BAB 8: BOBOIBOY ECLIPSE

1.6K 132 31
                                    

Pulau Rintis, 3:00 a.m

Amato terjaga dari tidurnya. Mungkin kerana haus. Alangkah terkejutnya apabila Boboiboy tidak berada disebelahnya.

"Ai, mana pergi budak ni? Lampu bilik air tak buka, kat katil takde, tingkap terbuka luas--- eh?!TINGKAP TERBUKA?!"

Berlari Amato ketingkap. Ya. Ada kesan tapak kasut Boboiboy.

"Aduhai.. rajin pula budak ni ambil kasut kat bawah lepas itu naik atas semata-mata nak terjun dari tingkap. Belajar taknak rajin! Ish! Baik aku ikut dia!" Bebel Amato sendiri.

************************************
Termengah-mengah Amato mencari. Batang hidung Boboiboy pun tak kelihatan!

"Mana budak ni pergi? BOBOIBOY!MANA KAU!"

Tiba-tiba dia terdengar seseorang menangis. Meremang bulu romanya.

"Siapa pula yang menangis pukul 3:30 pagi ni oi? "

Terus dicarinya punca tangisan itu. Kelihatan seorang remaja lelaki yang memakai topi. Nampak macam... boboiboy! Tapi.. kenapa macam lain je rupa dia?

"Err... Boboiboy? Kau ke tu?"

Boboiboy memandang kearah Amato. Seram matanya. Warna ungu.

"Kenapa rupa kau lain Boboiboy?"

Boboiboy kembali menunduk. Tidak menjawab.

"Haish.. budak ni."

Amato duduk disebelah Boboiboy. Amato ternampak sekeping gambar ditangannya. Ya. Gambar yang sama yang ditunjukkan kepadanya waktu pagi tadi.

"Kau..."

"Nama aku, Boboiboy Eclipse. "

"Eh?"

"Baru hari ni aku capai tahap kedua.. aku sendiri tak tahu kenapa." Jawab Boboiboy Eclipse.  Tenang.

Aduhai. Janggalnya.

"Tapi, kau tahu tak kenapa kau muncul?"

"Aku... tak berapa pasti. Tapi, aku rasa, sejak kebelakangan ni, aku memang kerap nangis. Mungkin sebab emosi sedih aku yang buat aku muncul."

Suasana kembali senyap.

"Kau masih rindu mak ayah kau ke?"

Boboiboy Eclipse hanya sekadar mengangguk.

"Yela... siapa je yang tak rindu mak ayah dia kan?" Sengaja Amato berseloroh.

Eclipse hanya ketawa kecil. Kemudian  dia memandang Amato, sekali lagi.

"Kau.. tak takut dengan aku ke?"

"Eh?"

"Hurmm, selama ni.. semua orang takut dengan aku. Diorang selalu fikir aku ni jahat. Jadi, aku selalu menyendiri."

"Siapa je yang tak takut dengan budak yang menangis pagi-pagi buta ni..." jawab Amato, terlalu jujur.

Eclipse menunduk. Malu.

"Tapi kenapa pula aku nak takut dengan kau? Kau kan kawan dan keluarga aku?"

Eclipse memandang Amato. Terkejut. Seperti ini kali pertama seseorang berkata seperti itu kepadanya.

"Hmm.. terima kasih Amato. Sebab terima aku seadanya."

Amato tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk belakang Eclipse.

"Dahlah! Jangan sedih-sedih lagi. Jom balik!"

"Jom"







Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now