BAB 6: RINDU SEORANG ANAK

1.8K 161 91
                                    

"Dalam bahaya? Ai? Bukan selalu kau biar anak kau berdikari ke? Lagipun dia dah ada kuasa elemental! Tak payah nak risau!"

"Amato tahu! Tapi, kali ni... memang dah kritikal dah ni ayah! Musuh kali ni, 10 kali ganda lagi kuat dari Retak'ka! Amato kena bantu dia. Kalau tak...dia akan..."

Amato terhenti seketika.

"Kalau macam tu... kau latihlah dia betul-betul. Biar dia bersedia melawan musuh yang kau cakap tu. Eh? Mana Mechabot?"

"Err... Amato tinggalkan dia kat stesen TAPOPS. Takut nanti ada pemburu power sphera tangkap dia."

Tok Aba membuat muka sepuluh sen.

"Ke...kau tak nak Mechabot habiskan semua karipap yang kau beli? Macam mana kau nak lawan kalau takde Mechabot?"

Amato tersengih. Tiba-tiba Boboiboy memanggil.

"Oh! Boboiboy dah panggil tu! Bai ayah!"

"Eh kejap! Mana baju salin kau! Kau nak pakai apa nanti."

Soalan itu membuatkan pergerakan Amato terhenti.

"Hehe... tak bawa.. lupa."

"Ish! Kau ni! Macam budak kecil! Asyik nak diingatkan je! Takpelah! Kau pinjam je baju Boboiboy dulu. Ahad ni kita pergi beli baju baru! Eh?!"

Tanpa disedari Tok Aba, Amato sudah pun berlari keatas. Lari dari bebelan ayahnya.

"Bertuah punya anak."

************************************

Amato membuka pintu bilik. Melihat keadaan bilik lamanya yang dah diubah dari corak robot ke corak angkasa.

"Hmm..dah lama juga aku tak jenguk bilik lama aku ni." Amato berbisik.

Boboiboy ternampak Amato dan tersenyum.

"Err.. Amato! Aku tak jumpa tilam lebihlah!"

"Takpelah! Aku tidur atas lantai jelah..."

"Eh! Eh! Tak perlu! Tak perlu! Kita kongsi jela katil ni! Lagipun katil ni besar."

"Suka hati kaulah. Aku tak kisah pun."

Selepas meletakkan beg sekolahnya atas lantai, dia terbau sesuatu. Wangi. Berempah. Ini.. bau... KARIPAP?!

"Eh?! Boboiboy ! Kenapa ada bau karipap dalam bilik kau ni?!"

Boboiboy melihat Amato. Dia menunjukkan sebungkus plastik yang berisi karipap.

"Aku beli kat mak cik kantin tadi! Sementara tunggu kau telefon!"

"Oh... nak sikit boleh?!" Tanya Amato

"Boleh! Lagipun aku rasa aku terbeli banyak sangat lah! Kau habiskan jela!"

Terus Amato "menerkam" plastik yang berisi karipap itu dan makan dengan rakus.

"Err...kau suka karipap ke Amato?"

"Takdelah suka sangat, tapi aku dah lama tak makan karipap!"

"Eh? Kenapa?"

"Sebab aku ada seorang kawan yang suka makan karipap. Setiap kali aku nak makan, mesti dia habiskan dulu."

"Oh...hehe.. tak patut."

************************************
Sementara itu, di stesen TAPOPS,

Mechabot memerhatikan Amato yang sedang makan karipap dengan rakusnya.

"Berani kau... mahu aku siat-siat kau sekarang ni! Patutlah kau tak nak bawa aku sekali! Nak nikmati karipap kesukaan aku sorang-sorang! Eishh! Memang nak kena!" Berang Mechabot sambil mengoyak-ngoyakkan keratas laporan power sphera Amato.

************************************
"Aduh...dah lama rasanya tak nikmati karipap sorang-sorang! Tapi... memang betullah cakap kau. Kau beli banyak sangat! Dah muak aku makan"

"Hehe.. sorry!"

Amato ternampak gambar dirinya dan boboiboy semasa ia kecil.

"Amato kau tengok apa tu--"

Boboiboy melihat gambar itu lalu mengambilnya.

"Ini...ayah aku.."

Amato hanya sekadar mengangguk.

"Aku... rindu dia. Tapi... aku tak tahu.. kalau dia rindu aku sekali. Dia sentiasa sibuk bekerja. Kadang-kadang hari jadi aku pun... dia tak ingat. Setiap hari, kerja duta, duta, duta. Dan... kalau dia lawat pun.. dalam dua jam. Lepastu dia terus pergi kerja. Dalam fikiran dia ada kerja je ke?" Boboiboy meluahkan perasaannya.

"Ya. Dalam fikiran ayah takde kau. Kau ada dalam hati ayah." Bisik Amato didalam hatinya.

Kemudian Amato memandang Boboiboy dan tersenyum.

"Aku rasa... dia buat semua ni, untuk kebaikan kau je.."

"Kebaikan aku?"

"Yela"

"Kebaikan macam mana tu?"

"Haih, aku ni.. budak kecil je.. manalah aku tahu apa dalam minda ayah kau tu? Tapi.. aku tetap rasa dia buat semua ni sebab dia sayang kau sangat-sangat. Mungkin dalam kerja tu, dia selalu fikir pasal kau sampai tak fokus kerja. Lepastu kerja tu jadi bertimbun! Sebab tu dia asyik banyak kerja! Asyik fikir pasal kau je!" Sengaja Amato melawak.

Boboiboy tergelak kecil dengan lawak hambar Amato itu. Dia duduk disebelah Amato lalu membuka laci disebelah katilnya. Didalamnya ada banyak poskad dari ayahnya, Amato.

"Dia selalu bagi aku poskad. Selalu janji akan datang melawat aku. Walau dia takde kat sini,aku dapat rasa kehadiran dia melalui poskad ni."

Amato tersenyum lebar. Tak sangka, anaknya, Boboiboy terasa sampai macam tu sekali.

"Kan aku dah cakap, dia mesti sayang kau juga..."
















Whatever it takes (BoiMato) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz