ᗷᗩᗷ 15

1.2K 109 7
                                    

"Sebaiknya jangan jatuh cinta, cinta itu menyakitkan. Bukan sahaja kamu yang sakit, diri dia juga akan sakit"

Bayangan itu lagi... Memori itu lagi... Siapa yang bersuara itu? Kenapa dia tak bagi aku jatuh cinta?

"Hidup dan tentukan diri kamu sendiri, hanya kamu yang berhak menentukan, dan bukan sesiapa."

Ya, aku berhak tentukan sendiri, tapi kenapa aku macamni? Kenapa aku seakan terapung begini?

"Setiap pertemuan ada perpisahan, relakan diri menghadapinya dengan keredhaan. Jangan cuba mengubah sesuatu, atau kamu akan berubah."

Dia suruh aku relakan? Adakah jatuh cinta itu satu penyakit? Kenapa aku harus merelakan?

"Fikir-fikirkan lagi. Sama ada kamu akan terus berada disini seperti orang yang sama, atau kamu akan berada disini seperti orang yang berbeza."

Aku... Apa patut aku buat?!

"HARGH!" Azhar terjaga dari lenanya. Nafasnya menjadi tak teratur. Sudah tiga hari sejak ia bermimpi seperti itu. Kerap kali juga kepalanya menjadi pening hanya kerana perkara itu.

"YA ALLAH, KENAPA PERKARA NI BERULANG LAGI?" Azhar meraup rambutnya kasar. Kenapa dia perlu menghadapi perkara begini? Sampai bila dia akan tetap di sini?

"Azhar tak apa-apa ke?" Syifa yang senyap-senyap menyelongkar bilik Azhar tersentak. Kantoi habis dia masuk bilik Azhar tanpa izin. Argh sudahlah lagipun ini rumahnya.

"Ap... Apa Syifa buat kat sini?" Azhar segera menutup tubuhnya. Tingkahnya mengundang tawa Syifa.

"Syifa ambil barang Syifa je, ni Azhar kenapa? Mimpi buruk ke?" Syifa menukar topik secepatnya. Dia tak mahu alasan dia berada di bilik Azhar diperbesarkan.

"Huh... Takde apalah, masih pening lagi..." Azhar kembali merebahkan dirinya di katil. Syifa yang simpati terus duduk di katil yang sama.

"Azhar sakit ke? Dah berapa hari tengok Azhar tak selera makan. Kalau ada masalah Azhar boleh cerita, Syifa sedia dengar." Azhar meraup mukanya, meraup rambutnya, dan mengelap peluh dinginnya.

"Bukak pintu tu dulu, dah kenapa kita berdua dalam ni tak tutup pintu pulak tu." Azhar sengaja tersenyum, dia mahu Syifa menghilangkan kebiasaan itu, kalau bukan dia yang ada ketika itu, tentu Syifa sudah dijadikan santapan lelaki buaya.

Sejak hari perkelahan mereka, malam itu mereka semakin rapat, tidak mengisytiharkan hubungan, mereka berdua diam, tidak berkata, tapi jelas mereka seperti dalam satu hubungan.

Ketika di dalam sekolah, mereka hanya seperti kawan, borak kasar-kasar, gurau senda kasar, tapi orang yang melihat tahu mereka ada something.

Di luar sekolah, mereka menjaga satu sama lain dengan sangat baik, memanggil nama dengan lembut, merisaukan satu sama lain, seakan suatu hubungan telah tercipta antara mereka.

"Bersedia ceritakan kat Syifa?" Senyuman itu sungguh mendebarkan hati Azhar. Dia mahu melihat itu selamanya. Namun apa daya, dia hanyalah seorang remaja 17 tahun yang terperangkap di ruang waktu yang berbeza.

"Azhar asyik bermimpi buruk akhir akhir ni. Sakit sangat kepala." Itulah pilhan Azhar, meluahkan kepada gadis yang disukainya segala perkara. Tapi tidak semuanya pada waktu ini.

Syifa menghela nafas, bukan apa, helaan itu untuk memberi kenyamanan kepada Azhar.

"Mimpi buruk tu berkaitan ingatan Azhar ke? atau... perkara lain?" Azhar dan Syifa saling memandang. Mata Azhar agak bergetar. Ragu adakah dia patut memberitahu pada masa kini atau tidak.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now