BAB 4: RANCANGAN AMATO

1.7K 146 19
                                    

Akhirnya, sesi persekolahan tamat dan semua murid dibenarkan pulang. Amato bangun dan melangkah keluar dari kelas.

Bahunya ditepuk. Amato menoleh kebelakang. Oh, Boboiboy rupanya...

"Amato! Jomlah balik dengan kitorang!"

"Err...ok"

Tiba-tiba Amato teringat sesuatu!

"Eh! Aku nak call seseorang kejap! Tunggu aku ya!"

Bbb dan rakan-rakannya tercengang disitu.

************************************
Amato memasukkan duit syiling 50 sen kedalam telefon awam.

Tak diterima.

Amato memasukkan duit syiling 20 sen kedalam telefon awam.

Tak diterima.

Amato mengeluh. Dia memasukkan duit syiling 10 sen kedalam telefon awam.

Tak diterima.

Mahu saja dihempas telefon itu. Akhirnya dia mengeluarkan kad telefon dari dompetnya dan seperti diatas, dia memasukkannya.

Kad palsu.

Amato mencari telefon awam yang lain dengan perasaan tak puas hati. Dia menjumpai telefon yang tidak rosak dan memasukkan wang 50 sen kedalamnya. Akhirnya diterima jua.

"Hello?"

"Assalamualaikum ayah!"

"Eh?! Amato?! Kenapa suara kau--"

"Panjang ceritanya ayah!"

"Pendekkan"

"Tak boleh! Nak habis duit ni ayah!"

"Jangan nak kelentong! Bukannya ayah tak tahu berapa banyak duit simpanan kau kat bank tu. Tak termasuk bank angkasa lagi."

"Itu bank ayah. Bukan kes dompet ni!"

Amato memasukkan lagi 50 sen kedalam telefon.

"Hah, kenapa telefon ayah ? Biasanya kau kerja kat angkasa lepas sekarang ni? "

"Nanti Amato cerita kat rumah!"

"Boboiboy tahu tak?"

Amato terdiam.

"Amato, anak kau tau tak?"

"Err....tak?"

Kedengaran Tok Aba mengeluh.

"Aduyai...susah ni."

"Ayah! Boleh tak kalau Amato tinggal kat rumah ayah nanti?"

"Ai? Bukan Boboiboy tak tahu ke? Macam mana kau nak tinggal kat rumah ayah nanti?"

Oops! Langsung Amato tidak terfikir pasal benda tu.

Amato memasukkan syiling terakhirnya.

"Err.. ha! Apa kata macam ni!"

Amato pun memberitahu rancangan dia kepada Tok Aba.

"Suka hati kaulah. Hah! Bila semua ni dah selesai, kirim salam kat bini kau tu. Lagi satu. Beritahu bbb tu pasal ni. Dah lama dia tunggu kau. Kesian dia."

"Ya...Amato tahu."

"Hmm tu jela. Jumpa kau nanti kat rumah. Nanti ayah masak kari ayam untuk kau! Oklah. Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Amato meletakkan ganggang telefon.



Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now