ᗷᗩᗷ 6

2.1K 164 10
                                    

"Pamm! " Bantal tepat terkena muka Puan Junis. Encik Haris di sisi terkejut. "Apa lagi lah dorang buat ni?"

"Syifa... Azhar..." Kedua duanya ketakutan. Muka Puan Junis memerah. Puan Junis menatap kedua remaja didepannya. Tak semena mena dirinya menghemburkan tawa.

"Hahahaha! Apa kat muka kau tu Syifa hahaha. Abang, tengok anak kita ni bang!" Terbahak bahak Puan Junis ketawa. Encik Haris menoleh lalu ketawa juga.

Disebabkan Azhar, mereka terlepas hukuman kali ni kerana pasangan berusia itu sibuk ketawa terbahak-bahak.

***
Hari Sabtu datang menjelma. Pagi pagi lagi Azhar sudah bersiap berjaket gelap, memakai topi hitam, dan pakaian serba gelap.

Syifa pula masih ragu memilih pakaian untuk dipakai, difikirnya date pertama haruslah menjadi sesuatu yang tak akan dilupakan selamanya, pakaian semua mestilah 5 bintang.

"Syifa... Ohhh Syifa, dah siap ke?" Suara Azhar dari balik pintu memasuki gegendang telinga Syifa.

"5 minit je lagi, jap tau." Azhar mengeluh kasar. Dia hanya mahu selesai dengan sekejap, tapi kalau bersiap pun lewat, mestilah segalanya akan menjadi lama.

"Pakailah apa apa, aku nak cepat ni." Bibir Syifa mengukir senyuman. "Dia ni tak sabar nak keluar dengan aku ke? Hehehe sabarlah Azhar."

Beberapa waktu berlalu, Syifa keluar dengan pakaian serba indah yang menarik perhatian Azhar. Beberapa detik berlalu hanya dengan ratapan Azhar terhadap Syifa.

"Mission complete !!!" Teriak hati Syifa. Dia akan pastikan Azhar akan mengingat perkara ini sampai bila bila.

"Kita nak pergi mana ni Azhar?" Azhar menoleh sebentar ke arah Syifa sebelum ke hadapan semula.

"Dah kenapa pula dia ni cantik sangat, dugaan apakah ini."

Azhar berfikir sejenak dan memutuskan melayan Syifa lembut dan baik harini. Bukan apa, Syifa sudah baik hati membantu nya harini.

"Syifa lapar tak? Nak makan dulu ke?" Hati Syifa berdebar debar.

"Cool gila mamat ni, nak belanja aku makan pula em... kau memang lelaki sejati bro!" Monolog Syifa merakamkan penghargaan manis kepada Azhar.

"Syifa ikut Azhar, Azhar nak makan, Syifa makan." Azhar mengangguk sebelum bersuara perlahan.

"Jom cepat sikit, kita makan kat kedai tu dulu eh." Azhar menarik lembut lengan baju Syifa. Entah kenapa Azhar juga berdebar apabila berdekatan dengan Syifa seperti ini.

"Tapi aku masih taktau kenapa Azhar ajak aku keluar hari ni, kalau tak kata apa apa tu betullah tu this is date." Hati Syifa berbunga-bunga.

"Tuan puteri nak makan apa? Harini hamba belanja. Order apa apa yang menarik perhatian tuan puteri..."

Tentu Syifa terkejut dengan layanan Azhar. Azhar makan apa sampai jadi pelik macamni?

"Better aku rehatkan diri aku dengan layan Syifa ni dulu, kebenaran yang aku nak tahu lepasni penting. Lagipun Syifa harini comel sangat, eh kenapa dengan aku ni..."

Azhar pelik, kenapa dirinya sangat berbeza harini, kenapa dia nampak Syifa sempurna harini?

"Tuan puteri nak makan..." Syifa melihat menu sebentar lalu dia tersenyum kecil.

"Tuan puteri nak makan apa yang hamba makan..." Jawapan Syifa yang diiringi senyuman nipis seakan meluru masuk hati Azhar.

"Ba... Baiklah," Azhar tersipu malu. Agaknya kalau ada bantal kat situ sekarang, memang dah lama Azhar tekup kat muka merahnya itu.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now