BAB 7:MISTERI BAHARU

1.6K 144 32
                                    

Boboiboy meletakkan kembali gambar yang dipegangnya.

"Dahlah... aku nak mandi dulu!"

Boboiboy mengambil tuala dan masuk ke bilik air. Tidak lama kemudian terdengar bunyi shower dari bilik air tersebut.

"Hmm.. daripada aku duduk sini tak buat apa-apa, baik aku periksa laporan Tapops."

Amato mengeluarkan tablet dari begnya. Diperiksanya satu-satu. Sehingga terdetik untuk melihat rakaman misi terakhir anaknya sebelun dia bercuti. Dibukanya rakaman itu, kelihatan bbb sedang berusaha menangkap power sphera tersebut, tetapi power sphera itu tetap menyerang bbb. Amato tergelak sedikit.

Akhirnya, power sphera itu berjaya ditenangkan oleh Yaya dan Ying. Penamat yang gembira. Amato mengulang sekali lagi rakaman itu. Tiba-tiba matanya ternampak sesuatu yang ganjil. Diulang sekali lagi rakaman itu. Boboiboy cuba menangkap power sphera itu. Tetapi power sphera itu melepaskan kesemua kuasanya, seakan-akan letupan.

Boboiboy rebah tidak sedarkan diri. Sebelum ditenangkan Yaya dan Ying. Diulang sekali lagi rakaman itu, kali ini dibesarkan bahagian jam kuasa bbb. Kelihatan seperti... jam kuasa itu menyerap kesemua kuasa power sphera itu!

Segera Amato mencari infomarsi tentang power sphera itu. Ini... ini power sphera...

"Kenapa ni Amato?"

"Eh?!"

Segera Amato menoleh kearah Bbb yang baru sahaja mandi.

"Err.. takde apa-apa! Saja je... main game!"

"Wah! Game apa?! Nak tengok!"

"Eh! Tak boleh! Bukannya best pun!"

"Hurrmmm.."

Amato berfikir sejenak.

"Boboiboy... selama ni, kau ada rasa pelik tak? Tak cukup tidur ke.. apa ke?"

Boboiboy memandang muka Amato. Pelik.

"Eh? Takde pun! Kenapa?"

"Err... sebab.. aku tengok muka kau ni dah macam panda!" Sengaja Amato mencari alasan.

"Hah?! Apa?!" Segera Boboiboy melihat cermin.

Amato menghela nafas lega. Disoroknya tabletnya kembali didalam begnya.

"Ish! Mana ada!"

"Eleh.. aku saja je nak gurau!"

Boboiboy mencebik lalu menyarungkan baju salin.

"Dah! Pergi mandi! Kau boleh pinjam tuala aku dan baju aku."

"Baik boss!"

"Eh?! Apasal kau panggil anak kau boss ni Amato?!" Bisik hati amato.

************************************
Sementara itu, di kapal angkasa yang asing.

"Tuan! Si Amato dah tiba dibumi!"

"Bagus! Dia dah masuk perangkap! Akan ku musnahkan si tua tu dengan anaknya sekali! HAHAHHA!!"

"Tuan! Patutkah kita mendarat di bumi sekarang?"

"Belum lagi! Buat persiapan yang mencukupi! Buat masa sekarang... kita tunggu. MUAHAHAHAHH!!!"



Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now