ᗷᗩᗷ 20

1.3K 102 1
                                    

"HELLO! HELLO! OI AZHAR!" Azhar yang terbaring mendengar suara di telefonnya. Eh? Itu kan suara Azwan?

"Ye... Ye... Kenapa?" Azhar terus mengambil henponnya dan membalas. Yelah, tiba-tiba je Azwan menjerit tak tentu pasal.

"Kau tu hah dah kenapa?! CEPAT GERAK! SEMPAT LAGI SELAMATKAN DIORANG!" Panggilan terus ditutup. Azhar masih lagi terpinga-pinga di tempatnya. Nampaknya dia tengah blur.

"Selamatkan diorang? Siapa? Malam-malam ni nak selamatkan siapa?" Azhar terus melirik sekitarnya. Nampak macam tak gelap. Matanya tertuju pula kepada jam dinding.

"EH! BARU PUKUL 2 ?! DAN SEKARANG NI AKU ADA KAT MANA?" Azhar terus meluru keluar dari biliknya. Banyak hal yang dilihatnya. Sepertinya dia berada di waktu sebelum dia kembali ke masa lalu.

Azhar terkesima keseorangan. Terbisu di tempatnya. Sungguh tuhan memberinya suatu keajaiban kerana dia masih boleh menolong Syifa.

Sungguh sudah hampir tiga minggu berlalu sejak itu, dia tidak tahu apa yang dirisaukannya selama ini. Yang penting sekarang dia ada sesuatu yang patut dilakukannya. GO TO RESCUE SYIFA!

Azhar berlari menerjah angin. Dia mengingat sedikit demi sedikit kejadian tempoh hari.

"Azhar, lepasni Sofea ajak Syifa minum minum, jadi lambat sikit balik. Boleh kan?"

Dia pergi gerai makan tadi. Azhar mulai tersenyum walau dalam kesusahan. Dia segera mengeluarkan telefonnya.

"Weh! Kau kat mana?"

***
Azwan berlari pantas di tepi jalan. Sekejap-sekejap dia masuk ke lorong yang kecil. Dia yakin Sofea dan Syifa sedang tidak berada di restoran. Kalau tidak mereka tidak akan tertangkap.

Dia sudah mengagak dengan jelas bahawa akan ada sesuatu berlaku kepada mereka berdua. Kerana itulah selepas sahaja Azhar pulang, dia memilih untuk terus berpusing mencari kelibat dua sahabat gadisnya.

Dan nampaknya semua terjadi seperti yang difikirnya. Tak lama selepas dia mahu bertemu Sofea dan Syifa, dia telah dimesej Sofea mengatakan dia dalam bahaya.

"Ish! Mana kau pergi Sofea!" Azwan mengeluh berat. Peluh merembes keluar dari tadi. Namun semuanya tidak menjadi penghalang untuk dia menyelamatkan Sofea.

Dia terus menerjah udara dan bertanya orang sekitar. Nampaknya ramai tidak tahu. Lorong yang didekatinya kini semakin gelap. Dia yakin disitu Syifa dan Sofea berada.

"Argh!!!" Azwan yang mendengar terus meluru ke dalam lorong gelap itu. Dia melihat seorang lelaki sudah tidak berbaju. Untungnya Syifa dan Sofea masih dalam keadaan sopan.

"OI! APA KAU BUAT!" Azwan muncul layaknya perwira. Sofea serta merta di situ juga menangis deras.

"Korang pergi setelkan dia dulu! Nanti aku kongsi dia ni dengan korang." Lelaki itu pantas menarik tangan Syifa.

Muka Syifa sudah berubah pucat. Risau kalau kalau dia akan di apa-apakan. "Azhar... Cepatlah datang..."

Satu pergaduhan berlaku ketika itu. Syifa pula masih berusaha melepaskan diri dari genggaman lelaki besar di depannya. Dia tidak boleh membiarkan dirinya di dalam bahaya untuk kedua kalinya. Walau kelihatan jelas dia sedang nyawa-nyawa ikan.

"Kalau kau apa-apakan Sofea... Aku takkan maafkan korang!" Satu pukulan tepat terkena muka seorang penculik. Entah kerana apa, hari itu, Azwan terlihat sangat kuat. Sofea masih lagi menangis deras di sisi Syifa yang sedang dalam bahaya.

"WAN! HATI-HATI!!!"

"PAM!" Satu tamparan tepat diberikan di pipi kiri Sofea. Azwan mulai lebih garang. Matanya seperti memerah menahan marah. Sepertinya asap mulai keluar juga.

TIME TRAVEL LOVE STORYWhere stories live. Discover now