BAB 13: KEMARAHAN DAN DENDAM

1.5K 133 37
                                    

Amato menahan satu-persatu serangan Eclipse. Maskiren hanya melihat dan ketawa sahaja.

"Boboiboy! Berhent--"

Eclipse langsung tidak memberi peluang kepada Amato.

"BERHENTI?! LEPAS APA YANG AYAH BUAT?! AYAH SURUH BOBOIBOY BERHENTI?!"

Eclipse terus-menerus menyerang Amato seperti orang hilang akal. Dia tidak boleh mengawal kemarahannya lagi.

"TIKAMAN ECLIPSE!"

"Jangan Boboiboy!" Suara yang amat dikenali Boboiboy, merayu untuk berhenti.

"Tok Aba?"

Bukan sahaja Tok Aba, Yaya, Ying, Gopal, Fang dan juga Ochobot ada disitu. Masing-masing menjauhkan diri dari Boboiboy, takut menjadi mangsa kemarahannya yang seterusnya.

"Bertenang Boboiboy, marah mana pun kau, dia ni tetap ayah kau!"

"Yalor! Kau tak boleh serang ayah kau sendiri kan?!"

"Kitorang merayu kepada kau, kalau kau terus macam ni, nanti penduduk kat sini tercedera! Kau kena jadi Boboiboy biasa balik!"

Eclipse memandang tajam satu-persatu rakan-rakannya. Dadanya berombak. Nafasnya amat didengari. Dia menggengam penumbuknya, menahan geram.

"JANGAN HARAP!!! TIKAMAN ECLIPSE! HIYARGGHHHH!!!"

************************************
Jari Amato langsung tidak bergerak. Mechabot dari tadi tidak berhenti memanggil nama Amato. Sedikit pun tidak membuka matanya.

Serangan Eclipse sangat kuat, sehinggakan seakan ada gempa bumi disekeliling Pulau Rintis.

Mata Eclipse terbuka luas. Nafasnya berat. Tidak percaya apa yang dilakukannya.

"A...ayah..."

Dibutakan nafsu marahnya, sanggup dia cederakan ayahnya sendiri,mungkin--

"T--tak, kenapa... apa yang aku dah lakukan?!"

Air matanya deras mengalir dari matanya. Tak sanggup untuk melihat Tok Aba.

"Apa yang aku buat? Kenapa aku melampau sebagai seorang anak?" Kenapa?!"

"KENAPA?"

Eclipse menoleh dan melihat Maskiren yang tersenyum sinis. Sekali lagi, amarah Eclispe menguasai dirinya sekali lagi.

"Kau... kau masih berani berada di sini lagi?! PERGI KAU!!!!"

Eclipse cuba menyerang, tetapi Maskiren jauh lebih cekap berbanding dia.

"Aku patut berterima kasih kepada kau... kau dah "tolong" aku musnahkan musuh aku, malang sekali, aku perlu musnahkan kau juga budak!!"

Maskiren mencengkam leher Eclipse dan terus menghempasnya ketanah.

Boboiboy berubah normal. Hampir-hampir tidak sedarkan diri, matanya hanya tertumpu kepada ayahnya, Amato. Boboiboy mengumpul segala kudrat dan tenaganya untuk mengangkat walaupun satu jari.

"A..ay--"

"Sekarang, untuk selesaikan tugas aku"

Senjata seakan-akan meriam muncul dari lengan Maskiren dan diacukan kepada Amato.

"Selamat tinggal, musuhku."

"Jangan..."

Maskiren melihat Boboiboy yang sudah pun bangkit.

"JANGAN SENTUH AYAH AKU! BOBOIBOY KUASA DUA!"

Muncul Boboiboy Solar dan Boboiboy Eclipse.

"ELEMENTAL FUSION!"

Cahaya terang menerangi bandar itu.

"BOBOIBOY PULSAR!"

************************************
Nampak sangat Author kehabisan idea. Tatabahasa hancur😂. Ok. Jangan lupa vote dan komen.

Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now