BAB 50 - KETAHUAN!

Zacznij od początku
                                    

          Tanpa membuang masa, aku pegang lengan Afiq Khairul.  Cuba untuk memujuk dan menenangkannya.

          "Abang, Leha yang cuba satukan mereka berdua.  Bukan salah Kimi dan Adila..." Aku akuinya dengan muka yang serius juga.

          Afiq Khairul tunduk dan merenung mukaku.  

          Lama...

          "Abang cuma nak cakap dengan Kimi.  Leha dan Adila masuk ke dalam rumah dulu," kata Afiq Khairul lalu memegang bahuku.

          Tapi, aku tetap was-was dengan kata-kata Afiq Khairul tu.

          "Abang takkan tumbuk Kimi, kan? Dalam drama TV, selalunya macam tu..." Curigaku dengan nada perlahan.

          Afiq Khairul diam.  Aku tengok dia mengurut dahinya.  Dia sakit kepala ke?

          Namun...

          "I'm sorry.  Bukan salah Leha.  Saya yang Messenger Leha untuk minta nombor telepon Adila tu.  Macam yang Afiq nampak sekarang ni, saya tengah ambil hati Adila..," kata Ilham Hakimi.  

          Straight to the point!

          Beraninya!

          Aku menoleh kepada Ilham Hakimi.  Dia tidak takut untuk berdepan dengan Afiq Khairul ni.  

          Wow, hebat!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Adila dan aku melangkah masuk ke dalam rumah.  Sesekali aku menoleh ke belakang, aku tengok Afiq Khairul dan Ilham Hakimi sedang berhadapan antara satu sama lain.

          Terus saja imaginasiku terfikirkan babak macam dalam movie Hollywood tu...

          Bayangkan saja situasi di mana dua jejaka hot berdiri di padang gersang.  Dengan matahari yang panas terik, memakai pakaian koboi serta memegang pistol... Siap untuk bertarung!


۞⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰♥۝♥⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰⸰۞


          Selepas aku tutup pintu rumah...

          "Apa yang berlaku kat luar tu?" soal Adila kepada aku.

          Aku menoleh kepada Adila.  Kening Adila berkerut.  Barangkali dia bingung dengan situasi sekarang ni!

          Aku mengeluh.

          "Sebenarnya... Sejak kejadian tempoh hari di shopping mall tu, semasa kita terserempak dengan Syamir tu.  Aku berkenan nak jodohkan kau dengan si Ilham Hakimi tu.  Tapi, abang kau tak setuju.  Dia bangkang habis-habisan!" terus-terangku kepada Adila.

          Adila terkelu di hadapanku.

         "Abang Afiq tak setuju? Kenapa?" tanya Adila dengan kepala terteleng ke kiri.

          Kali ni, aku tayang muka sememeh tu kepada Adila.

          "Gara-gara Kimi tu lebih tua daripada abang kau.  Setakat beza lima bulan je pun... Abang kau tidak boleh terima kalau kot-kot kamu ada jodoh nanti, Kimi akan panggil dia 'abang ipar'.  Lagipun, Kimi tu teman baiknya.  Pelik katanya..," jelasku sambil berpeluk tubuh.

BOS A.K.A SUAMIKUOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz