BAB 2: RASA TIDAK SEDAP HATI BOBOIBOY

2.1K 153 39
                                    

Tok Aba's Kokotiam, Pulau Rintis, Bumi.

Seorang remaja lelaki bertopi oren sedang membancuh Tok Aba's special Hot Chocolate kepada seorang pelanggan "istimewanya"

Yang "istimewa"nya adalah dia tak pernah bayar hutang.

Remaja lelaki itu ialah BoBoiBoy, superhero bumi dan anggota TAPOPS. Boboiboy mengeluh.

"Kau ni Gopal! Bila nak bayar hutang! Orang simpan sikit-sikit jadi bukit, kau hutang menggunung!"

Gopal mencebik.

"Alah! Rileklah BoBoiBoy. Sekali sekala belanja aku."

Sebuah robot kuning memotong perbualan mereka.

"Apa sekali sekala?! Macam setiap hari adalah!"

Gopal langsung tidak mengendahkan Robot kuning yang beranama Ochobot itu. Terus dia menghirup Hot Chocolate dengan seleranya.

"Uish! Tak ada siapa yang boleh lawan  rasa enak Hot Chocolate Tok Aba!" Puji Gopal.

"Dan tak ada siapa yang boleh lawan jumlah hutang kau dengan kedai ni.." serentak Ochobot dan BoBoiBoy memerli.

Tersedak Gopal. Ochobot dan Boboiboy tergelak dengan reaksi Gopal.

"Hai BoBoiboy!"

Boboiboy menoleh kearah dua orang perempuan yang menyapa kearahnya.

Seorang bertudung pink dan seorang bercermin mata biru.

Yaya dan Ying. Sahabat baik sejati. Jadi musuh masa ujian.

"Hai! Korang nak order apa?"

Yaya dan Ying mengambil tempat duduk masing-masing. Melihat menu yang tergantung dibawah bumbung.

"Ice Chocolate satu!" Serentak Yaya dan Ying memesan serentak.

"Kau belanjalah BoBoiBoy!" Gurau Ying.

Tapi BoBoiBoy mempercayai gurauan Ying. Boboiboy membuat muka sepuluh sen.

"Hari ni korang memang nak sedut semua bajet aku ke?"

"Hehe! Kitorang gurau jela!" Jelas Yaya.

Gopal menggeleng.

"Haih..biasalah! Budak topi oren ni memang kedekut! Belanja aku pun susah!"

Hampir-hampir Boboiboy menjadi BoBoiBoy Blaze.

Yaya dan Ying menjeling Gopal.

"Eleh! Kau yang hutang melebih!" Perli Ying.

Gopal mencebik sekali lagi.

"Apasal semua orang marah aku harini?!"

"KAU YANG MULA DULU KAN?!!!" Semua orang menjawab serentak.

Gopal menjadi takut. Segera dia mengambil remote tv yang ada berdekatan dengan dia.

"Errr...rilek,rilek! Kita tengok tv dulu!"

Gopal membuka siaran tv 33. Drama Seguni Mawar Merah 2 sedang ditayangkan. Tiba-tiba berita sedang memotong drama tadi.

"Ya! Saya, Ravi J.Jambul! Sekarang kita berada di tempat kejadian! Kejadian apa? Kejadian kawah misteri yang muncul di Pulau Rintis! Ayoyo!"

Yaya, Ying, Gopal , dan terutama sekali, BoBoiBoy terkejut mendengar berita ini.

"Saya bersama Inspektor Mat, sedang menyiasat kawah misteri ini. Bolehkah Inspektor Mat menerangkan dengan lebih lanjut tentang kes ini?"

"Kes ini masih lagi dalam siasatan. Tapi kemungkinan besar hanyalah meteoroid yang kecil tapi laju dan tumpat masuk ke atmosphera bumi. Tetapi kami akan tetap menyiasat kes ini."

"Begitulah misterinya kes ini...sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kes ini boleh berkongsi dengan pihak berkuasa. Kita kembali ke rancangan kegemaran ramai."

Tiba-tiba BoBoiBoy bangkit.

"Kita kena siasat kes ni! Aku rasa tak sedap hati!"

"Betul tu! Kalau ditengokkan kawah tu, nampak macam pod angkasa yang terhempas!" Yaya meneliti gambar kawah itu.

"Hah?! Alien lagi? Alah..kita baru je dapat cuti dari Komander,takkan nak lawan lagi?!" Keluh Gopal.

"Eee! Tak kira! Kau kena ikut kitorang juga!" Boboiboy mengheret Gopal.













Whatever it takes (BoiMato) Where stories live. Discover now