ᗷᗩᗷ 22 - Eᑎᗪ

2.2K 148 14
                                    

"Sekarang tinggal kita bertiga. Bila lah kita dapat berkumpul lagi kan?" Buah mata milik Syifa dipandang tepat Azhar. Hatinya berasa sayu memikirkan dirinya juga akan pergi meninggalkan mereka. Jauh lebih lama berbanding Azwan.

"Lepasni..." Syifa mulai bersuara, perlahan, sangat perlahan. Azhar menunggu sambungan dari Syifa.

"Kenapa?" Apa yang dapat Azhar lihat hanyalah keluhan kesal si gadis.

"Lepasni Azhar pula tinggalkan Syifa kan?" Azhar terus membisu. Nampaknya Syifa masih ingat. Ya, tidak mungkin dia bakal melupakannya.

"Azhar tetap akan bersama Syifa sementara kat sini. Jangan risau." Mahu sahaja Azhar mendakap gadis kecil itu tapi ditahannya. Azhar cukup dengan hanya memberi senyuman.

"Kita taknak balik ke?" Azhar sebaik mungkin cuba untuk membuat Syifa tidak terlalu memikirkannya. Biarlah dia pergi dengan baik.

"Azhar... Syifa nak minta sesuatu." Suara Syifa berubah sedih. Azhar meraup mukanya. Sekarang masanya untuk jadi lelaki sejati.

"Katakan. Azhar akan lakukan." Syifa menarik nafas sayu. Awan pula sudah berubah gelap. Langit menjadi mendung. Azhar perasan namun dia biarkan ketika ini.

"Jangan tinggalkan Syifa..." Azhar berpindah berdiri si sisi aku. Matanya kadang redup memandang langit.

"Syifa... Azhar takkan tinggalkan Syifa. Kenapa Syifa cakap macamtu." Benih mata Syifa nampaknya sudah tak dapat menahan lagi. Baru berhenti nangis kini dia menangis semula.

"Kan Azhar nak pergi nanti... Kan Azhar nak tinggalkan Syifa. Kan Azhar nak pergi jauh..." Perlahan esakan Syifa kedengaran. Azhar merenung simpati. Tangannya bergerak ke bahu Syifa.

"Syifa... Kalau Azhar pergi pun... Tak lama pun, Azhar takkan lupakan Syifa..." Hatinya berkata lain. Mulutnya berkata lain. Azhar hanya mampu berbohong. Tarikan nafasnya semakin sering berlaku.

"Azhar... Jangan lupakan Syifa..." Perlahan-lahan dirinya menepuk bahu Syifa mengelakkannya nangis. Namun esakan Syifa masih kedengaran meski perlahan.

"Kita balik ya?" Syifa mengangguk pantas. Meski mereka tidak bersama secara rasmi, hati mereka sudah bersama sejak dahulu.

Di rumah...

"Azhar, pakcik nak cakap sikit." Kening Azhar sedikit terangkat lalu dia bergerak ke hadapan Encik Haris.

Dia yang awalnya hanya berniat mengambil air nampaknya akan mengalami bicara panjang.

"Kamu nak perpisahan yang macam mana?" Mata Azhar mulai membesar. Tak besar mana, sikit je.

"Maksud saya, saya kena rancang ke macam mana saya nak berpisah?" Azhar masih blur. Encik Haris tergelak kecil.

"Tak perlu, lagipun kamu tak tahu kamu pergi bila. Tapi pakcik cuma nak tahu, kamu dah adakan sedikit perpisahan ke dengan sesiapa?" Azhar berfikir seketika. Tampaknya dia tidak perlu membuat dirinya ada di kenangan sesiapa melainkan Syifa, sahabatnya dan keluarga Syifa.

"Hm, nampaknya belum pakcik. Saya fikir saya berpisah tanpa beritahu sesiapa lah. Mungkin itu takkan menyakitkan sesiapa." Encik Haris menepuk sofa yang didudukinya. Sengaja membetulkan. Kemudian Encik Haris tersenyum.

"Terpulang kamu, dah berapa kali kamu kembali sekarang?" Encik Haris terus menyoalnya. Azhar terdiam seketika. Lalu dia membalas.

"Masih dua kali pakcik." Biarlah tiada sesiapa yang tahu. Biarlah dia berahsia. Biarlah ia berlalu begitu sahaja seperti hembusan angin memori di dini hari.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now