawa sambil mencubit pipi Boboiboy. Boboiboy hanya mengeluh sahaja..

"Jangan dilayan ayah kau ni.. dia ni memang macam budak-budak.. tak sedar diri dia makin tua bangka.." perli Mechabot, menahan ketawa.

Boboiboy pun menahan ketawa.

"Pfft.. betul jugalah kan?"

Amato memandang Mechabot dan Boboiboy dengan muka 10 sen.

"AYAH TAK TUA LAH!"

Mechabot dan Boboiboy ketawa terbahak-bahak melihat respon Amato. Segera Amato mencubit telinga Boboiboy.

"AH! AH! ADUH! AMPUN AYAH AMPUN!"

"Hah! Panggil ayah tua lagi!"

Amato menoleh kearah Mechabot pula.

"Kau! Dari kau ejek aku depan anak aku, baik kau makan karipap dekat kafeteria tu!"

"Ya tak ya juga! Betul cakap kau! Dari aku sibuk layan perangai tak sedar diri kau ni! Bai!"

Sepantas kilat Mechabot meluru ke kafeteria. Amato hanya menggeleng kepala. Dilepaskan telinga Boboiboy dari dipulas.

Boboiboy hanya menggosok telinganya yang sudah merah. Dia mengeluarkan bekal makanan.

"Ini, Boboiboy ada bawa kari ayam tok aba."

Terus diambilnya bekal itu.

"Hehe.. terima kas--"

Mechabot meluru masuk semula.

"Duit mana duit?"

Amato dengan tidak puas hati, menunjukkan dompetnya. Mechabot mengambilnya dan meluru kekafeteria.

Amato hanya meletakkan bekal itu ditepi.

"Ayah? Kenapa tak makan?"

"Entahlah, dah hilang selera."

Suasana senyap.

"Ayah, maafkan Boboiboy,"

"Tak perlu nak minta maaf, Boboiboy tak salah pun."

"Tapi--"

Mechabot kembali meluru kedalam.

"KARIPAP HABIS!"

"Yaya kan ada..."

"Oh! Ya tak ya juga!"

Mechabot meluru keluar.

Boboiboy memandang Amato.

"Boboiboy, apa pun yang dah terjadi, ayah bangga sangat dengan kau,"

Boboiboy tersenyum. Akan tetapi dia rasa mengantuk.

"Boboiboy mengantuklah, Boboiboy masuk bilik dulu,"

"Tak perlu, sini." Amato menepuk ribanya.

Boboiboy baring atas riba Amato, perlahan-perlahan Amato mengusap rambut anaknya.

"Boboiboy sayangkan ay--"

Mechabot kembali meluru masuk.

"Yaya mana ada jual karipap!'

Amato memandang tajam kearah Mechabot.

"Mechabot, kau sentuh lagi pintu tu, aku terpaksa baiki kau dari cebisan-cebisan kecil, faham?"

Mechabot hanya mengiyakan dan keluar dari bilik.

Amato tersenyum dan memandang anaknya yang sedang tidur.

"Ayah pun sayangkan Boboiboy..."

THE END










Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now